Tutorial buat Projek PBL Tahun 2 - Ocean Habitat

Darjah 2 tahun ni banyak betul aktiviti yang sumayyah kena buat. Mak-mak lah kena rajin cari idea, cari tutorial nak buat projek bersama anak ni. tapi seronok juga lah anak-anak boleh belajar secara praktikal. Selain itu, murid boleh aplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Projek PBL Tahun 2 sumayyah, kami buat tema "Ocean Habitat" dasar lautan bagi ena senang juga lah. Ada pelbagai tema lain seperti "Forest Habitat", "Desert",  "jungle" & "Polar region".

Tema ocean ni rasa macam tak ramai buat. Kawan-kawan sumayyah lebih memilih forest habitat. Sebab senang kot letak haiwan mainan tu banyak-banyak atas tanah liat coklat.hehe..

Dibawah ini merupakan DIY Project Based Learning (PBL) Bahasa Inggeris Tahun 2 Ocean Habitat hasil kerja sumayyah.



Ena gunakan kotak kasut je. Korang boleh potong bahagian pembuka kotak atas tu dan tampal di bahagian atas seperti gambarajah.



Ena tampal siap-siap kertas biru keliling kotak luar dan dalam. Lepas tu korang print tampal lah ikan kecil pada bahagian kotak dalam supaya nampak real. Beli lah cengkerang, pastu rumpai yang ada dalam akuarium mini. Kebetulan ada akuarium lebih kat rumah ni. Terus je guna. Untuk pacakkan gambar haiwan , ena gunakan cover lutsinar A4. Jadi tak nampak lah bila pacak. Senang tegakkan dan lipat sedikit bahagian bawah untuk tampal bahagian dasar.


Bahagian dalam kotak ena gunakan wallpaper ni. Tengok handphone memang tak nampak. Kalau tengok secara dekat memang lawa belah dalam kotak tu.





Bahagian tengah tu nampak real ikan luma-lumba melompat korang kena potong lah sikit kat kotak bagi nampak dekat ombak. Lebihan kotak jangan buang boleh tampal cover kertas ombak sebab kena keras dibahagian situ berbanding tampal kertas A4 je.


Kalau korang takde masa nak cari gambar, haa ambil jelah dari sini dan print. Ena masukkan ke dalam microsoft word semua gambar baru print.



















Post a Comment

0 Comments