Berkelah di Teluk Gorek Chalet & Campsite, Mersing

Ini merupakan kali kedua ena ke Teluk Gorek, Mersing. Dekat juga lah dengan rumah adik ipar. Jadi disebabkan anak-anak suka main pasir, kami bawa lah ke pantai. waktu pagi air memang surut. Bila tengahari tu baru air naik. So pagi tu anak-anak main pasir dulu. kami lepak sini sampai 2 petang. Korang boleh masak-masak kat sini. Memang luas tapi elok datang awal pagi untuk cari tempat kosong. Sini banyak pasang khemah family bercuti. Kena pandai lah cari ruang nak masak.

Tempat nak basuh kuali dan pinggan mangkuk ada disediakan. 1 kepala kira RM4 untuk semua kemudahan termasuk mandi. 1 hari lepak disitu kira ok lah RM4 kan toilet pon dekat dan banyak. Memang bersih. Sabun cuci pinggan ada disediakan. Parking pon banyak. Cuma kedailah jauh nak keluar. Boleh terlupa minyak masak. Kena lah keluar beli.

Kalau nak camping pula tak silap harga dia RM20 1malam. Salute betul yang bawa anak kecil berkhemah. Penat nak kemas tu.

Masa ni awal pagi air surut lagi.



Safiyyah dengan sumayyah ni lagi suka main pasir berbanding mandi pantai. Masih takut lagi tengok air agaknya. haaa nampak kan belakang tu banyak khemah. Situ reduplah siap yang bentang tikar tidur.

Nampak macam panas terik tapi angin kuat jadi tak rasa panas pon main pasir.


Puas safiyyah main lepastu dia tidur lama bawah redup pokok. Budak tak meragam sebab angin situ kuat.

Haa anak buah maklong pon steady je tak nangis. Siap tidur juga.hehe.. Sini meriah sebab ada family day. tapi tak sesak sangat. Dapatlah nikmati keindahan alam puas-puas.



Ni port kami memasak. tak jauh pon nak ke toilet dan basuh kuali.  Boleh repeat lagi :)

Post a Comment

0 Comments