Cuci muka berminyak berapa kali sehari? | Tips memilih pencuci muka yang betul

Cuci muka berminyak berapa kali sehari? | Tips memilih pencuci muka yang betul Ena bukanlah seorang yang pakar dalam menentukan pencuci muka mana yang bagus tapi berdasarkan pengalaman yang dulunya sejenis tiap kali habis pencuci muka 1 produk akan tukar ke jenama produk lain, sudah tentu tak nak perkara itu terjadi pada korang jugak. Dulu ena seorang yang tidak setia pada 1 jenama. Kalau boleh setiap bulan nak tukar jenama. Suka nak mencuba pelbagai jenis sebab mudah terpengaruh dengan iklan. 

Tahu apa akibatnya???

Kulit muka jadi breakout, zon T berminyak, jerawat pasir tumbuh merata, pori besar dan kulit tepi hidung mengelupas. Arghhhh!!! Mimpi ngeri. Cukuplah pengalaman lepas yang amat menyeksakan untuk merawat balik wajah ni. Yelah muka takde jual kat kedai. 24 jam hadap muka yang sama kan. Jadi apa yang ena lakukan untuk mengatasi masalah berikut? Adalah dengan mengkaji masalah muka sendiri.

Ingat ya. Setiap orang kulitnya berbeza. Tidak semestinya apa dia pakai, tapi sesuai dengan kulit muka kita. Sebab itu pentingnya mencari ilmu pengetahuan. 

Alaa pencuci je pon???

Jika korang masih fikir benda itu cuma perkara kecil tapi percayalah ia akan menjadi besar pada masa umur korang meningkat. Long term tu kita akan nampak effectnya. Jadi jom kita belajar dulu level kulit korang di tahap yang mana.


TIPS MEMILIH PENCUCI MUKA YANG BETUL

1. kenali jenis kulit muka terlebih dahulu. Berikut adalah senarai jenis kulit yang boleh korang periksa.

A. Kulit Normal - Liang pori yang kecil, kulit licin dan kurang berjerawat

B. Kulit kering - Kulit kering dan tegang,mudah mendapat garis halus & kedutan

C. Kulit berminyak - Liang pori besar, blackheads, jerawat & sentiasa berminyak

D. Kulit kombinasi - Berminyak di kawasan dagu, dahi, hidung tetapi kering di bahagian pipi.

Cuci muka berminyak berapa kali sehari?

Persoalan ini selalu membuatkan ramai tertanya-tanya berapa kali sebenarnya nak cuci muka? Pakar bersetuju untuk mencuci muka cukup sekadar 2 kali sehari iaitu pada waktu siang dan juga pada waktu malam. Tapi untuk kulit berminyak ni memang kita akan rasa nak cuci muka dengan kerap dalam sehari. Sebab apa? Kita rasa macam tak puas kan? Sebenarnya amalan mencuci muka dengan kerap hanya membuatkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak.

Eh... sama juga 2 kali sehari?

Ya.....

Kerana sambil kita mencuci muka, sebenarnya lembapan yang ada pada kulit juda akan tertanggal, malah kulit akan menjadi lebih teruk. Sebab itu, cukup sekadar 2 kali sehari. Apa yang penting memilih pencuci muka yang sesuai dengan masalah kulit wajah iaitu cari bahan  yang diformulasi khas untuk kulit yang berminyak, kering dan masalah jerawat.

Kulit ena boleh dikategorikan sebagai normal. Kurang berminyak di hidung. Dulu kulit ena kategori kombinasi yang mudah naik jerawat di bahagian dahi, hidung dan dagu.

Apa yang ena lakukan adalah cuci muka sekadar 2 kali sehari. Ya.. Bukan 1 hari cuci banyak kali ya. Mencuci dengan kerap bagi kulit seperti ena pula boleh menyebabkan kulit menjadi semakin kering. Ok.. Dah dapat kenal pasti masalah kulit korang? Barulah kita kenali pula pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah.


2. Pencuci dengan buih lembut sesuai untuk membersih dengan lebih mendalam bagi kulit berminyak kerana dapat mengeluarkan sebum dan sisa kotoran.

3. Elakkan pencuci yang berasaskan sabun, mengandungi pewangi, pengawet dan bahan berasaskan sulfat seperti SLS/SLES kerana bahan seperti itu membuatkan kulit berasa tegang selepas mencuci. Baca label belakang produk sebelum membelinya. 

4. Membersih pori dengan mendalam. Jika anda penggemar makeup, pastikan memilih pencuci yang memberi cucian secara mendalam (deep cleansing) agar pori tidak tersumbat yang menjadi punca kepada pertumbuhan jerawat. Uji keberkesanan dengan pencuci muka dengan mengambil kapas dan tuangkan sedikit penyegar dan lapkan wajah. Jika masih terdapat kotoran pada kapas, bermakna pencuci muka tidak mencuci kotoran dengan mendalam.

5. Tidak mengeringkan kulit. Pencuci muka haruslah membantu melembapkan kulit selain daripada membersih. Ini kerana jika anda jenis kulit kering sangat memerlukan pencuci muka yang boleh mengawal paras minyak dan mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.


Aloe AC Clean Bubble Cleanser sesuai untuk semua jenis kulit

Jika korang tak pasti nak guna pencuci muka apa, ena sangat recommended menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab kulit lebih bersih dengan buih lembut tetapi tidak menegangkan kulit. Ena cukup risau menggunakan pencuci yang mempunyai buih banyak ni . Tapi mujur Aloe AC Clean Bubble Cleanser tidak menghampakan si pemakai. Kulit rasa fresh dan lembut. Ena sangat suka hasilnya!


Lihatlah sekali pump je dah banyak buih. jangan lupa basahkan muka terlebih dahulu.


Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni best dengan buih yang mewah tapi tekstur lembut.

Lebih Bersih Dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser


1. Buang sebum berlebihan (minyak) pada kulit.
2. Soft watery bubble foam. Buih yang lembut meredakan jerawat.
3. Mengandungi Aloevera & Tea Tree Oil dapat meredakan sunburn, anti fungus dan melicinkan kulit.
4. Sangat efektif membersihkan pori dengan mendalam sambil membuang sel kulit mati (exfoliation).



Fresh & Calming !


Muka dah fresh balik kerja mesti nak cuci muka buang sisa makeup, then baru lah gerak ambil anak sekolah petang. Pencuci muka yang sangat praktikal sebab mudah pump dan cuci. Sesuailah untuk ibu yang nak cepat ni.


Kesimpulannya, guna lah pencuci muka yang sesuai dengan kehendak kulit kita. Pastikan juga diperbuat daripada bahan yang selamat serta melindungi kulit yang sensitif. Kepada sesiapa yang kulit jenis berminyak, ingatlah jangan suka-suka cuci muka terlalu kerap ya, dua kali sehari dah cukup ! Pilih lah pencuci muka yang sesuai, baru lah caranya betul. Nak lagi mudah guna je Aloe AC Clean Bubble Cleanser. Confirm korang jatuh cinta untuk pertama kali mencubanya.

Korang boleh dapatkan produk ini secara online di bawah :

Post a Comment

1 Comments

sitirohaida said…
sejak duduk rumah ni kan, malas betul nak mencuci muka tau..haduiii