SWAN School Bag Techno Lite Spinal Protection Back Support pelaburan berbaloi untuk anak ke sekolah

SWAN School Bag Techno Lite Spinal Protection Back Support pelaburan berbaloi untuk anak ke sekolah | Apabila sebut je nama SWAN, rata-rata akan cakap beg kayangan untuk golongan have-have je. Tapi sebenarnya tidak juga. Dulu ena pon takut nak beli. Then, bila tengok ramai review kebaikannya dan dari segi kualiti yang tahan lasak boleh pakai lama jadi ena decide belikan anak jenama SWAN. Kini dah ada 2 beg sekolah daripada SWAN. Tiba-tiba ibu jadi peminat. hehe. Berbaloi!

Untuk entri kali ni ena bukan nak cerita secara umumnya semua jenis bag SWAN tapi ena nak fokus pada 1 bag sekolah sumayyah ni yang ena rasa berbaloi untuk ibu bapa yang terlalu risaukan kesihatan tulang belakang anak pada jangka masa panjang. Coppp!! Jangan berkecil hati, ena tak kata pon beg lain tu mendatangkan sakit tulang belakang anak korang ya. Tapi ena hanya berkongsi kebaikan jika memilikinya. Tak salah jika ada pendapatan lebih nak salurkan pada keperluan sekolah anak.

Beg sekolah rekabentuk Ergonomik SWAN School Bag Techno Lite Spinal Protection Back Support


Alaaaa....beg sekolah je?? beriya nak beli sampai mahal-mahal buat apa? Kenapa harganya agak mahal? Disebabkan kualiti dan fungsinya menjaga kesihatan postur badan. Sebab itu cari lah rekabentuk "Ergonomik"

Apa itu "Ergonomik"

Amalan yang digunakan untuk mengurangkan tekanan fizikal pada sendi supaya dapat mengekalkan postur badan dan mengelakkan berlaku kesakitan atau kecederaan.

Jadi beli bukan sebab cantik. Tapi beli sebab rekabentuk Ergonomik. Tahu tak ramai je parents mengadu anak mereka mengalami masalah anak bongkok selepas bertahun menggalas beg yang sangat berat ke sekolah. Sebab itu menjadi isu dikalangan parents untuk pihak berkenaan kaji semula silibus sekolah yang boleh mengurangkan bebanan buku pada anak. TAPI macam takde kesudahan. Tahun ni anak ena Darjah 1 masih pikul buku yang banyak. Kita yang dewasa pon rasa berat angkat, ini kan pula anak kecil. Aduhai. Sebab itu selesa beg troli.

Kelebihan SWAN School Bag Techno Lite Spinal Protection Back Support


1. Pelapik Belakang 3D dengan Pengudaraan Sejuk & berikan sokongan tulang belakang lurus. Tali di alas dengan span tebal untuk memberi keselesaan si pemakai.

2. Tali bahu berbentuk U menjadikan pengagihan berat lebih ringan pada tulang belakang.

3. Reka Bentuk Ergonomik bagi memastikan badan dalam kedudukan tegak. Anak anda yang ceria berasa lebih santai dan juga selesa membawanya ke kelas.


4. Material & jahitan berkualiti tinggi. Warranty selama setahun.

5. Fungsi Troli boleh tanggal. Mudah untuk membuat pilihan.

6. Ruangan dalam besar dan banyak poket untuk memudahkan pengisian buku pelajaran. Disediakan 1 kertas jadual kelas.

7. Design didatangkan bersama poket botol air di sisi beg beserta zip poket dengan tag nama.


8.  10 staircase wheels berfungsi membolehkan menarik / menaiki tangga dengan mudah seperti bentuk kelopak bunga. Tak pernah lagi nampak design macam ni.



Muka banyak senyum je sumayyah dapat beg pink.hehe. Jika korang berminat untuk design seperti sumayyah ni boleh terus ke laman web rasmi Swan Bag.


Post a Comment

1 Comments

ctsuzie said…
Bagus pakai beg mcm nie..Alah membeli menang memakai..Suzie ada beli kan anak 2 beg mcm nie..mmg ergonomik..walaupun buku berat still boleh bawa beg dengan selesa & tidak sakit tulang belakang..