Aktiviti cuti sekolah ni banyak je yang mudah-mudah dan senang nak cari bahan. Minggu ni ena bonding time dengan anak-anak dengan "Cotton Bud Painting" menggunakan bahan berikut.
1. Cotton bud
2. Getah
3. Warna air
4. Kertas A4
Sangat mudah korang boleh ikatlah berapa pcs nak buat. Bergantung kepada design. Macam ena buat "Cotton Swab Tree Painting". Sesuai untuk permulaan nak mengajar anak. Seronok diorang mengecop warna. Kelebihannya menguatkan otot jari jemari dan meningkat daya kreativiti anak untuk mencipta sesuatu.
Safiyyah 3 tahun memang ikut kepala dia je. hahaha... It's okey asalkan ia mendidik anak cara memegang barang dengan betul. Teknik ini untuk melatih anak pegang pensil dengan betul dan tidak menggigil semasa menulis huruf. Ikutkan pengalaman ena sebagai guru 4 tahun, anak-anak ada yang masih menggigil nak membentuk huruf. Sebab itu korang kena banyakkan psikomotor halus di rumah.
0 Comments