Dari tajuk tu adalah soalan yang dah biasa sangat ena dengar. Haaa rupa-rupanya kita tidak melakukan rutin lain dalam skincare iaitu "Exfoliate (pengelupasan)". Dengar macam takut kan? Siapalah nak hadap muka mengelupas ni. Tapi sepanjang 3 tahun ena pakai produk Mary Kay tak pernah lagi muka mengelupas teruk. Prosesnya hanya secara lembut. Cuma masa awal-awal muka rasa panas sedikit. Lepas 2-3 kali pakai masker baru reda. Mungkin bergantung kepada history kulit. Ada orang tak rasa apa-apa. Kulit ena ni jenis nipis boleh nampak segala urat muka.
Muka ena selepas menggunakan mask. Dulu mana berani tepek bare face kat sosial media.hahahahah. Sekarang yakin buat sebab kulit makin sihat. Now fokus pada jeragat je. So far kulit ena dah takde mengelupas teruk bahagian hidung dan tak kerap naik jerawat pasir. 2 perkara ni menghantui hidup sejak remaja lagi. Sebab ena sentiasa jadikan masker sebagai BFF.
Nak bagi korang faham apa kegunaan masker ni untuk buang sel kulit mati. Pakai lah banyak mana pencuci dan pelembab tapi korang tak buang sel kulit mati tu tetap lah nampak kusam sampai ke sudah. Kalau rasa terlampau malas cukuplah 2 minggu sekali je.
Timewise Renewing Gel mask
Tips kulit nak sihat, apa yang ena amalkan adalah mesti ada exfoliate mask (pengelupasan secara lembut) & pampering mask (memberi kelembapan pada wajah). Kalau kulit selalu diperbaharui baru lah segala cream dan serum cepat meresap. Ni tidak dok komplen kenapa takde kesan ea?? Gitu juga nampak kusam. So please sayang kulit tu lebih banyak 💓💓💓 sebab muka takde jual kat kedai 😆
Dan yang terakhir ena memilih Lumivie Black Sheet Mask. Bayangkan sekeping mask ni bersamaan 30ml Lumivie serum. Fuhh serum tu ena pakai untuk 3-4bulan tapi 1 keping mask ni merawat selama 1 malam. Jauh beza kan??? Ni idaman setiap wanita nak kan kulit flawless glowing cerah macam orang Korea. Even harga agak kayangan tapi percaya lah kesan dia superb hanya sekali pakai. 1 kotak ada 5keping berharga RM245. Lumivie ni fokus pada jeragat dan mencerahkan kulit.
1 Comments