Main layang-layang di Tanjung Sedili, Kota Tinggi

Tak plan untuk ke Tanjung Sedili. Kami biasa pergi melawat rumah Makngah di Kota Tinggi cuma kali ni ena pertama kali tidur 1 malam di sana dan esok paginya singgah ke Tanjung Sedili. Tak sangka ramai betul orang penuh dengan khemah. Yelah masa tu Cuti Raya Cina. Ramailah pengunjung. Tak pastilah hari biasa ramai ke tak orang macam ni. Sepanjang pantai tu memang penuh orang mandi. Fuhh panas terik tengahari tu diorang boleh mandi. Balik tu ena yang migrain tak tahan berjemur. Salute betul orang yang boleh berendam cuaca panas macam tu.huhu.


Tu diaaa... ramai kan? Susah cari parking. Disini banyak jualan. Tak risaulah kalau datang tangan kosong. Kami pula memang tak plan jadi tak bawa baju lebih. Budak-budak mengamuk juga nak mandi tapi pujuklah main layang-layang je. Nasib baik okey.


Layang-layang rainbow ni best sebab boleh terbang paling tinggi masa tu. Kalau ambil yang gambar kartun tak boleh tinggi. Mungkin sebab saiz kecil dan angin terlampau kuat jadi kena ambil yang saiz sederhana atau besar. Macam rainbow ni ena ambil saiz sederhana RM11. Untuk saiz kecil RM7.


haa yang kartun tu layang-layang naufal jadi terbang rendah je. Sampai kena beli yang rainbow untuk dia sebab tak puas hati terbang rendah je.huhu.. Nawfa pula layang-layang dia asyik jatuh. Susah nak naik lama. So dah tahu lah lepasni beli yang saiz besar baru puas hati kan main. maklumlah tak biasa main. Redah je beli masa tu. Banyak pilihan kat sini.


Last-last nawfa boring main pasir jelah.hehe. Tu pon beli kat situ sebab safiyyah mengamuk nak main pasir. RM10 dapatlah 6set barang. Lepastu tertinggal kat wakaf sebab kelam kabut masuk kereta. Aduhh rugi hai. 


Budak-budak ni lenguh dah lama pegang layang-layang jadi sambung buat istana. Redha jela pakai baju ni terus main. haha.. Pasir sini best sebab bersih dan mudah nak korek. Next time boleh datang lagi berkelah.


Lepak 2 jam juga kat sini. Ikutkan budak-budak tak nak balik. Tapi kami yang letih sebab tak bawa barang kan. Nak duduk pon penuh. Lain kali la datang lagi.

Post a Comment

8 Comments

Amie said…
Ramainya pengunjung!
Meriah sungguh berkelah di tepi pantai.
Situ memang selalu penuh, kalau nasib baik ada yg balik cepat, dapatlah tempat nak landing, hihi.

Aisehhh.. rugi la RM10, apa nak buat, tak ada rezeki.
Warisan Petani said…
Ramainya orang kat pantai
Warisan Petani said…
Ramainya orang mengunjungi pantai
N.K Ashadi said…
ritu tak singgah situ pun. memng musim cuti sekolah penuh aje.
Sis Lin said…
Lama tak pi Sedili, dulu-dulu rajin pi walau saja jalan-jalan, tapi sejak wabak ni, ermmm nak pi pantai pun serammm huhuhu
Bae Roslan said…
best jugak ye sesekali bercuti dengan anak2 kat pantai. lama tak main layang2
Wak Lat said…
wahh meriahnyer suasana ditefian fantaii tuu., ;p