Tips membantu tingkatkan kesihatan perut dan usus di bulan Ramadan

Bila nak masuk je bulan Ramadan, memang ena cukup risau sebab mudah sakit perut dengan adanya pengalaman gastrik. Pengalaman setiap kali berpuasa, bila waktu tengahari mula lah magrain dan tekak mual. Salah satu cara yang ena selalu amalkan adalah minum susu sebelum tidur dan juga selepas bersahur. Sekurang-kurangnya ena boleh bertahan lama sampai berbuka. Yang penting kena bersahur.

Untuk tahun ini ena mencuba produk GKB setelah tengok feedback positif daripada ramai pengguna. Persediaan sebelum berpuasa, ena amalkan dulu produk GKB ni. Alhamdulillah sangat membantu kesihatan ena sepanjang consume GKB, lebih cergas berbanding sebelumnya.

GKB HALAL bagus untuk wanita


Salah satu produk ini ada yang menjadi favourite ena baik untuk menjaga dalaman wanita. Selain berkaitan perut, ena juga mempunyai alahan seafood, kulit mudah ruam dan gatal. All in one yang ena cari selama ni.


GKB telah membantu lebih daripada 1 JUTA orang di Malaysia dalam meningkatkan taraf kesihatan dengan rangkaian 5 produk unik untuk meningkatkan proses penghadaman secara menyeluruh, melindungi kesihatan badan dan kesejahteraan usus secara komprehensif.

Latar belakang Syarikat

Disini ena sharing serba sedikit latar belakang syarikat GKB. GKB (GK Bio International Sdn. Bhd.) telah ditubuhkan pada tahun 2018 adalah sebuah syarikat atas usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Objektif utama, memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan berkualiti tinggi di Malaysia pada harga mampu milik untuk semua golongan.

Produk keluaran GKB juga diperakui sah dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF, GMP, TQF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025, untuk menjaga kualiti, keselamatan dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi.

Seramai 145 orang penyelidik dan teknikal mencipta inovasi bioteknologi dengan menggunakan kultur probiotik dan lebih daripada 40 jenis cendawan untuk menumbuhkan bakteria yang tahan asid, aktif, sihat dan bermanfaat.

100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan dan sesuai seisi keluarga.

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.

LIMA "penting" untuk perut dan usus untuk membantu mengekalkan kesihatan usus :
1. Untuk memperbaiki usus
2. Untuk mengurangkan Gastritis
3. Untuk memperbaiki kulit
4. Untuk mengurangkan sembelit
5. Untuk mengawal minyak dan mengurangkan kalori

Produk GKB dalam bentuk kapsul dan serbuk


Sebelum ena cerita dengan lebih lanjut, ena tertarik dengan sachet bentuk serbuk. Produk GKB ni ada yang berbentuk kapsul dan jenis serbuk. Tapi korang boleh tengok yang serbuk ni berbentuk granul probiotik. Ia membantu mengurangkan risiko tercekik. Haha.. sebab ena ni jenis mudah tersedak kalau tuang terus dalam mulut. So bila bentuk serbuk camni senang cikit ena nak kemam. Jenis nak cepat dan praktikal tak sempat nak bancuh air. Zaman sekarang ni suka on the go je isi dalam beg boleh makan dimana-mana. 


Korang boleh juga bancuh dengan air kosong ataupon larutkan dalam air jus kegemaran korang. Mudah sangatlah nak minum. Dua-dua cara boleh.

5 Produk GKB secara menyeluruh melindungi perut dan usus dengan komprehensif

GKB Probio+



Mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif dan 4 jenis prebiotik membantu pencernaan memberi lebih perlindungan kepada saluran usus. setiap sachet mengandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotik hidup sesuai untuk penjagaan harian usus. Disarankan untuk pengguna yang mengalami sembelit, senak perut dan cirit-birit yang ringan. Ena suka sachet ni sebab tak rasa manis. Mudah kemam dan perut tak mengulas. Lega masih mudah membuang airseperti biasa.

GKB G-Pro Gold



GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup yang boleh meningkatkan flora usus. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit yang mampu mengurangkan kejadian keradangan usus. Jenis kapsul ni ena ambil ketika susah nak membuang air. Maklumlah puasa ni kadang 2 hari tak membuang dah risau takut sembelit. Jadi ena akan makan GKB G-Pro Gold. Esoknya insyaAllah mudah lawas.

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus



Antara favourite ena sebab alahan seafood tapi nak makan juga. huhu.. Mudah lah naik gatal-gatal di bahagian kaki. Walaupon tak nampak tapi tetap rasa rendah diri untuk diri sendiri. Ena cukup memilih produk jagaan kulit. GKB Lactobacillus Plus ni betul-betul membantu ena mengurangkan masalah kulit. Selain itu ia bagus untuk wanita yang ingin mencegah jangkitan alat kelamin seperti keputihan. Meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Badan rasa lebih cergas dan kurang penat. Kulit pon tidak terlalu kering seperti sebelumnya.

GKB Probizymes



Inilah GKB Probizymes yang membantu ena mengelak berlakunya gastrik ketika berpuasa. Diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak khusus menangangi masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan. Produk ni memang kena amalkan setiap pagi selepas sahur supaya ena boleh tahan berpuasa tanpa sakit perut yang kuat. So far tengahari takdelah rasa magrain lagi.


GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 200mg



Risau makan banyak lemak tapi nak maintain berat badan? Cuba amalkan GKB Lactobacillus Plantrum GKM3. Mengandungi probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolesterol, trigliserida). Membantu menyerap kalori, mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, menjadikan badan lebih langsing serta melembapkan kulit.

Memenangi lebih 20 anugerah dan paten dari pelbagai negara, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura dan Taiwan. produk ini juga sesuai untuk menangani masalah sembelit ringan dan kulit kering. Disebabkan ena jenis kuat makan manis, so haruslah makan kan produk ni.huhu.. Target maintain 45KG menjelang raya. Sekarang 48 KG. Ada turunlah 1KG. Kena konsisten lagi ni.


So far, ena berpuas hati mengamalkan kesemua produk ini. Membantu melancarkan proses penghadaman serta kulit lebih lembap. Korang juga boleh mencubanya sendiri.

Dapatkan di semua cawangan farmasi besar di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy. Boleh juga buat pembelian secara online seperti tertera di bawah :

No tel : 03-6142 1139

Laman web : www.mygkb.com
Facebook : GKB International (https://www.facebook.com/mygkb
Instagram: mygkb (https://www.instagram.com/mygkb/)
Tiktok :  gkbmsia (https://www.tiktok.com/@gkbmsia)
Youtube : Official GKB (https://www.youtube.com/@mygkb01)

RED ID : 1318211221

GKB Official Selling Platform:

All major pharmacies in Malaysia, including

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 


Lihat video cara mengamalkan Produk GKB

Post a Comment

0 Comments