Jom balik Kampung LEGOLAND Malaysia Resort untuk beraya

Bestnya kali ni ena dapat pergi ke Legoland dekat je melalui Jambatan Sungai Pulai dalam masa 30 minit dah sampai. hehe.. kebetulan balik beraya kampung di Pontian, bawa lah anak-anak beraya di Legoland. Kali ni ena datang hari biasa, kuranglah sikit orang. Kalau datang hari sabtu, jangan cakaplah penuh sesak.huhu. 

Apa yang best ke Legoland kali ni?

Bertemakan "Balik Kampung LEGOLAND Malaysia Resort for Raya" aka "Raya Kampung Style" . Para pengunjung raya ini dapat merasai dan menghayati budaya dan tradisi Melayu Malaysia melalui pertunjukan dan aktiviti kebudayaan dalam taman yang luar biasa sehingga 21 Mei. Sempat lagi ni taw korang beraya. Ada juga challange. Terjah je official page Legoland untuk lihat contest terkini.

Seronok lah anak-anak dapat bermain kompang di Pondok Kita

Cantik suasana Hari Raya.


Antara akitivti menarik Perayaan Raya di LEGOLAND Malaysia Resort :

Ziarah-menziarah di SEA LIFE Malaysia dan terima sedikit sesuatu yang manis (Dodol). Sama seperti apabila rakyat Malaysia balik kampung, tetamu boleh pergi dari "Kampung" ke "Kampung" di akuarium untuk mengumpul setem dan menerima hidangan istimewa. Ini direka untuk melambangkan tradisi Raya menziarahi keluarga di rumah mereka dan menerima Duit Raya.

MINILAND Aidilfitri Hunt, pemburuan mencari educational scavenger hunt di mana tetamu boleh mempelajari tentang pelbagai jenis reka bentuk Rumah Kampung di Malaysia. Tetamu yang boleh menamakan kesemua lima jenis Rumah Kampung yang terletak di MINILAND dan mendapati kesemua LEGO Wau Bulan, Ayam dan Bunga Raya boleh memenangi hadiah eksklusif bertemakan LEGOLAND Malaysia.

• Pada hujung minggu, Aktiviti Raya Istimewa akan membolehkan tetamu belajar tentang bagaimana batik dilukis secara tradisional dan cara menganyam ketupat.

• Dari pembukaan resort hingga waktu tutup, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan tarian Melayu tradisional dan moden.

Ada banyak permainan tradisional korang boleh main semula macam zaman kita kecik-kecik dulu seperti batu Seremban, congkak, teng teng, chapteh dan banyak lagi aktiviti menarik.

Jangan lupa tengok Live Show seperti masa di atas ni ya.



Anak-anak juga boleh pakai persalinan baju kurung kedah di area ketupat ni. Kemain safiyyah senyum. Mood baik masa ni.


Sumayyah pula busy siapkan ketupat dia. dah masuk sini susah nak bergambar sebab dia dah excited nak main.hahaha.. sabar jelah.. Disini ada sediakan rujukan gambar step by step. So mudahlah anak nak follow buat ketupat.



Real kan untuk anak-anak merasa permainan klasik ni.


Ada beberapa pangkin disini untuk santai bermain

Di Kampung LEGOLAND Malaysia Resort, para tetamu boleh berehat di Halaman Desa atau Anjung Seri dengan berpakaian raya terbaik mereka. Bagi memastikan keluarga terhibur pada raya ini akan menjadi mudah dengan permainan tradisional seperti Teng Teng, Chapteh, Congkak dan Batu Seremban disediakan di seluruh resort. Jangan risau - jika tidak dapat mengingati peraturan permainan, akan ada staff yang boleh membantu korang.






Anak dah puas driving car, so ibu nak naik bot pula.


Kebetulan tengah tak ramai cepat-cepatlah pergi sebelum hujan.




Dah seronok main lapar pula, singgah lunch dulu.


Beratur di line sini untuk ambil order.


Kami ambil set family senang. RM145 untuk set ni. termasuk dessert 2 aiskrim, 2 cheese cake & air. Tapi kalau takut aiskrim cair boleh ambil kemudian.


LEGO Rumah Kampung, salah satu daripada lima rumah kampung bersaiz sebenar di MINILAND.


Kali ni teruja datang sebab dah ada cooler miniland. Mujurlah tak lama tu hujan lebat, kami boleh berteduh disini.







Tak sah kalau tak masukkan. Ena memang suka tengok ikan.hehe..





Sumayyah banyak tanya kat sini. hahaha.. Mujur ada staff tolong layankan..




Ni memang favourite sumayyah lah susah ajak balik.





Habis dah exploration. Ni masa awal ena datang, terus cari parking ni. RM10 parking.


Disebabkan terlupa bawa stroller terpaksalah sewa kat Legoland. huhu. Boleh guna sepanjang dalam theme park. Masuk je ke tempat tiket dah nampak ruang sewa stroller belah kanan. RM58 sewa + deposit RM50 (Total RM108. RM50 akan dipulangkan semula). Ringanlah nak sorong anak kat situ.

Jom korang terjah Balik Kampung LEGOLAND Malaysia Resort untuk beraya dan bermain bersama dari 21 April - 21 Mei 2023. Jangan lepaskan peluang beraya di Legoland dengan tema Raya Kampung Style’ baru ada style! 😍🥳😘

Event: https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/aidifitri-legoland/ 

Tickets & Passes: https://www.legoland.com.my/tickets-passes/

Facebook & Instagram.


#rayakampungstyle #rayadiLEGOLAND #LEGOLANDMalaysiaResort #Raya2023

Post a Comment

0 Comments