ツ Teman Tapi Mesra

Wordless Wednesday | Sunset view at Pantai Teluk Kerang Pontian

Gembira tak terkata dapat balik Pontian pada musim cuti sekolah lalu sebab maksu yang datang ambil kat Muar. Tu yang lama menyepi sebab takde line. Huwaaaa... Tapi happy lah dapat jumpa keluarga lebih lama. Sebelum sampai kampung ena di Sungai Durian maksu ajak singgah pantai Teluk Kerang (Yelah kot nama dia). Sebab dekat dengan simpang Teluk Kerang. First time tahu.hahahahha. Kalau Rambah tu biasalah pergi. Pantai ni kecik je terpencil. Air pulak surut. Tapi sebab sunset view tu cantik jadi ambil lah gambar diorang. Dalam 6.30 petang gitu.


Ada apa di Pontian??

entri lain >> Pontian Seaside Part 1


Anak maksu, Erina. Senang bawa bincang.hahahah. Follow je apa ena suruh.

Sumayyah pon suka posing.

Sumayyah dan Erina senang bagi kerjasama.


Kasi can lah maksu and husband bergambar.. hehehe..





Alhamdulillah syukur masa yang tidak dapat dibeli dengan wang. Anak-anak ni senang je beli jiwa dia. Bukannya nak jalan pergi waterpark atau shopping mall. Dapat jumpa budak-budak dia dah seronok nak main sama. Ena pon bukan ke mana. Melawat saudara mara yang baru meninggal bulan Mac. Sekurang-kurangnya dapatlah melepaskan kerinduan yang dah berat tertanggung ini.

Ada satu hari ni pakcik ena yang ajak kami pergi Pontian. Wahh syoklah orang belanja. hehe.. Adik beradik emak ada 12 orang. Tapi sorang meninggal masa kecik. Jadi yang kecik-kecik ni memang sepupu ena. Bertabahlah sumayyah nak ingat atok nenek belah ena ni.

PONTIAN SEASIDE PUBLIC PARK

1 kenderaan RM20 / 15 minit

9 Chantiq Manis:

AzianKhalil said...

dulu selalu gak pergi teluk kerang... pastu pergi tenggayun. tak tau pun teluk kerang ada pantai...hihihi

PeRdU cINta said...

Rindu nak tengok sunset.

Unknown said...

Alhamdulillah masih dapat peluang berjumpa yang tersayang..

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Akak ni pulak, sepupu tua2 semuanya, baik belah mak, atau belah abah, hihi

N.K Ashadi said...

Tak pernah rasanya pergi pantai Teluk Kerang ni. Selalu lepak p tambak dengan satu lagi port tak jauh dr kg. Tak tau apa nama tmpt dia Hah

Wak Lat said...

chomey je tangkap2 sunset., ;p

wak dh lama x gi pontian.,

Atie Zieya said...

cantik nyaa semua photo2 ni ... unik betul and romantic

Shida Radzuan said...

Cantikk! shida pernah juga tgk sunset dr Pulau Pangkor hehee..lama dah citer bertahun yg lalu bersama keluarga :)

Azhafizah MN said...

Bestnya dapat lepak pantai dan menikmati keindahan sunset :)