Pertandingan Alam Ria Pasti Negeri Johor 2023 di Pasir Gudang

Alhamdulillah tahun ni Pasti kawasan Bakri bawa pulang 5 kategori. Walaupon takde juara tapi dapat banyak kategori nombor 2 dan 3 pon dah bersyukur sebab persaingan sengit daripada 26 kawasan seluruh Pasti Johor. Pada 4/11/2023 telah berlangsungnya Program Alam Ria Pasti peringkat negeri Johor di Pasir Gudang dan Pasti Ar-Raihan telah menghantar 2 peserta hafazan lelaki dan hafazan perempuan mewakili Pasti Kawasan Bakri dengan jumlah penyertaan daripada 26 Pasti seluruh Johor.

‍‍‍PROGRAM ALAM RIA PASTI NEGERI JOHOR 2023

Tarikh : 4 November 2023 (Sabtu) 

Masa : 8.00 Pagi - 4.30 Petang

Tempat : Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Pasir Gudang, Johor


Tahniah kepada anak-anak PASTI kawasan Bakri.
Khutbah➡️ no.2
Sajak L➡️ no.3
Bercerita L➡️ no.3
Kalam Jamaie➡️no.2
Hafazan L➡️ no.3


Untuk Pasti ena bertugas hantar 2 orang wakil hafazan mewakili Bakri.


Tahniah buat adik Raziq berjaya di tempat ketiga Hafazan Lelaki, Alam Ria Pasti Negeri Johor 2023.



Ena sebagai guru pengiring dan jurulatih hafazan lelaki & perempuan.


Maskot Pasti Malaysia Hadi dan Huda pon ada.



Tahniah buat adik Hana peroleh saguhati Hafazan Perempuan, Alam Ria Pasti Negeri Johor 2023. Awak dah cukup hebat sampai ke peringkat ini.


Bagus masing-masing tahan dengan cikgu ina garang time latih ya huhu... Bukan senang nak latih murid menghafaz. kena guna psikologi juga. Setakat menghafaz tapi tak berani pon sukar ya. Alhamdulillah hana dan raziq mudah dibentuk. Mereka pon sanggup berkorban masa lebih latih selepas habis sekolah. Ibu bapa pon hebat sebab memberi sokongan sepenuhnya. 


Ni contoh peraturan pertandingan Hafazan Pasti Malaysia.


Sehari sebelum pertandingan kami bertolak menaiki bas untuk menginap di Homestay Pasir Gudang dulu. Kenangan tidur dengan anak murid. Takde rezeki tahun ni lawan peringkat Pasti Malaysia di Perlis tapi syukur banyak kenangan manis tahun ni.

Post a Comment

0 Comments