1 keluarga diserang Influenza A

Kisah kami kena demam Influenza A ni dah lama bulan 6 yang lepas tapi baru sempat nak cerita. Tahun ni dugaan banyak buat kami. Bulan Februari kena Covid-19. Lepastu awal bulan 6 ena kena Covid-19 lagi sekali. Allah je tahu sakit ditanggung. Masa tu kuatkan diri sebab fikir anak-anak merengek nak ibu. Ibu tak boleh terbaring je. Uwhh ya kesan long term kena Covid tu lama ena alami ya. Batuk kering 2 bulan dah tak boleh tidur awal pada tengah malam. Baring macam mana pon mata taknak lelap sehingga lah jam 2 -3 pagi. Siang tak mengantuk pon. Tapi start bulan 8 ni dah ok back to normal. Lepas berurut tu terus lega batuk lama ni. Pandai betul Acik Melati urut. Lepas dia urut terus keluar banyak kahak pekat. Alhamdulillah baik. 


Anak balik sekolah tiba-tiba demam panas. Lepastu tengok kulit tangan dan kaki terlalu pucat. Memang cuaklah bawa ke hospital segera. Sebab anak-anak pon lemah tak aktif asyik tidur je.


2 beradik sekali kena. Masa ni ibu dan ayah masih sihat lagi. Dia macam Covid-19 juga berjangkit dalam beberapa hari selepas anak kena dulu. Di hospital doktor tak dapat nak confirmkan virus apa. Cuma tulis viral fever. Tapi kalau korang cek swasta lagi senang sebab ada test kit. Masa kami buat tu RM200 siap ubat.

Antara gejala yang anak hidapi :

Nafas bau
Bibir kering
Suhu on off
Mata cekung
Cirit birit
Muntah-muntah



First day kena tidur 1 malam di wad saringan Covid-19. Bila disahkan kami negatif, baru lah dipindahkan ke wad yang sepatutnya. Jam 12 malam tu kami pindah. Letih malam tu sebab ramai tengah melayan anak yang meragam. Barang-barang ada yang tolong bawa kan. Kami cuma bawa anak. Doktor cek pon cakap dari luar ya. Tak boleh masuk.


Ni memang kena cek berapa banyak air diminum. Sebabtu ada sukatan. Doktor nak tahu tahap air dalam badan. Kalau tak cukup kena masuk air lah jawabnya.


Semua kena cek sukatan. makan berapa kali suap, air berapa ml, kencing berak tu kena timbang juga. Kalau pampers tinggal timbang. Tapi kalau anak dah besar ada botol kat dalam bilik air so korang kena tadahlah air kencing anak tu nak tahu kuantiti. 2 anak jaga bukan senang. Nasib baik masa ni ena tak tumbang lagi.


Tangan safiyyah sampai bengkak asyik kena cucuk sebab dia yang dok tarik jarum. Berani betul dia tarik. Sampai doktor terpaksa cabut terus. Selagi tak cabut selagi tu dia meronta dalam wad.


Sayu betul tengok muka anak camni.


Bayangkanlah katil budak ni kecil punyalah sempit nak menyelit. Tapi sebab safiyyah ni tidur mesti nak bau ibu dia, terpaksalah tahan sakit badan ni.


Syukur kakaknya banyak mengalah boleh uruskan diri sendiri di katil dia. Tak banyak kerenah, tak cabut jarum. Senang cerita dia muka redha. Makan so far sedap je.


Macam nilah result dapat cek di Klinik Asia. Cas RM200 untuk kit test Influenza termasuk ubat-ubatan.


Beginilah tidur nak kan lengan ena. Balik hospital ena pula demam.


Ya. suami juga tumbang masuk air. Tapi tak sampai tahap masuk wad. Sesungguhnya ku redha segala ujian dariNya. Kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sakitnya rasa lebih kuat dari kena Covid-19.

Post a Comment

1 Comments

Warisan Petani said…
Mudah2an cepat sembuhnya