Majlis Anugerah Prestasi (MAP) PASTI Kawasan Bakri 2022

Mungkin ada yang keliru membaca ada berapa MAP Pasti ni? Entri sebelum ni adalah peringkat cawangan masing-masing, tapi yang ini adalah meraikan konvokesyen murid tahun 6 di atas pentas dengan seramai 200 murid daripada 9 Pasti kawasan Bakri. Sangat meriah rasa macam konvo dewasa je .hehe... Apa tidaknya buat di Dewan luar iaitu di Seng Kee Banquet Restaurant. Besar juga lah banyak hall untuk wedding event. Macam kami pakej asal RM6,500 tapi tengah promosi RM5,000 gitu.



Alhamdulillah, selesai sudah  Majlis Anugerah Prestasi (MAP) PASTI Kawasan Bakri 2022 yang berjaya dilansungkan dengan gemilang pada 11 Februari 2023 bertempat di Seng Kee Banquet & Restaurant, Jalan Pintasan Muar. Majlis dirasmikan oleh Ustaz Kamalulnizam Bin Mohd Suhut, YDP PAS Kawasan Bakri.
 
Seramai 200 murid diraikan dengan gemilang pada Majlis Anugerah Prestasi kali ini khususnya murid 6 tahun yang bakal menamatkan pengajian di PASTI. Turut diraikan juga murid-murid yang berjaya memperoleh prestasi tinggi dengan diberikan Anugerah Mumtaz, serta murid yang mewakili PASTI Kawasan Bakri pada Alam Ria PASTI Johor lalu.

Adik Zulaikha Nur Ardini Binti Zahari  dari PASTI Al-Furqan, dinobatkan sebagai Tokoh Murid PASTI Kawasan Bakri Sesi 2022. Beliau bukan sahaja cemerlang dalam akademik, juga cemerlang dalam aktiviti kokurikulum dengan berjaya jadi Johan Bola Jaring PASTI Kawasan Bakri serta PASTI Negeri Johor. Mewakili PASTI Negeri Johor bagi acara bola jaring di Kejohanan PASTI Malaysia. Beliau juga mendapat Naib Johan Hafazan (Perempuan) Alam Ria Kawasan Bakri sesi 2022.

Tahniah diucapkan kepada semua murid 6 tahun khususnya yang berjaya menamatkan pengajian di PASTI serta murid yang mendapat Anugerah Mumtaz dan penghargaan Alam Ria untuk sesi kali ini. 

Tahniah juga kepada guru-guru yang tidak jemu mendidik dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan murid. 

Terima kasih buat semua ibubapa dan penjaga diatas kepercayaan memilih PASTI untuk anak-anak mereka dididik dan diajar di PASTI Kawasan Bakri.

Terima Kasih kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.




Rindu lah cikgu nak dengar keletah diorang dalam kelas.






Wakil bacaan ikrar daripada Pasti kami.

 #MAP2022 #PASTIBakri #PASTIKawasanBakri #MAP2022

Post a Comment

0 Comments