Travelog Hari keluarga 3H2M di Mess Greysands PDRM Port Dickson

Rezeki bercuti lagi pada bulan Disember bersama mertua. Kali ni menantu je ikut mertua jalan-jalan sebab suami kami bekerja. Hari keluarga persatuan Pesara Polis Negeri Johor cawangan Pontian pada 6-8/12/2021 di Mes Greysands PDRM Port Disckson, Negeri Sembilan. Kami tak join pon aktiviti mereka. Ena dan biras bawa anak mandi pool dan main pasir di pantai saje. hehe. Tu pon anak-anak seronok tak nak balik. Sampai sunburn muka sumayyah.hehe.. Mujur kulit ena ok sebab sentiasa pakai sunscreen Mary kay. 

Lawa view boleh nampak Lexis Hibiscus. Sebelah je tempat kami ni.

Tu diaaa.. padat.hahaha. Dari tol Simpang Renggam ke PD ambil masa 2 jam setengah je. Check in jam 3 petang tapi rezeki dapat masuk awal jam 12 tengahari sebab takde orang pon. Uwh ya. Untuk penginapan disini jika penjawat awam PDRM kadar rate RM60/day manakala pesara RM90/day. Kami makan kena sedia sendiri. Kecuali family day ni mama ayah join dah bayar RM150 untuk makan 3H2M. Senang cerita kami menyelit je ikut ke PD. hehe..

Nampak tak anak semangat nak main pasir. Lepas Zuhur terus turun ke pantai. Ada 2 bilik tidur, 1 toilet dan 3 aircond. 1 bilik dengan katil king size manakala 1 bilik lagi disediakan 3 tilam. Memang cukup lah untuk kami 8 orang. 

Day 1

Habiskan masa melayan anak-anak sampai jam 5.30 petang. Mana tak rentung kulit anak.hehe.. Malam kami hanya rehat sebab keletihan.

Habis main pasir sambung pula mandi pool.


Day 2

7.30 pagi dah turun ke tambak nak tengok sunrise. Cantik betul view dengan cuaca pon baik.

Tempat wajib bergambar. Ni kali kedua ena datang. Tahun 2016 datang sumayyah baby lagi. Dia pon bukan ingat. hehe..

Ayah dan mama dah ready untuk hari sukan. Sempatlah tengok kejap lepastu anak-anak nak mandi pool. 

Biras pon ikut sekali. Meriah ada budak-budak ni. Takde lah sunyi atok dengan wan ke PD.


Safiyyah paling semangat. Riuh di event orang.haha. 


Safiyyah sokong rumah hijau ke tu?


Sunrise jam 8 pagi view Lexis Hibiscus. 



Air naik pula. Tak dapat nak main pasir lagi. Jadi 1 hari ni mandi pool jelah.


View malam di Lexis Hibiscus. 


Suka budak-budak tengok lampu warna warni. Ada rezeki stay hotel sana pula.

Aktiviti malam kami tengok mama join pertandingan karaoke. Ada juga BBQ. Dapalah join makan. hehe.. rezeki. Boleh tahan power suara orang lama. Masih berbisa...

Day 3

Anak-anak jam 7 pagi dah mandi pool. haha.. adehhh diorang ni memang tak tahu erti penatlah. Kami ni yang penat melayan.huhu.. Takpelah janji dorang puas mandi sebelum balik. Kami check out jam 10.30 pagi lepastu singgahlah kejap bergambar kat Lexis Hibiscus. Dapat pusing-pusing kejap jadi lah. Pak guard tak bagi parking. Kami singgah makan daging salai tak jauh dari tol Pedas-Linggi. Padu taw lauknya. Kuih muih pon sedap. Tak tahu apa nama kedai. Ingat bangunan putih je. Baru renovate kot. Percutian yang simple tak keluar kemana tapi puas hati tunaikan impian anak main pasir. Sumayyah lah beriya nak main pasir. Tu pon minta lagi bawa. Tunggu rezeki lain ye nakk..


Throwback percutian 2016 ke Upside Down Port Dickson dan Muzium Tentera Darat

Dulu bercuti ramai-ramai dengan husband sekali. Meriahlah nak pusing-pusing PD. Sekarang tiket dah murah tak sampai RM20 pon. Cuma Muzium tentera darat free tapi rasanya tutup bulan ni. So korang kalau bercuti ke PD jangan lupa singgah tempat menarik yang ada.



Sumayyah ingat ni adik dia. haha. Padehal masa dia kecik lagi. Tula kembar betul diorang ni masa kecik.










Banyak lagi port best bergambar tapi tak semua lah ena kongsi.hehe.. tapi puas hati lah pergi sini. Banyak tempat selfie.

Post a Comment

0 Comments