Kejohanan Sukan PASTI Kawasan BAKRI 2022 meriah dengan kehadiran 1000 orang

Kejohanan Sukan PASTI Kawasan BAKRI 2022 meriah dengan kehadiran 1000 orang | Syukur tahun ni terlaksana aktiviti sukan setelah lama tidak ada sejak PKP 2 tahun yang lepas. Ena berpeluang menjadi AJK peralatan, sudah tentu perasaan nervous tu ada sebelum bermulanya acara. Risau jika ada alat yang tak cukup sepanjang majlis berlangsung tapi syukur semua berjalan dengan lancar. Balik terus demam. Sangat memenatkan dari pagi sampai tengahari tu sukaneka non stop. Ena kena bersiap sedia untuk memastikan semua peralatan mencukupi. Tapi memang menyeronokkan sebab ada aktiviti luar. Pengalaman untuk anak murid dan menjadi kenangan buat mereka nanti. Guru pon enjoy dapat menghilangkan tekanan bekerja. Masa ni lah dapat sihatkan badan. Guru dan ibu bapa pon ada game taw. Secara keseluruhan game yang team ena kena siapkan ada 10 jenis.



Bertempat di Kompleks Sukan Maktab Teknik PDRM, Bakri.


Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Sukan PASTI Kawasan Bakri yang melibatkan seramai 527 murid daripada 10 buah cawangan PASTI Kawasan Bakri. Kehadiran lebih 1000 orang murid dan ibu bapa yang memeriahkan Kejohanan ini yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Maktab Teknik PDRM Bakri.

Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bakri ,Ustaz Asri Abdul Rahman dengan gimik drone membawa gunting perasmian. Turut serta Ketua Pemuda PAS Kawasan Bakri, Ts. Mohd Ilhan Bin Sani serta Pengerusi PASTI Kawasan Bakri, En Akmal Madzir. Acara kejohanan tamat sekitar jam 2.00 petang.

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring dan juga acara sukaneka ikut usia murid. Kejohanan ini diceriakan lagi dengan acara sukaneka yang melibatkan ibubapa dan guru-guru PASTI seperti sambut sayang dan jaringan bola jaring sesama guru.

Pasukan bola sepak PASTI At-Thohiriyah telah merangkul Johan bagi acara bola sepak, manakala pasukan PASTI Al-Furqan telah meraih Johan bagi acara Bola Jaring yang pemenang ditentukan secara perlawanan liga juara-juara kumpulan.

Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan PASTI edisi 2022 telah dinobatkan kepada PASTI At-Thohiriyah dengan kutipan 3 Emas, 1 Perak dan 3 gangsa dengan kutipan 17 mata dalam 8 acara yang dipertandingkan. 

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah mempamerkan aksi dan bakat yang cemerlang bagi setiap acara yang dipertadingkan. Pemain yang beraksi cemerlang akan dipilih mewakili pasukan PASTI Kawasan Bakri ke Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Negeri  Johor pada bulan Ogos nanti.

Jutaan terima kasih kepada semua Guru, Pembantu, AJK PASTI kawasan, AJK Pemuda, PAS Kawasan Bakri, ibu bapa penjaga serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Jutaan kemaafan juga dipohon mewakili Pihak PASTI Kawasan Bakri  jika ada kekurangan dan salah silap. Semoga kejohanan akan datang lebih baik dan lancar berbanding tahun ini. 
 
Ucapan terima kasih oleh:-
Jabatan PASTI Kawasan Bakri



Majlis perasmian bermula jam 8.00pagi. Masa pagi ni kalut sedikit sebab budak-budak ada yang mula nangis tak nak main.hehe. Maklumlah terkejut tengok suasana berbeza dengan ramai orang dan bising. Jadi para guru kena pujuk mereka sehabis baik. yang hilang pon ada. Banyak kali juga la kena buat pengumuman sebab budak-budak ni bila kita tanya lebih banyak diam takut nak bercakap. Cabaran lah untuk guru menjaga mereka yang ramai. Ada 3 perlawanan iaitu bola sepak, bola jaring dan sukaneka. Ena handle bahagian sukaneka. Jadi permainan lain tu memang lah tak dapat nak tengok.


Bola sepak hantar 10 team.


Bola jaring hantar 10 team.

Acara Sukaneka (6 acara mengikut usia)

Acar 4 tahun
1. Butang baju
2. Bola bewarna



Ada 4 peserta. Peserta pertama membutang baju, peserta kedua buka semula butang baju dan seterusnya. Pemenang dikira berdasarkan siapa paling pantas siap.



Bola bewarna ada 20 biji (merah, kuning, hijau dan biru) serta 5 biji bola beracun. Mereka perlu mengasingkan warna mengikut bakul diletakkan di hadapan mereka. Tak snap gambar masa ni sebab tengah rekod video.

Pemenang dikira berdasarkan warna betul yang paling banyak dalam masa 3 minit.

Acara 5 tahun
1. Perah air dalam botol
2. Bawa bola ping pong dalam sudu (pakai selipar saiz 10)



Ada 8 peserta dalam 1 team. Jadi mereka dipecahkan kepada 4 pemain. Mereka bergilir-gilir bawa bola dan pindahkan kepada peserta seterusnya. Siapa habis dulu dikira pemenang. Cabaran mereka pakai selipar jepun besar.


Ada 11 team. Masa ni 10 botol je ada. Susah juga ek nak cari botol kaca jenis ni. Akhirnya jumpa di kedai recycle. Botol "Karamel pekat". Air paling banyak dikira pemenang dalam masa 5 minit.

Acara 6 tahun
1. Susun cawan
2. Tarik upih


Ada 10 biji cawan dengan 4 peserta. Peserta pertama susun piramid. Peserta kedua akan susun semula cawan menegak. kemudian peserta ketiga susun piramid dan peserta terakhir susun menegak. Pemenang dikira berdasarkan siapa paling pantas siap.


Yeahhh. Pasti kami juara susun cawan. Alhamdulillah.


Tarik upih menggunakan guni beras. Ada 8 peserta dengan 4 kali pusingan tarik upih berpasangan. Kami dapat no.3. Siapa paling cepat sampai dikira pemenang.

Acara ibu bapa
1. Sambutlah sayang (pundi kacang)
2. Ikat kaki berpasangan



Seronoklah tengok mereka main. Sporting betul. Semakin lama semakin jauh mereka sambut pundi kacang. itu yang semakin lama semakin sayang.


Peserta pertama kena stay je tempat asal. Pasangan yang kena mengundur ke belakang sekali langkah sampailah siapa paling jauh dapat sambut dikira pemenang.


Ikat kaki berpasangan ni kami guna kain perca.

Acara guru
1. Junjung pundi kacang
2. Baling bola


Guru kena membawa bola ping pong sambil menjunjung pundi kacang. Siapa paling cepat sampai ke garisan dikira sebagai pemenang. Pundi kacang ni senang je buat. Satu beg tu isian 250g kacang hijau. Kira 1kg boleh dapat 4 beg pundi kacang.

Untuk game kedua baling bola ke dalam jaring. Pakai tiang bola jaring.



Alhamdulillah ada juga rezeki bawa balik hadiah. Berbaloi lah penat kami.hehe.. Tahinah semua guru dan murid Pasti kerana berjaya memeriahkan majlis ini. Semua bekerjasama dengan baik. InsyaAllah ada rezeki tahun depan kita berjumpa lagi.

Post a Comment

0 Comments