Program Alam Ria 2023 Pasti Kawasan Bakri

 

Alhamdulillah pada 28/10/2023 telah berlangsungnya Program Alam Ria Pasti Kawasan Bakri di SK Bakri Batu 5 Muar. Tahniah kepada semua peserta Pasti Ar-Raihan Jalan Dato Hj Kosai yang terlibat secara langsung iaitu Azan, Hafazan, Khutbah, Sajak, Bercerita dan Kalam Jamaie melawan dengan 10 Pasti kawasan Bakri.

Pasti Ar-Raihan telah merangkul beberapa kategori:
Johan Hafazan Lelaki
Johan Hafazan Perempuan
Naib Johan Sajak Lelaki
Naib Johan Khutbah
Ketiga Kalam Jamaie 

Tahniah diucapkan buat para guru dan ibu bapa yang bertungkus lumus menjayakan program ini.💞 

Pentas utama Pidato, Nasyid dan Kalam Jamaie.


Pertandingan lain di dalam kelas. Untuk tugasan Pasti kami kena hiasa bilik Sajak Lelaki & Bercerita Lelaki.


Gigih diy bunga hehe.. Warna merah manilakat takde. Jadi spray je warna putih asal.


Sebotol RM6.90


Lawa pula spray nampak hidup.



Jantung rasa dup dap pagi ni fikirkan anak murid. Alhamdulillah semua dapat perform dengan baik cuma rezeki menang atau kalah. Ena melatih azan dan juga hafazan. Sebulan ni memang struggle latih anak murid.


Alhamdulillah hana dan raziq menang hafazan dan dapat masuk ke peringkat Negeri Johor pada 4/11/2023 di Pasir Gudang.


Guru Pasti Ar-Raihan menjadi tulang belakang kepada semua anak murid yang terlibat. Tahniah semua.


Kalam Jamaie tempat ketiga.


Full house.


Tahniah anak-anak. Untuk melihat semua gambar dan video pertandingan korang boleh follow page rasmi Pasti Ar-Raihan


Post a Comment

0 Comments