Tasneem Marketplace bantu Suri Rumah jana pendapatan dengan mudah tanpa modal

Tasneem Marketplace bantu Suri Rumah jana pendapatan dengan mudah tanpa modal | Sebut saje jana pendapatan sendiri di rumah, dah terbayang kena keluarkan modal dan buat simpanan stok. Perkara ni normal untuk usahawan kecil yang baru nak berjinak-jinak join bisnes. Tapi apa yang menarik ena ingin kongsikan disini ialah jana pendapatan tanpa modal dan postage direct dari HQ iaitu Tasneem Marketplace mewujudkan platform mudah yang ramai akan mendapat manfaat!

Tasneem Marketplace Gedung Produk Bayi, Kanak² & Keluarga di Bawah Satu Bumbung


Tasneem Marketplace (TMP) adalah sebuah platform dinaungi oleh Tasneem Business Legacy yang mengumpulkan produk dari jenama-jenama ternama di bawah niche keluarga, kanak-kanak dan bayi berkolaborasi bersama Tanamera, Pustaka Darul Iman (PDI), Eyyoo dan Aqiqah Centre & pelbagai lagi yang bakal menyusul.

Tasneem Marketplace : Gabungan 5 jenama bantu jana pendapatan


Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu  melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace. 

Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan dengan mudah.


Tasneem Marketplace bakal menjadi platform bisnes tanpa modal pilihan untuk suri rumah menjana pendapatan. Dengan kerjasama 5 syarikat ini akan menjadi platform yang dapat membantu kehidupan wanita di malaysia terutama suri rumah. 


Kenapa sasarkan suri rumah?

Secara umumnya, kita tahu bahawa untuk menjana pendapatan dari mula memerlukan sedikit modal tetapi tidak semua wanita mampu menyediakannya.  TMP menggalakkan penyertaan suri rumah menambah kewangan tanpa modal, sedikit sebanyak memberi ruang dan peluang kepada mereka belajar menjadi usahawan. Ena pasti ramai yang ingin bekerja tetapi kekangan masa menguruskan rumahtangga dan masalah kewangan menjadi faktor utama mereka tidak dapat keluar bekerja seperti biasa. TMP sangat prihatin untuk membantu suri rumah menjadi usahawan berjaya.

Sebagai Peneraju Produk Semulajadi, TMP ingin mengubah gaya hidup suri rumah dari biasa kepada luar biasa. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kadar inflasi betul-betul memberi kesan kepada semua rakyat. Maka jika peluang ini digunakan sebaik-baiknya oleh suri rumah tidak menjejaskan pendapatan mereka. Tak perlu sampai makan nasi air garam pada hujung bulan kerana TMP platform jana pendapatan mudah dan senang tanpa modal.


5 jenama bergabung di platform Tasneem Marketplace, sasar 10,000 usahawan berdaftar menjelang Disember 2022


TMP Komited ingin membantu golongan berpendapatan sederhana memperoleh income minima 4 angka sebulan, dengan menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik. Syarikat ini melancarkan sebuah platform baharu untuk gandakan simpanan di bank.

Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.

KELEBIHAN MENJADI TMPC (Tasneem Marketplace Customer)
1. Daftar percuma dan nikmati minimum 3% cashback
2. Komisen akan dimasukkan ke dalam eCash segera tanpa syarat
3. Kumpul mata dengan HQ dan dapatkan ganjaran idaman. Tiada tamat tempoh
4. Postage direct HQ

KELEBIHAN MENJADI TMPR (Tasneem Marketplace Reseller)
1. Daftar Percuma
2. Modal tidak perlu dikeluarkan
3. HQ uruskan semua postage
4. Pelan pemasaran yang membantu untuk mendapatkan pendapatan dengan mudah
5. Produk berkualiti dan sudah ada pasaran tersendiri
6. Reward yang menarik
7. Bonus dibayar di awal 7hb bulan seterusnya
8. Ada penyata pendapatan


Dijamin Original

Tiada isu terbeli produk fake di Tasneem Market Place (TMP). Semua produk dijamin asli dan selamat dari risiko tidak diingini menggunakan produk tiruan.





Jom daftar di Tasneem Marketplace, platform tambah duit saku yang mudah dan fleksibel!


Jika anda berminat menyertai Jemaah Tasneem Marketplace boleh layari di laman web rasmi berikut :


Sertai Sesi Preview melalui Telegram :

Post a Comment

3 Comments

Warisan Petani said…
Ramai yang tulis pasal Tasneen kat blog
Sis Lin said…
Peluang depan mata ni, rugi kalau tak rebut kann...
Illya LeYa said…
Semakin banyak peluang yang ada. Hanya kita sahaja perlu bertindak untuk terus berada di zon selesa atau mahukan lebih luar biasa dari sekarang.