Bila cuti sekolah ni panjang tapi ibu ayah yang busy kat rumah. huhu. Bertabahlah anak-anak ya. Ngadap kereta yang asyik keluar masuk bengkel tapi still rosak. Jadi kita buat aktiviti psikomotor halus. Kebetulan rebus kerang jadi kulit nya jangan dibuang semua. Cuci bersih dan keringkan. Boleh bagi anak-anak mewarna. Takdelah ngadap TV je kan.
Sumayyah menghasilkan contengan warna di kulit kerang. hehe. esoknya mood buat corak lain pula. Suka betul dia asyik minta mewarna.
Boleh lah lepasni cantumkan buat bentuk pula. Nak buat bentuk bunga ke atau sebagainya. Jimat kos kan. Modal kulit kerang dengan water colour je.
0 Comments