ツ Teman Tapi Mesra

Majlis pertunangan adik ipar

Tak sangka adik ipar nombor 3 dah tunang. Masa kahwin dengan suami dia masih sekolah lagi. Ena + suami dan adik ipar nombor dua bersanding serentak. Nombor empat belum sampai seru. hehe. 

Bagus betul adik beradik lelaki suami ni semua cari orang Johor. Yang paling win tu ena dan biras satu daerah Pontian siap kampung kami sebelah-sebelah je,hehe. So bila raya memang senanglah nak berjumpa. Keluarga belah mertua ena berkhidmat di Kuala Lumpur tapi pencen ni duduk Simpang Renggam sebab mama last berkhidmat di IPD Pontian (Dah pindah 8 kali). Ayah pula last berkhidmat di PGA SImpang Renggam. Jadi semuanya polis kecuali adik bongsu perempuan ni tak minat polis. Nasib baik boleh rentas daerah. Semua dalam Johor je, Dan kami cuma sambut anak beranak sebab saudara mara mertua luar Johor. Tunang adik ipar ada 9 orang adik beradik. Jadi majlis sederhana tapi meriah dengan anak beranak. InsyaAllah hujung taun akan berlangsung.


Selamat sudah majlis merisik dan bertunang pada 4/4/2021 yang lalu. Dapat orang Johor Bahru. Tahniah Eddie Fadzrul dan Erin.


Bakal biras.tapi ada orang cakap muka iras ena. haha. tapi erin lagi comel lah. kecil molek orangnya.


Sepanjang majlis ni sumayyah moody sebab dia cakap tak habis-habis tangkap gambar.hahahaha. budak kan bosanlah bukan mainan dia. Muka dia terpaksa je bergambar. Yang safiyyah tu boleh pula buat perangai orang tua tengah berunding time tu lah dia nak keluarkan semua barang ena dalam beg. Mak cukup sabar je masa tu. Lagi kita halang dia jerit sekuat-kuatnya. anak oh anak..

4 Chantiq Manis:

Anum said...

alhamdullilah

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah. Selamat bertunang.

Atie Zieya said...

Tahniah ats petunangan :)

nona sani said...

Alhamdulillah.. bertunang sudah... moga dipermudahkan urusan... Amin...