Baju Raya Set sedondon ibu anak banyak pilihan di Butik Busana Jamilah

Bila sebut pasal raya, confirm mak-mak yang akan fikir dulu nak tema colour apa masa raya padehal belum masuk bulan Ramadan.huhuhuh.. Bukan apa, kita ni tak nak kalut takut last minute nanti kang saiz baju anak habis. Tahu lah baju budak ni saiz terhad. Bila jumpa baju si kakak, baju adik pula takde saiz. Begitu juga sebaliknya. Jenis ena tak suka beli baju anak secara online sebab takut tak muat. Baik fitting kat kedai terus. So sebelum kehabisan stok dan tak nak kalut cari baju raya, ena dah survey awal baju raya di Butik Busana Jamilah.hahaha.. Cepat kan???


Ni memang tempat favourite ena dari zaman bujang sampai kahwin mesti nak datang Angsana Mall, Johor Bahru. Sebab sini banyak baju cantik dan trending. Harga pon berpatutan. Kalau korang takut rambang mata dan nak jimat masa survey baju raya, boleh terus ke Busana Jamilah

Sentiasa up-to-date rekaan mengikut trend dan menjadi pilihan ramai. Sebab itu banyak booth dibuka tahun 2023 ni. Untuk memberi keselesaan kepada pelanggan memilih tanpa bersesak di dalam butik. Ena ada set sedondon ibu anak dari Busana Jamilah ni dan masih tahan lama tak lusuh pon. Siap tak payah gosok.haaa..Sebabtu tak rugi beli.


Ena perasan lah setiap tahun Busana jamilah akan keluarkan pelbagai warna bagi setiap batch mengikut kehendak pelanggan. Setiap rekaan yang dikeluarkan cepat Out Of Stock. Bukan itu saje rekaan "Limited Edition" untuk memastikan pelanggan tampil eksklusif tetapi harga mampu milik. Bab itu ena suka.hehe.. Nak nampak kelainan.

Baju Raya 2023 Busana Jamilah



Biasanya orang takut nak pakai lace sangat sebab takut tak selesa. Tapi rekaan dari Busana jamilah ni dari material yang jenis tak panas, ironless. Pakai dari pagi sampai petang pon masih selesa. Jika korang sukakan lace boleh cuba Kurung Lace di sini ada 3design berbeza. ya ampun semua Kurung Lace lawa sangattt.. lama lah ena nak pilih untuk beli. Jem terus, last-last suruh suami pilihkan.


Kurung Lace Adalea RM199


Lengannya buat ena berkenan taw. Sebab tak kembang di hujung pergelangan tangan.


Kurung Lace Olivia RM199. Hmmm.. apa ni koleksi colur hitam pon menawan. Suka buat kita tak keruan nak pilih.


Untuk koleksi Vionna ni dari fabrik CEY, memang lawa dan tak perlu nak beriya gosok baju. Sejujurnya siapa cari tema hitam, dekat Busana Jamilah memang lawa-lawa design hitam.


Kurung Vionna RM129


Lawa kan zoom dari dekat.


Ingat baju lelaki je ada poket depan, perempuan pon ada taw.


Kurung Adriana RM159


Biru ni elegan sangat.bahagian lengan cun habis.


Kurung Lace Maya RM149


Kurung Thalea RM129


Kurung Sulam Adana RM159


Set sedondon ibu anak


Banyak pilihan saiz untuk baju anak perempuan. Nampak kan design sama dengan si ibu.



Kids ROSA ni lawa betul. RM79 sehelai.


Tu diaaa.. safiyyah siap ambil baju dia berkenan.


Baju anak lelaki pon ada.



Selain baju perempuan (ibu & anak perempuan), ada juga set baju sedondon family sekali dengan baju dari butik Kacax (ayah & anak lelaki) disediakan boleh nampak ruangan depan pintu masuk Busana Jamilah. Haa takdelah mak-mak ni pening nak cari sedondon dari banyak kedai. Boleh all in one. Alaaa, nak puas cuci mata boleh jenguk kedai sebelah je.hehe..Sebab lokasi Butik Kacax & Jamilah ialah bersebelahan. Berhampiran dengan Kedai Alat Tulis Badan di Level 3 Angsana JB Mall.



Contoh set sedondon family warna sama. Sebab itu ena cakap senang nak cari sedondon.


Kurung Vionna


Kurung Lace Olivia


Kurung Rosa simple tapi elegan ni RM199. Lawa sangat design ni dengan potongan dibelah kanan dan warna pastel. Rasa sejuk je pandang. Bukan saya ya tapi baju.huhu..


Kurung Lace ADALEA limited Edition Arghhh.. rambang mata. Last-last pilih colour ni sebab suami yang berkenan.

4 Pilihan Warna menawan !

Ametyst Purple ✔
Coral Pink ✔
Dusty Pink ✔
Nude Brown✔


Set ibu anak ametyst purple



Set ibu anak Coral pink

Lokasi butik & booth Kacak & Jamilah


Jadi kita jangan pening-pening nak pilih, terus je terjah di butik. Kalau nak cepat boleh pergi ke booth disediakan.

▶️ Butik JAMILAH Level 3 & Level 4
▶️ Booth JAMILAH Level 2 (berhadapan AR RAHNU, Depan Butik KACAX level 2)

🕑Masa operasi : 10.00am - 10.00pm

No tel : 019-734 1037

FB : https://www.facebook.com/butikbusanajamilah

IG: https://instagram.com/busanajamilah

Tiktok : https://www.tiktok.com/@midanixhq

Post a Comment

1 Comments

Farrah MF said…
Wah, memang boleh rambang mata masuk butik ni! Cantik-cantik bajunya.