Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Dan Elakkan Stress Melampau Dengan Eskayvie Mindtropic

Menjadi seorang ibu dan juga guru dalam satu masa sangat memerlukan rehat yang mencukupi untuk recover balik fizikal dan mental setelah penat melakukan rutin harian yang sangat padat. Tapi bukan mudah kan? Walau pun dah rasa cukup tidur selama 8 jam pon masih rasa terganggu sebab fizikal dan mental yang penat nak uruskan rutin kerja harian 24/7. 

Sebagai manusia biasa, adakala Ena pon mudah stress nak marah je pada anak-anak. Lagi lah 2 beradik ni jenis yang suka bergaduh. Di tempat kerja Ena kena kawal diri supaya menjaga etika sebagai seorang guru. Tapi di rumah pon mestilah kena pandai uruskan keluarga kan. Kedua-duanya bagi Ena situasi yang sama penting. So far Ena memang elakkan stress melampau sebab takut kena migrain.


Kenangan kami 1 keluarga dijangkiti Covid-19 dan saringan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Tidur Terganggu Sejak Kena Covid-19 Sebanyak 2 Kali Tahun 2022

Ya... Ini memang fakta! Ena alami masalah susah tidur lepas je baik daripada Covid-19. Ena kena pada bulan Februari 2022 dan Jun 2022 yang lepas. Kesannya lama lebih kurang 3 bulan. Jam 1-2 pagi pon masih segar. Bayangkan esok nak kerja lagi. Tapi siang tu pelik tak mengantuk langsung. Cuma badan Ena mudah letih dan cepat rasa nak marah. Masalah yang Ena hadapi ialah mata ni susah sangat nak lelap bila tiba waktu tidur.

Rutin Harian Yang Sangat Padat


Seawal jam 6.30 pagi Ena memang dah siapkan anak-anak sebab anak sulung sekolah agama, kenderaan sekolah ambil 6.45 pagi, lepas tu Ena akan hantar anak kedua ke rumah pengasuh sebelum Ena drive ke tempat kerja.


Jam 6.00 petang pula ambil si kakak balik sekolah rendah. Haaa… Betapa busy ibu ni banyak kerja. Dah uruskan rumah, siap ambil anak balik sekolah kena hadap jem kat bandar. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala????


Anak Ena, Sumayyah ni rajin juga jatuh sakit sampai kena NEB banyak kali (batuk berkahak). Ena tak boleh bayangkan kalau Ena yang tumbang tak sihat, macam mana nak uruskan anak-anak di rumah. Tapi syukur penat macam mana pon Ena sekarang dah boleh tidur dengan normal balik, uruskan anak-anak tanpa stress melampau. Sebab Ena dah ada pembantu peribadi yang profesional iaitu Eskayvie Mindtropic. Selain mengamalkan Eskayvie Diffenze, Ena tengah mengamalkan Eskayvie Mindtropic untuk dapatkan tidur yang lena. Rasanya sedap tau!

Eskayvie Mindtropic Memperbaiki Mood Ena Kepada Aura Yang Lebih Positif!


Eskayvie Mindtropic merupakan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie. Ia merupakan tablet kunyahan berperisa tropika yang lazat dan diperkaya dengan Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa Monnieri, Selenium dan Magnesium yang membantu menguatkan memori, memperbaiki mood dan tidur serta melegakan stress. 

Produk ini dihasilkan oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri yang tidak asing lagi namanya kerana setiap produk Eskayvie diformulasikan sendiri oleh beliau. Beliau merupakan seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun di dalam bidang perubatan moden, alternatif dan anti penuaan. 

Manfaat Eskayvie Mindtropic


Mindtropic bukan sahaja untuk tidur lena tapi banyak fungsi lain ya.

1. Atasi stress berlebihan
2. Tingkatkan ingatan dan fokus
3. Memperbaiki mood
4. Tingkatkan kecerdasan
5. Melegakan stress, anxiety dan depression


Kelebihan Mindtropic

1. 100% bahan semulajadi
2. Tanpa gula tambahan
3. Tanpa perasa dan pewarna tiruan
4. Rasa tropika yang enak
5. Pengiktirafan kilang oleh European Quality Award

5 Nutrisi Utama Eskayvie Mindtropic Boleh Bantu Anda Tidur Dengan Lebih Lena Sekaligus Mengatasi Masalah Stress

1. PHOSPHATIDYLSERINE

-Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tetapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.

- Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.

-Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotramitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.

2. ASHWAGANDHA KSM-66

- Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

- Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

- Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

- Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

3. BACOPA MONNIERI

- Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

- Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

- Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

4. MAGNESIUM

- Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.

- Galakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

- Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

5. SELENIUM

- Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak dari kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dan sebagainya.

- Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic


Seperti produk-produk keluaran Eskayvie yang lain Eskayvie Mindtropic ini juga hadir dalam bentuk tablet kunyah yang lazat berperisa tropika dan sesuai diambil tanpa air.

Untuk orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk mengambil 1 tablet, dua kali sehari selepas makan dan bagi kanak-kanak pula yang berumur 13 hingga 17 tahun disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

Cara penyimpanannya pula, simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi dari cahaya dan kelembapan.

Maklum Balas Pengguna Mengenai Tidur dan Stress Hilang

Di bawah ni adalah perkongsian daripada mereka yang dah amalkan Eskayvie Mindtropic dan telah alami perubahan yang positif selepas mengamalkannya secara konsisten. 


Dapat deep sleep hampir 1 jam kemudian bangun pagi rasa cergas dan ceria selepas amalkan Eskayvie Mindtropic.

Sebelum ni sentiasa stress dan tidur tak lena kerana banyak fikir. Tapi kini tidak lagi lepas amalkan Eskayvie Mindtropic. Minda lapang bila bangun pagi dan dapat tidur dengan lena serta dapat aura-aura positif.

Sebelum ni susah nak tidur tapi lepas amalkan Eskayvie Mindtropic lebih mudah tidur dan mudah bangun awal serta dapat deep sleep.

Jom lihat perkongsian video dari En Fadly Shah, 47 tahun. Dulunya Sering Lupa Rakaat Dalam Solat Akibat Brain Fog


Pentingnya Pengambilan Eskayvie Mindtropic

Untuk sentiasa produktif dalam aktiviti harian, kita perlu dapatkan rehat dari segi fizikal dan mental yang secukupnya. Tidur yang cukup memang sangat penting untuk badan dan otak kita berehat selepas penat dengan rutin harian yang padat. Bila kita tak dapat rehat yang secukupnya itu yang membuatkan diri kita tidak bertenaga, lesu, cepat stress, mudah marah dan tidak ceria. Kalau dibiarkan silap-silap boleh dapat penyakit yang akan memudaratkan diri kita.

Masalah sukar tidur ni terjadi pada semua peringkat umur tidak kira tua atau pun muda. Lagi-lagi kalau dewasa ni sebab macam-macam nak kena fikirkan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini. Kalau banyak berfikir selesai masalah tak apa juga kan? Tapi kalau lagi bertambah masalah macam mana pula? Apa pun masalah yang dihadapi kita perlu pastikan tubuh badan dan minda kita dapat rehat yang secukupnya. Semua orang ada masalah tapi yang penting cara bagaimana kita atasi masalah yang kita hadapi tu.


Sebagai ikhtiar, Ena amat sarankan pada yang ada masalah sukar tidur dan tidur tak lena ni untuk dapatkan Eksayvie Mindtropic. Ena sendiri pun dah rasa perubahannya selepas hampir seminggu mengamalkannya secara konsisten. Sekarang ni Ena lebih mudah nak terlelap dan tidur lebih lena. Bangun pagi tu rasa badan lebih bertenaga dan tidak lesu. Bila badan dapat rehat secukupnya of course Ena lebih bersemangat untuk melakukan rutin harian yang sememangnya padat.

Pada yang berminat nak dapatkan Eskayvie Mindtropic ni bolehlah layari laman web rasmi Eskayvie dan media sosial mereka untuk dapatkan maklumat lanjut. Ena ada sediakan pautan ke laman web dan media sosial mereka di bawah. Semoga bermanfaat. 

| LAMAN WEB RASMI ESKAYVIE MALAYSIA |

Website: https://eskayvie.com/

Facebook : https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq 

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

Hashtag: #EskayvieMindtropic #JanganStresStres

Post a Comment

0 Comments