Ais Kepal Salji Muar by Es'capal

AIS KEPAL SALJI MUAR

kalau korang ikuti Tiktok ena, memang suka review tempat makan di Muo ni. Banyak betul kedai makan baru buka tahun ni. Ada banyak list lagi nak terjah. Cuma kena tengok tempatlah kalau owner cina macam was-was nak masuk.huhu... Maklumlah Muo ni banyak cafe tapi owner cina.

Tempat favourite hari minggu selalu ena bawa anak ke Ecoshop. Bila haus dan lapar ni carilah kudapan ringan tapi nak kata ringan tu kenyang jugaklah.hahahah... So panas-panas kat luar ni kenalah makan Ais Kepal Salji Muar. Cuma kecewalah takde menu rahmah lagi. Harga memang boleh tahan ya. Tapi portion mengeyangkan. Ada banyak flavour. Tapi paling suka Asam Laksa dan Oden. Banyak lagi makanan dan minuman kat sini..🤤


Ice ball salji, ABC Madu salji, ais kepal salji, ais kepal tutti frutti,  Es coklat milky Lova, Sultan Smoothies series (Letak cheese tapi tak rasa lagi)

⏰ Buka setiap hari : 10.00 pg hingga 10.00 mlm

📍 Cawangan muar ~ No 12, Jalan Perniagaan Jaya, Pusat Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh, Muar (Sebelah Ecoshop  laluan ke TF-mart)



Tak ingat harga Ais Kepal Salji RM7.90 kot siap bagi 3 topping. Oden tu ambil berapa cucuk tak ingat. Total RM17.90. Sebab masa ni resit tak boleh print. Macam ambil 5 cucuk.haha... next time nak try mango pulak.



Produk baru.. Belum try lagi.

Post a Comment

1 Comments

thisni3za said…
Wahh..Nmpk menarik.. =)