Buat amal mudah dengan sedekah RM1 melalui kempen #kulim88 - Kulim X MyFundAction

Buat amal mudah dengan sedekah RM1 melalui kempen #kulim88 - Kulim X MyFundAction | Mungkin sesetengah orang beranggapan nilai RM1 sekadar kecil tapi tahu tak dengan sumbangan RM1 setiap seorang, kita mampu membantu ramai golongan yang terjejas akibat Pandemik Covid-19. Korang tak perlu keluarkan wang saku sendiri tapi pihak Kulim (Malaysia) Berhad yang akan mewakili korang untuk memberi sumbangan kepada Yayasan Kebajikan Muslim - MyFundActionNGO MyFundAction akan menyalurkan bantuan makanan dan barangan keperluan harian kepada keluarga atau individu yang amat memerlukan.

YOU POST, WE CONTRIBUTE

Jom kita beramal dengan cara yang sangat mudah iaitu sahut kempen #kulim88 dengan buat hantaran yang positif (posting gambar atau video) ke media sosial bagi membantu golongan yang terjejas sejak PKP dijalankan di negara ini. Lihat contoh posting ena di atas, mudah saje kan? Korang boleh post time memasak, mengemas rumah, anak bermain atau apa sahaja yang penting ia dari sudut yang positif. Lagi banyak korang posting lagi banyak sumbangan diberikan 😍.

Sempena Ulang Tahun Kulim (M) Berhad ke-88

Sempena Ulang Tahun Kulim (M) Berhad ke-88, mereka ingin memberikan sesuatu program yang besar kepada masyarakat. Oleh itu, penganjuran kempen ini akan menjadi baik sehingga wang akan diberikan kepada yang memerlukan sambil meningkatkan keterlihatan SoCMed mereka. Sebelum ena terangkan cara menyertai kempen ini, jom kenali siapa mereka disebalik kempen #kulim88.

Dalam industri minyak sawit, Kulim diakui sebagai salah satu peneraju minyak sawit terkemuka dengan operasi yang kini merangkumi Malaysia dan Indonesia. Kulim adalah antara pengeluar minyak sawit terawal yang disahkan dengan standard Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan MSPO.

Minyak sawit lestari adalah:
- Memenuhi Peningkatan Permintaan Makanan (Food Demand)
- Menyokong harga makanan yang berpatutan
- Menyokong pengurangan kemiskinan
- Melindungi kepentingan sosial, komuniti & pekerja
- Melindungi alam sekitar & hidupan liar

Kulim Berhad juga mengambil pekerja di ladang di mana ini adalah bahagian lain untuk membantu masyarakat dan mereka yang memerlukan pekerjaan. Banyak peluang pekerjaan di ladang (pekerja berkemahiran & tidak mahir).

Kulim Berhad kini mempunyai 9000 pekerja dan berhasrat untuk memiliki lebih banyak pekerja pada akhir tahun ini.

Berkenaan dengan keadaan negatif dan persepsi negara terhadap kelonggaran, penutupan, dan lain-lain, Kulim Berhad berharap kempen pemberian kembali ini kepada masyarakat dengan menghantar ke SoCMed dapat mendesak masyarakat untuk mendorong positif pada SocMed.

Jom sokong kempen amal #kulim88

Sasaran sumbangan adalah sebanyak RM88,888 pada hujung bulan.

Hanya dengan 3 langkah mudah:

1. Muatnaik hantaran serta gunakan #kulim88 dan tag @kulimberhad

2. Pastikan akaun media sosial set kepada "public"

✅ Jumlah likes dan komen terbanyak akan memenangi wang tunai sebanyak RM88 dimana 10 pemenang akan diumumkan setiap minggu. 

✅ Hadiah utama merupakan wang tunai sebanyak RM888 dan akan diumumkan pada 25 Ogos 2021. 

✅ Kempen #kulim88 bermula pada 6 Ogos 2021 dan berakhir pada 22 Ogos 2021.

#kulim88 #kulimcelebrates #foryou #makeadifference #kulimberhad


Laman sesawang rasmi Kulim Berhad




Laman sesawang rasmi MyFundAction



Post a Comment

1 Comments

Sis Lin said…
Alhamdulilah, terima kasih atas perkongsiannya..
Jom kita bersedekah..