Sejujurnya sangat berat hati nak terima cabaran daripada cikgu apabila sumayyah terpilih untuk wakil Pidato sekolahnya iaitu Pasti Ar-Rahmah, Pada mulanya cikgu nak masukkan pidato dan hafazan tapi 1 murid tak dibenarkan wakil sampai 2 kategori.. jadi cikgu pilih pidato sebab nampak kebolehan sumayyah boleh menghafal. Jadi ena terima tawaran tu sebab nak kembangkan bakat dia. Yelah kita tak cuba kita tak tahu bakat dia boleh pergi jauh ke tidak. Tapi ena jenis tak memaksa anak. Selalu pesan sumayyah jangan fikir menang atau kalah tapi cuba buat yang terbaik saje. Janji dapat hafal ikut skrip yang diberi pon ibu dah rasa cukup bangga.
Cabaran??
Bukan mudah ya. Anak berumur 6 tahun ni kena ikut rentak dia juga. Kalau kita tunjukkan emosi pada dia sudah tentu dia pon emosi terganggu. Jadi dalam sehari ena cuba untuk dia menghafal 1 perenggan.
1 perenggan tu pon agak mencabar sebab perlu bahasa baku dan bahasanya tinggi. Bukan bahasa biasa macam kita pakai. Sudah tentu sumayyah agak keliru dan tak biasa dengar ayat formal. Contoh ayat "Secara tuntasnya", "Indikator", "wacana para sarjana"... uitttt ena pon liat lidah.hehe..
Tapi ena cuba ajar secara hiburan. Contohnya dia sambil main basikal dekat luar tu ena ajak lah sembang menggunakan bahasa pidato. Kita nak tarik minat dia untuk jatuh cinta pada bahasa pidato tu yang penting. Baru dia seronok nak membaca. Sebulan ya. Bagi ena masa tu tak cukup. 1 hari bukan nya kita perlu hadap dia saje. Jadi cabaran tu agak besar. Yang penting emosi ibu kena stabil. Kena belajar jadi kawan rapat dia. Bukan setakat sebagai ibu bapa. Bila kami nampak muka dia down kami cepat-cepat pujuk hati dia bagi kata semangat untuk buat dia happy balik.
Kami perlu hantar video rakaman dari rumah saje berdurasi tidak lebih dari 6 minit. 6 minit tu panjang sebenarnya (3 muka surat). Kesian juga tengok sumayyah 9 kali cut sebab sekali tersilap kena patah balik dari awal. Video tak boleh di edit ya. Sebab itu sampai 9 kali cut. Letihnya memang menguji kesabaran juga untuk buat anak sentiasa bersemangat dari awal sampai akhir tapi part pertengahan dia dah mula penat nak baca. Kami memang redha je hantar video. Dan tak fikir untuk menang. Tak sangka diumumkan sumayyah Johan Pidato kawasan Muar. Cuma takde rezeki menang peringkat daerah. Tapi tak mengapa, kami sudah cukup bangga dapat tonjolkan bakat anak. Ibu bangga sumayyah berani sahut cabaran ini.
1 Comments