ツ Teman Tapi Mesra

Tercapai hajat nak ambil Medical card dan Hibah dengan AIA Public Takaful

Sebenarnya ena pon tak berapa faham sangat hal insurans ni. Tapi terdetik nak ambil sebab pengajaran daripada operation yang dulu. Bukan hospital kerajaan tak bagus tapi nak tunggu turn sampai satu tahun tu terseksa kalau kerja pon sakit asyik kena MC. Dan paling memberi kesedaran ena untuk ambil sebab ramai mesej ena cerita pengalaman dorang operation guna insurans cover. fuhhhh.. betol lah bila fikir balik kenapa lah dulu tak ambil masa muda. Yela sakit ni jangan fikir masa tua je. Contoh macam ena sendiri dah kena operation 2 kali usia muda. Kalau nak tahu operation apa boleh baca entri bawah ni.

https://www.tinynasweet.com/2020/07/prosedur-dan-kos-pembedahan-buasir.html

Sampai viral lah post ni sehingga sekarang orang cari ena. Buasir ni opration paling mahal adalah guna laser tapi akak ni ada insurans cover kos RM16,000. Beza betul kos ena cuma RM1650 (PPH. hospital kerajaan tiada rawatan laser) tapi tunggu turn setahun lepastu claim duit dapat lagi setahun. Jadi faham kan kenapa insurans tu penting. Bagi ena penting sebab dah laluinya. Orang lain ena tak pasti. Buat permulaan ena ambil medical card yang basic paling murah je tak sampai RM90 dan Hibah pon rendah je bulanan tak sampai RM40. Lega dapat tunaikan impian untuk reward diri sendiri.

Kenapa hibah penting? sebab fikirkan masa depan anak-anak jika kita pergi dulu. Ena boleh setkan penama yang akan dapat pampasan kelak. Dah puas main kutu emas bertahun jadi tahun ni azam lebih fokus untuk saving je... Ini kira hadiah untuk tersayang. Ena ambil kedua-duanya untuk cover kos rawatan dan juga pampasan kematian. 

PLAN YANG ENA AMBIL
MIDECAL CARD >>> A-LIFE MED REGULAR
HIBAH RM50K >>> A-LIFE KASIH FAMILI

Ena dah lama survey dan so far memilih AIA. Kebetulan selalu tengok blogger Kak Alin yang agen AIA jadi ena terus contact. Mungkin tertarik dengan cara dia sampaikan di dalam media sosial. Kita pon kenal secara alam maya. Mesra gituu.

.
Manfaat Medical card

💥 Plan 150  💥

Harga tak fixed, akan naik ikut umur.
Cth : umur 60thn RM280 sebulan 
❌ Pampasan Life Hibah(kematian/TPD-Total Permanent Disability)
❌ Saving

✅Perlindungan Bill Hospital (Medical Card) : RM100K setiap tahun individu package DAN BESTNYA 'unlimited' seumur hidup. Bilik RM150

LAGI BEST!! TIADA CO TAKAFUL DAN CASHLESS DI HOSPITAL PLATINUM AIA

✅ Manfaat bilik & Penginapan Hospital Tambahan semasa di luar negeri (max 120 hari) : RM150
✅ Manfaat ICU : seperti caj yg dikenakan
✅ Bekalan dan perkhidmatan hospital : seperti caj yg dikenakan
✅ Manfaat yuran pembedahan : seperti caj yg dikenakan
✅ Manfaat yuran bilik pembedahan : seperti caj yg dikenakan
✅ Manfaat yuran pakar bius : seperti caj yg dikenakan
✅Manfaat lawatan pakar perubatan hospital (max 240 hari setiap tahun) : seperti caj yg dikenakan
✅ Manfaat  rawatan perubatan pra-penghospitalan
- Faedah ujian diagnostik
- Faedah rundingan doktor
- Faedah Perubatan & Rawatan (RM300 bagi setiap hilang upaya)
✅ Manfaat rawatan selepas penghospitalan
- Faedah diagnostik x-ray  dan ujian makmal pesakit luar
- Faedah perbelanjaan perubatan dan rundingan termasuk akupuntur & fisioterapi
✅ Prosedur Harian : seperti caj yg dikenakan
✅ Manfaat rawatan pesakit luar Fisioterapi & Akupuntur : RM4000
✅Manfaat rawatan penjagaan Kejururawatan di rumah(had seumur hidup 180 hari) : RM3000
✅ Pemindahan Organ/Sumsum tulang : seperti caj yang dikenakan
✅ Manfaat Out-patient Accident : RM 2000
✅ Manfaat Out-patient Dental kemalangan shj: RM 3000
✅ Manfaat Out-patient kidney dialisis & Kanser : RM 250,000 (Lifetime)
✅ [Bonus] Daily Cash Allowance Jika masuK Hospital Government : RM100/day (Lifetime)
✅ Manfaat harian penjaga : RM90
✅ Cukai Perkhidamatan : seperti caj yg dikenakan

.
Hibah / Life protections

Hibah RM50k 
Boleh letak 4 penama maksimum
Fixed, tiada kenaikan 🤗

Kita cover:
1. Kematian biasa rm50k (Hibah) 
2. Kematian Kemalangan rm100k (Hibah) 
3. Cacat kekal / hilang upaya rm50k
4. Saving rm9k projection

Beza dgn plan Hibah murah dari company takaful yg lain
✅Harga tak naik
✅ Ada saving

Jadi banyak plan sebenarnya. Yang penting ikutlah budget yang kita mampu per bulanan. Nak tahu lebih details plan insurans boleh terus contact Kak Alin

Trusted Agent AIA Life Planner: Mrs Azlinda Azman (012-6460421)

Blog : https://www.azlindaalin.com

Facebook : https://www.facebook.com/azlinda.alin.3

Instagram : https://www.instagram.com/azlinda.alin/

5 Chantiq Manis:

AzianKhalil said...

tahniahh...memang bagus ada cover insuran sekarang ni

Mar Mansor said...

alhamdulillah..

Azlinda said...

Tq eina sayang 😍😍😍😍 alhamdulillah lega kan bila diri dah ada protection

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..ada rezeki dan ambil pada waktunya :)

Atie Zieya said...

Alhamdulillah