Trip family 2023 di Forest City Water Park, Gelang Patah

Pada cuti sekolah sempena Deepavali bulan lepas ena bawa anak ke Forest City Water Park. Pastikan 1 hari korang free sebab masa kat sini dari pagi sampai senja ya. Habis round 1 hari. Cantik garden banyak port nak ambil gambar. Ada seaside view, soft beach, water park, dan fun train ride. Datang awal boleh cari parking dekat sikit dekat lobi. So nanti masuk je lobi turun guna escalator. Syarat tak ketat jadi puas hati lah boleh datang lagi. Paling tak suka bila tak boleh bawa masuk makanan.huhu. Tapi sini jangan risau bawa lah banyak mana pon.

Forest City Review

Tips ke Forest City Water Park

1. Bawa tikar, disana banyak port pondok wakaf tapi kalau dah full at least ada tikar nak bentang kat mana-mana. Banyak port. Bila cuaca terik bawa sekali topi.

2. Bawa makanan secukupnya. Bila mandi mudah lapar. Jadi buatlah sandwich, biskut, air dan lauk campur siap-siap. Makanan boleh bawa masuk.

3. Bawa baldi. Senang nak salin baju campak je dalam baldi.hehe... tak perlu isi plastik kan. Bawa masuk kereta pon senang. syarat tak ketat pon. Boleh je mandi pakai baju biasa.



Ni harga tiket kanak-kanak dan dewasa sama je. kalau korang setakat nak jalan-jalan garden free je okey. Bila nak mandi baru bayar. Tiket free untuk kanak-kanak bawah 3 tahun dan 60 tahun ke atas. Yang free dapat tag hijau dan berbayar warna pink. Cuma tak suka tag ni kena pakai sendiri, masuk kejap je dalam kolam dah tercabut. Macam bazir baik tak payah beli.hahahahahah. Lastly masuk kolam tak guna. Cuma budak punya tak mudah tanggal. Pelik juga tu. Patutlah tengok orang dewasa mandi takde tag. Mesti sama kes macam kami jenis mudah tanggal bila masuk dalam air. 

Aktiviti di Forest City Water Park

✔️ Surf & Slide
Ada vuvuzella, 3 sliding biasa dan 1 sliding besar. 

✔️ Water Fun Challenge
Ada cabaran yang perlu gunakan kemahiran anak-anak untuk tempuhinya. Berhati-hati dan perlukan pemantauan ibu bapa.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
✔️ Water Maze
Ruang untuk kita cari jalan keluar. Tak sempat masuk time ni. Next time boleh cuba.

‍‍‍‍‍‍‍‍✔️ Swimming Pool
Banyak pool. Takdelah bosan tumpu pada satu pool. Cuma mak-mak yang penat nak ikut kehendak anak kejap nak kolam sana kejap nak kolam sini. Sila pantau anak-anak supaya tak salah masuk pool yang dalam.



Cantik kan view dari kolam besar ni. Dari tepi air cetek tapi bila makin ke tengah dah paras pinggang. Suami lah jaga anak-anak. Ibu pantau dari luar kolam je.



Nampak kan cetek je tepi sekali.


Besar kan kolamnya. Ena duduk hujung sana redup sikit dekat dengan lobi, kaunter tiket dan bilik persalinan.


Ada port ni cantik tapi tak sanggup nak duduk sebab panas terik.hahahah. Santai kejap boleh lah...



Nampak kan semua side 1 kolam ni luas. Jadi sini selesalah tak bersesak mandi. Cuma petang dah panas terik so orang tak ramai sangat.


Ni kolam 2. kecil je ada slide. Haaa budak-budak ni memang sukalah area sini. Air pon cetek.





Kolam ketiga ni dalam ya. So hati-hati bila bawa anak. Sesuai untuk dewasa dan mahir berenang.


Ni kolam keempat. Paling dekat dengan pantai. Kalau datang awal pagi tu better main sini takdelah terik sangat.


Water fun challange ni best juga ada air jatuh dari atas tu. Nampak kan ramai berkumpul. Sesuai lah untuk budak-budak sekolah rendah. kalau kecil sangat ni tak berapa sesuai sebab aktiviti ekstrem. Takut terjatuh.


Safiyyah nangis memang taknaklah dia lalu situ takut air pancut banyak sangat. Ayahnya yang sibuk nak main tu.haha...


Macam ni lah rupa dia. Seram tengok sumayyah main.

Forest City Garden

Habis je mandi dalam jam 4 petang suruh diorang bersiap salin baju kami sambung bergambar di garden dan naik train. Penat juga lah explore dalam ni.



Banyak tentera yang ikut ya. hehe...


Safiyyah jeles.haha... Mana mau kasi ibu bergambar dengan orang lain. Berdua dengan ayah pon tak bagi.



Sumayyah muka penat takde mood nak ambil gambar. Ada lah kenangan berempat ni.








Sebelum balik naik train dulu pusing 1 kali dengan bayaran RM5/pax. Kejap sangat so rasa mahal. huhu...


Dekat lobi pon ada port bergambar tapi penat so tak duduk lama kat sini.


Sebelum sampai rumah kami makan dlu di warung tak tahu apa nama tapi menu makan sini sedap belaka. Tak jauh pon Pontian ke Forest City dalam 40 minit je. Kedai makan ni terkenal juga ramai orang. Search Jalan Dapat kampung Sungai Durian. Menu tomyam, sambal belacan, mee goreng, nasi lemak dan western memang sedap.


Teh ais 3 layer sedap


Crispy chicken chop sedap. Family trip bersama keluarga di Pontian. Last but not least :)

Post a Comment

1 Comments

Sii Nurul said…
Dulu mula2 dtg pontian b'brapa kali juga ke sini tp x mandilah,,