Flavours of Nusantara Buffet Ramadan 2023 di LEGOLAND Hotel

Flavours of Nusantara Buffet Dinner di Bricks Family Restaurant, LEGOLAND Hotel 

Alhamdulillah rezeki cuti sekolah ni dapat berjalan ke Johor Bahru bersama family. Lepas settle kan baju raya, kami ke LEGOLAND Hotel untuk review Buffet Ramadan. Memang plan nak ke Iskandar Puteri untuk melawat ipar yang baru je berpindah di sana. Jadi alang-alang bawa anak ke Legoland. Dah 1 tahun lebih juga lah tak datang. Suka lah sumayyah datang lagi nak main lego.

LEGOLAND® Malaysia Resort kini sedang berlangsungnya Buffet sempena Ramadan iaitu "FLAVOURS OF NUSANTARA BUFFET DINNER" di Bricks Family Restaurant, LEGOLAND Hotel dari 23 Mac hingga 21 April 2023

Para tetamu dapat menikmati pilihan lebih 200 hidangan Nusantara yang lazat dalam persekitaran LEGO yang menakjubkan dan unik. Pengalaman makan malam yang best bersama keluarga ena, bukan sajian makanan sahaja malah LEGOLAND Hotel telah mengatur persembahan kebudayaan yang memukau, pancaragam akustik dan penampilan watak LEGO di restoran.

Cantik sangat presentation sajian dihidangkan oleh pihak restoran. Rasa seperti datang Open House Raya.hehe.. Pengunjung boleh merasai masakan Nusantara dari tempatan sehingga antarabangsa seperti kambing golek yang lazat (Kuzi Kambing), rendang, sate, kari, sup, bubur lambok, ulam-ulaman, dan banyak lagi.

“Sejak pelancaran buffet bertemakan Nusantara pada 2019, kami menerima sambutan yang sangat positif. Pengunjung sentiasa kembali untuk menikmati suasana unik dan perjalanan masakan yang menakjubkan yang pasukan kami sajikan untuk mereka. Disebabkan permintaan ramai, kami telah memilih untuk menjalankan buffet Flavours of Nusantara sekali lagi tahun ini dengan hidangan yang lebih menggiurkan, dibuat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan disahkan halal,” kata CS Lim, Pengarah Bahagian di LEGOLAND Malaysia Resort.

“Pengunjung juga boleh lihat lebih banyak persembahan tradisional dan moden bertemakan Raya, salah satu kemuncak pengalaman menjamu selera kami. Pasukan LEGOLAND Hotel kami berbesar hati dipilih sebagai destinasi untuk pengunjung menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga mereka dalam tempoh ini dan berharap dapat memberi mereka pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan setiap lawatan.,” tambah CS Lim.

Full house. Mujur datang awal.

Aneka sambal dan juga kerabu. Antaranya sambal belacan, sambal kicap, cencaluk, sambal hijau, sambal tempoyak, budu, air asam, sambal mangga,  mango chutney, kerabu sotong, kerabu udang, kerabu kacang panjang, kerabu mangga, kerabu perut, kerabu kacang botol dan taufu sumbat.

Peminat seafood memang suka hidangan ni :)

Menu yang ku tunggu-tunggu. Kambing golek, roti john dan sate ni antara favourite ena berbuka puasa dan juadah yang dicari di bazaar Ramadan. Berbaloi lah semua menu ada disini. Ada pelbagai sos pencecah dihidangkan antaranya kuah kacang, mushroom sauce, black pepper sauce. Hidangan sampingan lain seperti pepes ayam, otak-otak, kepak ayam Buffalo, prawn skewers.

Sate ayam dan sate daging

First round ya..

Boleh lupa pula nak ambil durian roll ni. Ada pelbagai jenis roti seperti roti john, roti canai, capati, dan murtabak.

Aneka jenis mi dan sup

Bubur lambuk, bubur berlauk dan serawa durian


Macam pergi Open House...ada hidangan raya. Burasak tu favourite lah sebab setiap tahun nenek buat. hehe.. Wajib ambil. Ada serunding ayam dan daging.


So far nasi dan lauk sedap belaka.





Ada bermacam jenis dessert yang sudah tentu jadi tumpuan ena dan anak. Rambang mata.






Kuih tradisional


Aiskrim yang boleh letak bermacam jenis topping. Seronoklah anak deko aiskrim dia.


Buah-buahan


Tak tahu lah kenapa Nes Tarik dia sedap sangat. Sampai penuh cawan kat meja, ena dan suami bertambah minum. Cukup rasa! Power lah yang buat.


Anak-anak dah siap makan, boleh mewarna kertas di atas meja yang disediakan restoran. Khusyuk safiyyah mewarna.


Props Raya. Cun sangat dekorasinya.


Team JDT Blogger


Ruangan permainan lego ada di hadapan Bricks Family Restaurant. Kalau mak nak feeling makan dengan tenang boleh lah anak bermain disini.huhu..



Berbaloi kan berbuka di sini? Jika nak buat tempahan boleh lah, hubungi PIC di bawah.

Untuk harga Early bird: 
ʀᴍ138 - ᴅᴇᴡᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ 12 ᴛᴀʜᴜɴ ᴋᴇ ᴀᴛᴀꜱ
ʀᴍ70 - ᴋᴀɴᴀᴋ-ᴋᴀɴᴀᴋ 5 ᴛᴀʜᴜɴ ʜɪɴɢɢᴀ 11 ᴛᴀʜᴜɴ ꜱᴇʀᴛᴀ ꜱᴇɴɪᴏʀ ɴᴇᴛɪᴢᴇɴ 60 ᴛᴀʜᴜɴ ᴋᴇ ᴀᴛᴀꜱ

Harga biasa selepas 22 Mac 2023 sehingga 21 April 2023
📲 Dewasa (12 tahun ke atas) RM168
📲 Kanak-kanak (5-11tahun) / Warga emas 60 tahun ke atas RM85

📥 Eksklusif annual pass deals 10% off retail price
✅ Dewasa (12 tahun ke atas) RM151.20
✅ Kanak-kanak (5-11tahun) / Warga emas 60 tahun ke atas RM76.50



LEGOLAND® Malaysia Resort : 7 Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri (Nusajaya), Johor, Malaysia.

📢Untuk tempahan hubungi +607 560 3808/3884 @ email admin.fnbhotel@legoland.my


Post a Comment

0 Comments