Resepi mudah guna Roti Gardenia

Dekat rumah ni memang tak boleh takde Roti gardenia. hehe. Sebab favourite anak-anak. Lagi satu mudah nak sediakan bila nak cepat. Anak-anak pula tak kisah makan janji ada roti dan jem pon dah cukup. Tapi sebagai ibu kan mestilah nak pelbagaikan menu. Takdelah jemu buat benda sama je.. Ni antara resepi mudah yang selalu ena sediakan untuk keluarga.

    Roti Telur Cracker

    roti gardenia


    Bahan-bahan:
    7 keping roti putih Gardenia (1 keping belah 8pcs)
    3 biji telur gred B (Pecahkan dan pukul rata sampai kembang)
    10 keping biskut cracker dihancurkan

    Cara memasak:
    1. Panaskan minyak dengan kuantiti lebih kurang macam goreng ikan
    2. Untuk kuali 24cm muat masak 8pcs roti. Jadi celup lah 8pcs dulu dengan telur yang sudah dipukul kembang.
    3. Ambil 1 per 1 roti tadi dan gaul dengan biskut cracker. 
    4. Bila kuali sudah panas boleh masukkan 8pcs yang siap digaul rata. Api sederhana sebab cepat masak. Terbalikkan dan setelah masak boleh angkat untuk dihidangkan. 

    Roti bakar kaya ala Kopitiam

    roti gardenia


    Bahan-bahan:
    Roti Gardenia
    Sekaya (Sebarang jenama)
    Mentega Buttercup 

    Cara penyediaan:
    1. Potong bahagian tepi roti
    2. Sapukan sekaya (Lebihkan untuk lebih lazat)
    3. Potong mentega kepada kepingan besar, kemudian potong kepada 3 bahagian kecil (Pastikan mentega keras)
    4. Susun mentega di atas roti
    5. Bakar pada suhu 200c selama 10-15 minit (Bergantung kepada ketuhar dan tahap garing yang anda inginkan). Sedia untuk dinikmati!

    Roti bakar Scrambled Egg

    roti gardenia

    Bahan-bahan:
    Roti Gardenia siap dibakar
    Sosej siap digoreng

    Bahan-bahan untuk telur :
    3 biji telur
    1/2 cawan susu fresh
    1 sudu besar minyak jagung
    Nak tambah garam pon boleh (Ena tak guna sebab telur dah cukup lemak dan sosej masin)

    Cara penyediaan:
    1. Pecahkan telur kedalam mangkuk dan campurkan dengan susu
    2. Pukul telur hingga kembang 
    3. Panaskan kuali non-stick dan masukkan minyak
    4. Masukkan adunan telur dan biarkan seketika. Kacau perlahan-lahan sehingga masak
    5. Sedia dihidangkan bersama roti bakar dan sosej goreng

    Roti telur


    Jika ada kuah asam pedas lebih ena akan simpan dalam peti ais. Esok pagi tinggal hangat je kuahnya buat cecah roti telur. Kalau takde pon roti telur cecah sos cili sedap jugak.

    Bahan-bahan:
    Roti Gardenia
    2 biji telur
    Minyak jagung

    Cara penyediaan:
    1. Pecahkan telur ke dalam pinggan dan pukul sehingga kembang
    2. Masukkan sekeping roti dan adun depan belakang
    3. Tuang minyak sedikit sahaja pada kuali non-stick dan letakkan roti setelah panas
    4. Terbalikkan supaya dimasak rata. Siap dihidang

    Roti gulung sosej crackers

    roti gardenia

    Bahan-bahan:
    Roti Gardenia
    Biskut Crackers (1keping biskut = 1keping roti)
    Sosej Ramly ( boleh campur daging @ ayam) 
    Bancuhan tepung
    Sebiji telur

    Cara penyediaan:
    1. Leperkan roti menggunakan belakang sudu sehingga betul-betul nipis
    2. Gulung 1pcs sosej dan lekatkan hujung roti dengan bancuhan tepung
    3. Potong lebihan sosej di tepi roti supaya nampak ngam dan kemas
    4. Potong roti kepada 2pcs
    5. Salut roti dengan bancuhan telur. Tak perlu garam sebab sosej Ramly dah cukup masin
    6. Hancurkan biskut crackers mengikut berapa keping roti. Kemudian golekkan roti tadi ke dalam serbuk crackers sambil tekan supaya melekat. Nak sedap bagi lekat crackers dengan tebal
    7. Masak ke dalam minyak yang sudah panas dengan api yang kecil supaya sosej dalam masak dan luar tidak hangus. Siap dihidang.


    Mudah je kan??? Bahan pon mudah dicari. Roti Gardenia ni sangat praktikal dimakan tidak kira masa. Waktu sarapan pagi, minum petang dan juga waktu malam kalau rasa tak nak makan nasi.

    Tapi ada orang yang jenis pagi mesti nak makan berat iaitu nasi. Jadi apa sarapan popular orang Malaysia? Haaa... Nasi Lemak lah kan.. Disini ena sharing juga resepi Nasi Lemak sedap dan mudah dari blogger Kak Netty. Tengok pon dah terliur! kena try ni. Semoga entri ini membantu korang mencuba pelbagai resepi mudah dan cepat :)

    Post a Comment

    1 Comments

    Fiza Aizzawa said…
    semua menu dgn roti, nk salin.. hehe