BubbleBee Malaysia menambah cawangan terbaru di Muar Johor

Pada 9/9/23 yang lalu ena telah menghadiri Grand Launching Outlet terbaru Bubblebee di Jalan sakeh Muar. Jika korang nak tahu, sudah lebih daripada 50 cawangan diseluruh Malaysia dan terbaru di Muar.

Alhamdulillah masih dekat dengan rumah. huhu... Ingatkan outlet lama tu tutup operasi. Rupa-rupanya berpindah dan lebih besar. wahhh.. Mujur masih menambah outlet di Muar sebab takut orang Muo kecewa tak dapat merasa air sedap ni. hehe..Sebab masa tu kecohlah kat group orang Muo tanya kenapa BubbleBee tutup. Haaa kini orang Muo boleh tarik nafas lega sebab tempat baru ni lagi best. Lokasi strategik boleh nampak je dari tepi traffik light Jalan Sakeh dan betul-betul bahagian tengah lot. Kalau dulu tu memang tersorok dan susah parking. 




Bersempena dengan pembukaan outlet terbaru BubbleBee Malaysia, Shuib berbesar hati memberi 100 cup Aiskrim Taro PERCUMA kepada 100 pelanggan terawal.. Memang sedappp... tak rugilah anak beratur awal.hehe.. Nak aiskrim katanya.. Tahniah diucapkan kepada Shuib. Semoga akan berkembang lagi cawangan selepas ini. 


Cup besar taw. Bukan cup kecil. Terbaiklah Shuib.


Tu diaaa... kaum cina pon support orang kita. dah ramai beratur awal untuk merasa Aiskrim Taro percuma.

BubbleBee dengan trademark “Semanis Senyuman Anda”  menyediakan minuman bobba dan pencuci mulut berasaskan produk segar dan 100% menggunakan madu asli. Bersesuaian dengan konsepnya “Sweet as your smile” .


Tidak melepaskan peluang mencuba menu baru Milo Ice Cream. Terdapat juga pelbagai menu makanan secara ala carte. Sedap Nasi Lemak Rendang Daging. Dan ada juga pelbagai pasta dan dessert lain. Korang patut mencubanya. Ada banyak lagi promosi mengikut hari dan perayaan.



kalau tak suka aiskrim, jangan risau tetap ada pilihan air yang lain. Sedap juga taw. Rasa fresh je tekak minum!

Refreshing series : 
🟡 Frizb Cranberry
🟡 Frizb Passion Fruit
🟡 Frizb Peach Mint
🟡 Frizb Red Apple
🟡 Frizb Mango
🟡 Frizb Strawberry
🟡 Frizb Blue Lagoon
🟡 Frizb Honey Lemon
🟡 Frizb Diamond Mango Pearl


Tq Shuib sudi layan orang Muo, sejak datang sampai ke petang tak jemu melayan peminatnya. Boleh dikatakan 1 family ramah.


Jumpa depan-depan lagi cantik manis orangnya. Tak jemu dipandang. hehe...


Di dalam ucapannya, Shuib memberi berita baik kepada orang Muo, outlet kini lebih besar sesuai untuk adakan majlis birthday ataupon sambutan lain. Memang selesa tempatnya.

Antara aktiviti menarik sepanjang majlis pelancaran tersebut, ada Mr Jojo si badut yang ramah tak putus-putus melayan kehendak kanak-kanak. Sporting betul macam-macam pattern dia boleh buat.





JDT Blogger pon turun Muo taw. hehe... Dapatlah gathering kejap.


Persembahan zapin dari Sekolah Convent Muar. Jumpalah guru besar sumayyah kat situ.haha... Persembahan kompang dari Pelajar SK Maharani pon ada. Laaaa.. rupanya anak jiran yang main. Eh boleh tak perasan dia ada kat situ.hahahaha..


Sesi photobooth secara percuma. Bab ni memang wajib lah snap kan.hehe


Kenangan bersama JDT Blogger :)


Ada sesi face painting percuma. Yang ni budak-budak memang suka.



Sumayyah tak nak lukis kat muka. Cuma tangan je dia nak.huhu... ibu sampai lupa nak buat juga kat muka. haishhh rugi..rugi tak try.


Lunch bersama JDT Blogger. Alhamdulillah kenyang masa ni.hehe... Ruangan luas dan selesa sesuai bawa anak-anak.


Ada rezeki jumpa lagi..............



Ini antara menu yang ena sempat snap. So korang boleh tengok ada banyak menu disediakan.






BubbleBee Malaysia

Alamat : No 2, GF, Jalan Prima Sakeh 3, Pusat Perniagaan Prima Sakeh 84000 Muar Johor.

Website : https://bubblebee.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/bubblebeemalaysiahq

Instagram : https://www.instagram.com/bubblebeemalaysia/

Post a Comment

2 Comments

nona sani said…
Whoaaa, pindah sini dahh..Tu yang best..Orang Muo Masih boleh Nikmati air yang sedap nih! ❤️😍
Sis Lin said…
Meriah kann kali ni, besar cafe dia, lepas ni ke MUO boleh lepak sini jerr