Masak jadi mudah sejak ada Pes Ayam Brand

Meriah bulan ni masakan ena menggunakan pes daripada Ayam Brand.hehe... Not bad juga lah rasanya lagi-lagi rendang tu sedap. Korang dah cuba? Sangat membantu mak-mak yang bekerja ni kalau balik rumah nak cepat masak. Kena berjimat sejak kos sara hidup naik. Kalau ada pes ni memang cukup membantu ena nak keje cepat. Dapatlah rehat awal.



Ena masak sambal udang menggunakan pes sambal tumis. Cuma tumis bawang dan sediakan udang.



Buat nasi lemak bila teringat ada lagi pes sambal tumis.hehe...


Rendang ayam ni sangat mudah, cuma sediakan ayam dan ena lagi suka tambah sedikit gula nisan @ gula melaka. Cuma tak berapa pedas jadi korang tambahlah cili lagi. Santan dan kerisik gunakan daripada jenama Ayam Brand juga. Perghh sedap lahhh. 1 pes rendang ni ena masak 8 potong ayam kecil. Cukuplah buat untuk suami isteri makan je.hehe...


Ada pelbagai jenis pes Ayam Brand yang ditawarkan, antaranya pes Kari Ayam, pes Sambal Tumis, pes Asam Pedas dan pes Rendang. Pes Ayam Brand adalah bebas bahan pengawet, MSG dan perasa. Telah mendapat kelulusan dari JAKIM dan ditawarkan pada harga RM5.

Dah memasak tu jangan lupa sertai Peraduan Bonanza Beli & Menang  Ayam Brand untuk berpeluang menang hadiah seperti Gold Bar dan kredit T&G lebih RM100,000.

Layari www.ayambrand.com.my/peraduanbonanza untuk maklumat lanjut.

Tempoh Peraduan: 1 September - 31 Oktober 2023
*Tertakluk pada terma & syarat
*Untuk Semenanjung Malaysia sahaja

Post a Comment

0 Comments