Pallas X Series School Shoes Velcro Strap Design jadi pilihan untuk anak sekolah rendah

Rasa macam cepat je masa berlalu... Pada 2022 nanti sumayyah akan menempuhi alam persekolahan baru. Sudah tentu ena teruja bila anak akan masuk ke fasa baru. Bila dah hujung tahun ni dah mula survey peralatan sekolah awal. Macam kasut sekolah sumayyah pon ena dah beli awal. hehe.. Mudah je sekarang ni beli online je. Ukuran pon akan diberi rujukan dalam website bagaimana nak buat ukuran kaki anak. Tepat saiznya ena dapat. Pastikan lebih 1cm daripada ukuran kaki sebenar anak ya!

Pallas X Series School Shoes Velcro strap


Jenama Pallas sentiasa menjadi pilihan ramai kerana kualitinya. Memang terasa ringan kasut ni. Baru lah anak selesa nak pergi sekolah sepanjang hari.


Kelebihan jenama Pallas :

1. Ventilation system dengan pengaliran udara yang baik dan cepat kering membuatkan kaki anak bebas bernafas dalam tempoh masa yang panjang di sekolah.

2. Pelapik alas kaki tapak kasut memberi sokongan semulajadi pada kaki yang mampu mengurangkan ketegangan kaki ketika berjalan atau berdiri lama.

3. X-Light formula mengurangkan bebanan pada kaki untuk menjaga perkembangan kaki yang sihat.

4. Fabrik cepat kering mengelakkan berlaku kelembapan pada kaki kanak-kanak.

PALLAS X SERIES SCHOOL SHOES SINGLE VELCRO STRAP PX25-013 BLACK HARGA MAMPU MILIK DAN BERKUALITI


Kasut sekolah yang digayakan sumayyah ni merupakan Pallas X Series School Shoes Velcro strap design.

Type : PX 25-013-BK
Colour : Black
Size : 7-2
Style : Low-cut, Single Velcro Strap

Material :
Upper - Canvas + Synthetic Leather
Insole - Ethel Vinyl Acetate (EVA)
Outsole - Polyvinyl Chloride (PVC)



Cantik bukan? Simple design tapi nampak sporty.


Mudah sahaja untuk pembelian online melalui website di bawah :

https://www.wow2wee.com/pallas-x-1/pallas-x-series-school-shoe-single-velcro-strap-px25-103

Post a Comment

0 Comments