Makan Daging Salai original dan sedap di Bara Salai, Muar

First time makan di Bara Salai memang puas hati dan tak menyesal taw sebab terasa asli masak lemak cili api ni. Kuahnya memang sedap hirup macam tu je. Bukan tahap pedas melampau. Kena dengan tekak ni. Macam-macam menu salai ada. Korang kena datang dengan family dan order set dulang Jamba. Berbaloi makan untuk 2-3 orang.

𝗣𝗒π—₯𝗧 π— π—”π—¦π—”π—žπ—”π—‘ π—žπ—”π— π—£π—¨π—‘π—š π——π—”π—Ÿπ—”π—  π——π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š 𝗝𝗔𝗠𝗕𝗔 π——π—œ π—§π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—ž & 𝗠𝗨𝗔π—₯

Kedai masak lemak salai & lauk kampung sedap terletak di Tanjung Agas, Tangkak Johor. Tak jauh pon daripada Jambatan Muar. Kami makan set Dulang Jamba RM49.90 (2-3 orang makan). Lepas tu tambah lagi 2 jenis lauk dan 2 pinggan nasi sebab datang berlima. Itupon kekenyangan sebab portion banyak. Cukup makan berlima. Memang puas hati makan dengan hidangan 6 jenis lauk kampung dalam dulang jamba dan pinggan kangkung melayu lama, menggamit memori zaman dulu-dulu.

Complete set Dulang Jamba :
Ikan bakar
Ikan pekasam
Sayur campur
Telur dadar
2 hidangan masak lemak cili api boleh pilih. (Kami pilih daging dan ayam)


Nak order ala carte dan goreng-goreng pon ada. Daging salai & ayam goreng crispy wajib order taw. 🀀🀀 Crunchy betul bila kunyah.


Sayur pon sedap rangup betul. Ada menu lain seperti itik salai, siput sedut, rendang maman dan banyak lagi. Next time boleh cuba.


Yang ni tolonglahhhh korang try. Sedap sangat! Ayam Goreng Crispy Whole Leg RM9.00 saje.


Ni lah set termasuk air total dalam RM82 gitu.. Murahlah untuk makan ramai camni.


Jika korang peminat masakan kampung, pastikan singgah ke Bara Salai. Dulu namanya Sultan Salai tapi rebranding semula nama. Haa ada juga jual frozen food ya. Masakan goreng-goreng ada. Banyak lagi menu tapi lupa nak snap menunya. Masa sampai tu rambang mata nak order tapi staff recommend set Dulang Jamba.


Dari tepi jalan dah nampak.


Licin makan. Sedap taw. Masih teringat rasanya sampai sekarang. Of course nak repat lagi.

Facebook :

Lokasi :
Restoran Bara Salai, Pusat Perindustrian Tanjung Agas (sederet Al Ikhsan. Bersebelahan pajak gadai Gold Mount)

Waktu :
10pagi-5petang setiap hari
 

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Lama tak dengar perkataan Dulang Jamba tu. Dulu arwah nenek selalu sebut.
Wahhhh.... masakan salai lemak cili api ada dekat Muar jugak. Sedap nampak tu... Bolehlah singgah nanti kalau ke sana.