Pengalaman menjadi Guru Pasti

Last bekerja pada 2016 dan selepas itu menjadi suri rumah sepenuh masa. Tahun ni cakap dengan suami nak kerja semula memandangkan safiyyah pon dah 2 tahun. Tak sangka pula impian tercapai. Rindu nak merasa suasana bekerja semula. Kebetulan Pasti cawangan Bakri ada buka jawatan kosong sebagai guru, jadi ena pon mohon. Rindu juga nak mengajar macam dulu. Cuma peluang nak jadi pensyarah tu belum ada. Jadi lah guru tadika untuk menimba pengalaman.



Ena memang nak masa fleksibel je cukuplah sampai jam 1 petang. Jadi petang boleh fokus anak-anak dan kerja lain. Cabaran mengajar usia 5 tahun ni nak kata besar sangat tak juga. Kena banyak bersabar nak didik mereka pandai pegang pensil, pandai membaca dan pandai menguruskan diri. Bila kita berpengalaman sebagai ibu mudahlah nak praktikkan pada murid.




Aktiviti edaran bubur lambuk kepada keluarga murid pada bulan puasa.


Sambutan Nuzul Quran Pasti Johor. Masa ni guru seluruh Pasti Johor berkumpul di Kompleks Sukan Pagoh.




Aktiviti membuat kuih raya





Iftar Perdana dan sumbangan duit raya kepada guru cawangan Bakri. Buat masa ni seronoklah bekerja dengan suasana yang baik. Berbeza betul bekerja di kilang lama asyik dengar bos maki hamun pekerja lain, kita pula stress di dalam office ni nak dengar hari-hari kan. Cukuplah usia sekarang ni kerja nak dalam positive vibes. 

Post a Comment

3 Comments

Arisa's Eshoppe said…
Hai sis, boleh bagi tips untuk jawatan prmbantu guru pasti? Saya mcm nervous pulak untuk interview job ni. 🤗
Aisha said…
Assalamualaikum sis, bole bagi tips tak utk mengajar di pasti , sbb saya tiada pnglmn dan tak lama lg akan interview kerja..
Cik Puan Ena said…
Tak berapa ingat sebab dulu secara online. Boleh baca tulisan jawi & Surah Al Mulk dengan betul