Koleksi Baju Raya 2023 Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

Tahun ni buat persiapan cari baju raya awal sebab takut kalut cari last minute takde saiz. Tak sangka ramai betul orang yang beli awal. Lagi pula kawasan JB ni ramai orang dari Singapura yang masuk membeli belah. Setiap tahun kami memang suka pergi ke Angsana JB Mall sebab situ banyak pilihan dan design yang up to date. Tinggal bawa ongkos je.hehe.. Dah siap cari baju raya ena tu, alang-alang kami singgah ke Butik Aisy Asyraf Johor Bahru di aras 3, Angsana JB mall berdekatan dengan Parkson. 2 hari menetap kerja cari baju raya je. Puas hati survey lama supaya tak menyesal balik Muo tak dapat baju raya cun. So far kami berpuas hati dengan apa yang kami pilih. Kualiti tiptop. Rambang mata sebab tengah banyak sales taw. Baju budak lelaki lah comel sangat.


Butik Aisy Asyraf merupakan sebuah Butik Fesyen Lelaki kontemporari dengan rekaan moden & terkini mengikut peredaran masa. Mula beroperasi pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah. Jenama Aisy Asyraf adalah diilhamkan bersempena nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) yang digabungkan dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan. 

Bagi edisi Raya 2023, Aisy Asyraf bertemakan ‘back to basic’ dengan rekaan busana yang lebih simple dan bergaya, Aisy Asyraf telah mengeluarkan design terbaru iaitu Kurta Izzi, Kurta Zayne, Kurta Nasz, dan banyak lagi. 

Duta (Awie, Fikry Ibrahim dan Angah Raja Lawak)




Koleksi terbaru Baju Raya 2023

Banyak pilihan sesuai dengan semua keadaan. Nak kurta yang santai ada,  nak bawa solat terawih pon ada dan juga ada design yang eksklusif nampak smart casual paling sesuai pakai santai di hari raya. Rambang mata dibuatnya!

🟢 Kurta Izzi
🟢 Kurta Zia
🟢 Kurta Zayne
🟢 Kurta Afgan
🟢 Kurta Lawla
🟢 Kurta Lawla Kids
🟢 Kurta Nasz
🟢 Kurta Nasz Plussize

Untuk baju Melayu, tak perlu pening kepala boleh pilih 2 jenis kolar iaitu :

🟣 Baju Melayu Adika.
🟣 Baju Melayu Tilka. 

Keistimewaan Baju Kurta Butik Aisy Asyraf :
1. Kain Premium Berkualiti seperti Oxford Cotton, Printed Cotton
2. Dijahit dengan teliti & kemas
3. Lebih 27 warna yang cantik
4. Logo disulam pada bahagian kiri baju
5. Poket di kiri dan kanan baju
6. Potongan ‘Semi-Slim Fit’ @ Biasa
7. Fabrik yang selesa dan sejuk

Kurta Afgan Emerald Green RM109


Leher Teluk Belanga dengan butang kayu eksklusif AA
Lengan panjang & 2 poket depan

Kurta Zayne - Red RM99



Leher Teluk Belanga dengan butang kayu esklusif AA
Lengan 3 suku

Kurta Izzi - Green Tea RM99



Leher Cekak Musang dengan butang katup di bahagian hadapan (Butang Eksklusif AA)
Baju Lengan Panjang
Butang tersembunyi di bahagian garis leher-dada
Tiada pesak di bahagian kiri dan kanan baju

Set Kurta Lawla sedondon anak & ayah

Kurta Lawla - Yellow Bee RM109

Berkenan sebab ada butang tersorok nampak kemas je dari bahagian luar

Kurta Lawla Kids RM89


Baju lengan pendek dengan perincian flip di bahagian lengan baju
Kolar Cekak Musang dengan perincian butang eksklusif Aisy Asyraf
Dewasa Saiz S-3XL
Kids Saiz 2-12
Poket kanan kiri
Material lembut dan tidak panas
21 Pilihan Warna menarik

Kurta Nasz - Emerald Green RM109

Kolar Bulat & Lengan 3 Suku
Kain Sejuk & Anti Kedut
Lebih 15 Warna Yang Cantik
Leher Teluk Belanga dengan perincian butang kayu Aisy Asyraf

Kurta Nasz Plussize RM149


Berita baik, untuk lelaki berbadan besar pon boleh bergaya saiz sehingga 7XL

Kurta Zia - Light Turqouise RM99


Tak sempat nak try masa ni sebab kesuntukan masa nak masuk waktu Solat Jumaat.

Baju lengan pendek dengan perincian jahitan di bahagian lengan baju
Leher Teluk Belanga dengan perincian butang eksklusif Aisy Asyraf

Baju Melayu Adika. Harga promosi RM149 (harga asal RM199)

Leher Teluk Belanga dengan butang kayu esklusif AA

Baju Melayu Tilka. Harga promosi RM169 (harga asal RM239)


Kolar Cekak Musang

Cara pembelian


Alhamdulillah dah grab sepasang baju raya. Berbaloi datang beli di Butik Aisy Asyraf. Boleh berkunjung ke seluruh butik terdekat dengan anda ataupon beli secara online melalui website di bawah. 


Cawangan Butik Aisy Asyraf Johor Bahru

Alamat : L3.19, Aras 3, Angsana JB Mall, Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Waktu operasi : 10.30 pagi - 9 malam

Email : aisyasyrafjohorbahru@gmail.com

No telefon : 019-754 8210

#LejenRaya #LejenRayaAA #LejenkanRayamuBersamaAisyAsyraf #bajuRayaAA #aisyasyrafraya2023 #Kurta #KurtaAisyAsyraf #ButikAisyAsyraf #KurtaLelakiModen

Post a Comment

0 Comments