Menang nyanyian bertemakan kemerdekaan oleh Pasti Malaysia

Sempena menyambut bulan Merdeka yang ke 64 tahun pada bulan Ogos yang lalu, sumayyah memilih untuk menyertai pertandingan menyanyi. Ada banyak kategori lain tapi ibu ikut jela sumayyah nak pilih apa. Jadi dia memilih nak nyanyi lagu "Saya Anak Malaysia".

Pertandingan sempena Hari kemerdekaan yang ke-64


Ena lebih suka beri pilihan kepada anak untuk buat keputusan. Jika bersesuaian jadi tak membantah. Praktis pon tak lama sebab lagu ni senang dan mudah nak ingat. Cuma lirik dia panjang kan jadi terpaksa lah ena cut lirik.haha... Hafal pon dalam 2 hari je. Lepas tu terus rekod. 



Cantik tak baju sumayyah? Alaa pinjam makcik je sebab dia jahit sendiri. hehe. Jimat kos.

Akhirnya keputusan diumumkan, sumayyah di tempat pertama untuk kategori nyanyian lagu bertemakan merdeka. Tahniah anak ibu. Ibu bangga sebab kamu berani. Selepas pertandingan ni lah cikgu memilih sumayyah untuk memasuki pertandingan pidato. Nantikan next story.

Saya Anak Malaysia oleh Dhia Sumayyah

Post a Comment

0 Comments