Tempat Menarik di Johor 2023

Sebagai anak jati Johor, sudah tentulah ena nak berkongsi cerita tempat menarik yang pernah ena lawati di Johor. Tapi ada juga yang ena belum pergi dah siap masuk dalam wishlist ena untuk trip akan datang. Tak habis pusing lagi Johor ni. Anak kelahiran Pontian, kemudian berkahwin di usia 25 tahun dan menetap di Muo dari 2013 hingga kini. Kalau bab Muo ni banyak dah ena buat entri, korang search jela.hehehe.. Untuk entri kali ni ena letak random antara yang viral dan hits di blog ena. Kalau ada cadangan, boleh tinggalkan komen ya.

1. Tomisstan Cafe, Parit Kedondong Laut, Parit Jawa, Muar

Parit Kedondong Laut ni kena pandai cari dan mungkin korang akan rasa nak patah balik sebab jalan nak masuk tu sempit dan suram.hahahah.. Agak dalam juga lah. Tapi berbaloi bila sampai. So pastikan amek port yang cantik terutama bila ada sunset view. Bergambar di ruangan Tomisstan Cafe cukup cantik dan santai. Suasana romantik dengan tiupan angin dan lampu berkelip. Viral lah tempat ni. Ena cuma datang bergambar je.



Cafe berkonsepkan fishing & camping site
📍Sina Bay Fishing & Camping Site, Lot 4933, Parit Pechah, Mukim, 84160 Muar, Johor
⏰ Bermula seawal 3.00 petang-10.00 malam (9.30 malam panggilan terakhir)

2. Umbrella Alley, Muar


Setiap kali ena datang ke lorong Umbrella Alley ni, mesti ada penambahan baru. Kena rajin datang juga lah nak tengok mural terkini.hehe.. Jalan sesak di tengah bandar jadi elakkan datang time pekerja lunch dan balik sekolah. Kalau budak-budak memang teruja lah sebab banyak kartun animasi Malaysia yang ada !


Tempat ni memang agak tersorok. Kalau tak nak sesat, korang cari je bangunan Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan parking sebelah OCBC bank. Dari situ dah nampak payung warna-warni ni. 







Dah penat berjalan boleh pekena Cendol Kampung Hulu dan Kadir Mee Bandung Muar.

3. LEGOLAND Malaysia, Iskandar Puteri


Legoland Malaysia antara tempat idaman ena bersama anak-anak. Tak kan bosan jejak ke sini. Anak-anak teruja dan sangat fokus melakukan aktiviti psikomotor kasar dan halus. Berbaloi melabur disini. Ruangan permainan lego ada di hadapan Bricks Family Restaurant. Masuk je dalam Legoland Hotel korang memang terpana tengok dunia Lego yang penuh macam Istana Lego.hehe...



Sejak ada Miniland di dalam themepark ni barulah rasa redup sikit. hehe. Masuk themepark ni rasa 1 hari pon tak cukup. Terlalu banyak aktiviti. Datang pada hari biasa memudahkan korang bermian tanpa perlu beratur lama.


Tempat yang paling ena suka tengok hidupan laut di Sealife. Semata-mata nak tengok ikan lutsinar nampak tulang dalam badan. Cantik! Kuda laut dan obor-obor juga menjadi tarikan utama ena dan anak-anak masih suka dan tak jemu nak masuk.



LEGOLAND® Malaysia Resort : 7 Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor, Malaysia.

4. Telok Gorek Chalet & Camp Site, Mersing

Pantai Teluk Gorek ni best sebab anak suka korek pasir. Kawasannya jauh ke dalam jadi tak terlampau sesak dengan orang ramai. Korang boleh pasang khemah tapi tak ingat berapa harga 1 malam. Kalau datang tu akan nampak banyak pondok wakaf tapi tu semua dah ada orang sewa ya. So korang bawa lah tikar tiap-siap dan cop tempat. Boleh je memasak bawa dapur sendiri. Toilet pon banyak dan bersih. Tempat nak cuci perkakas dapur dan pinggan mangkuk pon ada disediakan.

