Terima Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) dengan #KeluargaMalaysia

Tiba-tiba je posmen hon depan rumah. Terus cakap "Eh saya takde order barang. Pelik ni". Lorr rupa-rupanya posmen cakap ena dapat Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pengagihan bantuan (PPC) secara percuma kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

Wahh rezeki. Hari tu dapat handphone YES. benda dapat percuma, kita onz je.

Teruja buka kotak ni. Setiap keluarga akan menerima 4 unit kit ujian kendiri COVID-19, 1 unit oximeter, 1 unit termometer, 4 unit pelitup muka guna semula dan risalah panduan penggunaan bagi peralatan kesihatan berkenaan. Wowww complete set. Apa tidaknya kit ujian kendiri tu selalu beli untuk standby kalau ada travel.

Pos Malaysia akan uruskan penghantaran PPC ini secara berperingkat-peringkat. Jadi korang tunggulah giliran ya. Jangan tanya ena kenapa aku tak dapat lagi?? haha. Mana lah ena tahu. Tahu-tahu sampai jerr.

Post a Comment

3 Comments

Farrah MF said…
Wah, serba lengkap juga kandungan pakej penjagaan covid ni!
Sis Lin said…
Berperingkat juga dia bagi ya.. adik Sis tahun lepas dah dapat dah..
aienienka said…
Waahhhh best tengok set lengkap ni. Dah takyah susah beli. hehe