Tempat menarik di Johor - Reban Pokleh Pontian Farm

Percutian menarik kali ni ena bawa anak ke mini zoo Reban Pokleh Ayer Baloi. Tempatnya di kawasan dalam dan kena pandai cari. Itupon nampaklah ada banner dah lusuh. Bukan terus nampak tepi jalan. Cuma berpandukan arrow. Jadi masuk je simpang tiga belok kiri kena slow kan kenderaan.



Reban Pok Leh terletak di Kampung Dalam, Ayer Baloi. Dengan keluasan sekitar 4 ekar, mini zoo ini menempatkan lebih daripada 30 jenis haiwan tempatan dan eksotik seperti ayam, itik, angsa, arnab, kambing dan burung unta. Boleh berinteraksi rapat, bergambar dan beri makan.

🐓Tiket RM5 sahaja
 2 tahun ke bawah PERCUMA
 🐇Makanan haiwan Rm3







Ada juga permainan disediakan supaya anak-anak tidak bosan








Tempatnya luas dan redup




⏰Waktu Operasi :
Buka setiap hari kecuali Isnin
9.30am hingga 5.00pm ( last masuk kaunter 5pm,last keluar dari Rebanpokleh 6pm☺️)

ALAMAT: 30A, KG DALAM, AYER BALOI, PONTIAN, JOHOR.

Lokasi Waze : 

Lokasi Google Map :





Dah penat tu makan dulu Roti Puri Rambah. Ni memang famous ramai orang datang. Tepat jam 5.30 petang dah penuh orang. Tak cukup 2 keping makan. Mee bandung pon sedap taw... Nasi lemak pon kena try.



Bila malam kena try shell out di Tambak Pontian. kami makan set sos buttermilk tak silap harganya RM45 tapi puaslah makan 4-5 orang. Portion banyak. Ada pelbagai jenis sos lain.



D'Tambak Corner. Puas hati makan shell out kat sini. :)

Post a Comment

0 Comments