5. Tanjung Sedili, Kota Tinggi

Tanjung Sedili ni sangat sesak dan susah cari parking,. huhu nasib lah ya kalau dapat awal. Nak cari makan dan layang-layang pon senang ada banyak gerai di buka. Korang pilih jela. Macam rainbow ni ena ambil saiz sederhana RM11. Untuk saiz kecil RM7.



Budak-budak ni lenguh dah lama pegang layang-layang jadi sambung buat istana. Pasir sini best sebab bersih dan mudah nak korek. Korang kena datang sini.

6. RR MINILAND, Simpang Renggam

Nampaknya tempat ni dah viral. Datang masa awal pembukaan tak ramai orang lagi. Sekarang kena datang awal 9.00 pagi ya time orang belum ramai. Disini korang tak boleh bawa makanan sendiri. So makanlah kenyang-kenyang sebelum datang ataupon boleh beli je disitu. Makanan ada dijual dan juga buaian disediakan.


Nak booking homestay pon boleh di De’ RR Cottage. Malah ada juga cafe dan playground. Cantik juga lah tempatnya.


Pool ni pula khas untruk yang menginap di Homestay.

KOLAM OPEN DARI JAM 9 PAGI SEHINGGA 6 PETANG 
⭐️DILARANG BAWA MAKANAN DARI LUAR.ADA MINI CAFE DISINI.
⭐️TIADA HAD MASA MANDI 
⭐️TAK PERLU BOOKING LAGI. JUST WALK IN SAHAJA. 
HARGA
⭐️DEWASA RM12 
⭐️KANAK2 DARI 2 TAHUN SEHINGGA 10 TAHUN RM10

Facebook : RR Homestay & Event Cafe - Simpang Renggam 
📍https://goo.gl/maps/D7NUyAswW4MGahYA7
Lot 425(C),Lorong Haji Amir,Jalan Renggam,Simpang Renggam

7. Kopi Tenggek Tanjung Piai, Pontian

Ramainya orang di Kopi Tenggek Tanjung Piai. Datang awal pagi bersarapan disini. 

Aiskrim RM5. Boleh pilih topping sendiri. Makan sini order di kaunter ya. Lepastu tunggulah nombor dipanggil. Habis makan baru bayar tunjuk nombor anda.

keropok lekor homemade ok. Sumpah sedap lembut didalam. Siap tapau frozen sebab ada juga kedai di dalam cafe ni. So korang tak puas makan boleh lah beli untuk dibawa balik.


Nasi goreng kebontang dan Kuey Teow kebontang kena cuba! Sedap taw.

Roti steam couple ni tak dapat rasa.


RM5.50/paket @ Kombo RM15/3paket

Alamat : No 161, 82300 Kampong Serkat, Johor


8. RailCoffee, Stesen Keretapi Kluang



Kluang RailCoffee ni sangat famous dah bertapak lama  sejak 1938. Ingat Kluang ingat kopi. Menu tradisional kopi Kluang dan roti bakar menggunakan resepi sendiri. kalau di Muar terkenal dengan Kopi 434, jadi di Kluang ada RailCoffee. Terliur tengok menunya.


10. Restoran Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng



Kalau lalu highway ke arah Yong Peng, korang akan nampak dari tepi jalan Restoran Kari kambing 40 hari ni. Sangat terkenal dah masuk dalam TV. Time lalu nak balik rumah mertua sentiasa penuh orang beratur panjang.



Restoran Kari Kambing 40 hari beroperasi seperti biasa SETIAP HARI
(ISNIN HINGGA AHAD)
Masa.  : 7.30 pagi - 3.30 petang
Lokasi : 215 Kg Hj Ghafar , Bt 5 1/2, Jln Yong Peng,  Batu Pahat , Johor

Ada banyak lagi tempat best sebenarnya. Korang boleh baca banyak entri ena berkaitan tempat menarik di Johor.

Post a Comment

0 Comments