Menang Projek Aulad Menghias Akuarium oleh PASTI Malaysia

Syukur tak terkata bila tahun ni sumayyah menang 3 kali untuk semua pertandingan dianjurkan oleh Pasti Malaysia. Ena berkongsi ni sebagai kenangan. Nanti sumayyah dah besar boleh lah baca blog ibu ni.hehe. Tak sangka sebenarnya sumayyah berbakat dalam bercakap ni. Kalau setakat potpet kat rumah tu perkara biasa. Tapi dia mudah ikut apa yang kita ajar. Mungkin dah biasa tengok ena review produk. Ayah dia pula pandai jadi Emcee, DJ dan caster gaming. Haa bakat diwarisi lah gitu. Ibu Blogger, ayah Youtuber.hehe..

Projek pertama adalah Projek Aulad Pasti Ar-Rahmah Muar merupakan projek yang menggantikan peperiksaan pertengahan tahun disebabkan Pandemik. Setiap Pasti tak sama projek. Ada yang projek memasak ena tengok. Tahniah anak ibu walaupun dia takut ikan tapi buat juga sebab sebelum tu ada insiden ikan lompat keluar 😂😂😂 jadi dia takut ikan lompat lagi. Siap bagi nama "Luna". Tengoklah videonya part dia tuang air tu.haha. Lepastu tak lama ikan mati..beriya sumayyah menangis. Alahai kesian anak ibu ni.

Tema : Flora & Fauna

Tugasan : Menghias akuarium

Projek Aulad menguji keberanian dan kreativiti anak


Step percakapan dan cara menghias ni kena betul ikut turutan daripada guru. Tak boleh main cakap je dan mengikut masa ditetapkan. Walaupun video 2 minit pon nak rekod makan masa lama. Budak-budak kan tahu lah mood dia camne. Bukan boleh paksa-paksa ikut cakap kita. Haa itu part cabaran bagi ena nak pujuk anak. Emosi ibu dan anak kena stabil. Give and take.


Tak sangka sangat menang sebab dah nampak dia takut ikan tu so anggap jela ni pengalaman pertama sumayyah. Ehh rezeki pula menang. hehe. Cikgu pilih 3 orang terbaik untuk projek ini. Sumayyah salah seorang dari pemenang. Tahniah sayang. Semoga sentiasa jadi anak yang baik.


Post a Comment

0 Comments