Sambutan Birthday February

Rezeki betul dapat 2 kelahiran dalam bulan yang sama pada Februari jadi kita sambut lah 2 kali disebabkan adik Safiyyah ni first time 13/2/2021. Genap 1 tahun buat juga sambutan khas untuk dia sorang. Lepas tu sambut lagi dengan suami pada 21/2/2021.

Happy Birthday 1 tahun


Tak sangka cepat masa berlalu sebab PKP ni masa berjalan tanpa sedar. Kesian nenek, atok, wan dan oyang tak jumpa anak tahu-tahu nanti dah berjalan je.

Mengimbas kembali ank kedua ni tak banyak ragam masa mengandung sebab alahan sampai 4 bulan je berbanding kakak sampai 6 bulan. Teruk alahan pada ubat gigi. Sambil gosok gigi tu menangis oiii muntah hijau. Terpaksa hadap lah 4 bulan tu. Tapi bab makan tak boleh kawal 1 hari nak nasi sampai 6kali. Baru makan nasi setengah jam perut lapar tahap tak makan 1 hari. Then gila masakan kari.hahahaha. Part beranak pula paling sakit kuat sebab kembar darah. Orang kata kembar darah lagi kuat sakit berbanding kakaknya kembar air. Buat masa ni taubat nak mengandung lagi. Sebab kenangan sakit contraction tu tak boleh lupa lagi. Tak sama macam kakak sakit boleh senyum lagi. Tapi syukur sepanjang setahun membesar senang jaga tak banyak kerenah dan tak demam. Mungkin sebab PKP kot tak mudah dijangkiti penyakit lain.


Setiap tahun camnilah sambutan keluarga kecil kami sekadar buat kenangan untuk anak-anak. Kek Vanilla Blueberry RM40 tapi tengah promo RM35 je macam biasa dari Kak Maria yang top di Muar. Kek dia murah tapi sedap taw. 


Yang kelakarnya kek belakang tu dah kena tendang dengan adik.hahahah. Dia tak dapat capai pakai tangan dapat pakai kaki jadilah. Gini lah kalau ada anak susah nak bergambar. Tak sabar nak makan.So takdelah nampak cacat kek ni sebab banyak kartun baby shark cover depan.


Thanks pada Acu Eyka sebab bagi surprise gift pos ke rumah. Comel sangat bantal ni. Baju Pooh tu pon pemberian Acu tahun lepas masa berpantang.

Happy Birthday 35 tahun


Sambutan kelahiran suami yang ke 35 tahun dan adik pon sambut lagi sekali bertemakan purple sebab ena nak ambil gambar berempat.


2 gambar ni je punya struggle nak dapat. Anak-anak tak nak bagi kerjasama. Adik macam biasa aim nak sepak kek lagi.hahahahah. So kami pon tak ambil masa lama nak potong kek.


Red Velvet Full Nutella ni memang sedap kena dengan tekak ena. Puas hati lah makan. Kebetulan ada promosi so grab. Thanks Aimie manage penghantaran kek. Harga asal RM50 tapi promo cuma RM44.90. Topper 'Happy Birthday' harga asal RM5 tapi offer RM2.50.



Masak simple je menu kesukaan suami Spaghetti Blognese versi Melayu.

Haa mudah je bahan
Cili kisar, bawang putih, bawang merah, 1 biji tomato potong dadu, sosej dan burger daging Ramly. Nak pekatkan kuah guna sos tomato dan tambah sedikit air.

Settle. Alhamdulliah syukur majlis kecil tapi anak happy. 

Post a Comment

7 Comments

adohai, tak boleh tahan bab makan nasi enam kali tu, tapi tetap kecik molek
nohas said…
Bestnya..birthday dekat2..2x celebrate..sedap nampaknya kek Red Velvet Full Nutella tu..very chocolatey..

I like spaghetti bolognese Melayu..
Warisan Petani said…
Hb anak dan bapa februari
nona sani said…
Happy Birthday to birthday girl and man! Semoga segala doa termakbul di dunia ini.. Moga sihat dan bahagia selalu keluarga Kak Ena.. Amin....

Kak..spageti cara Melayu...wow..Memang tak guna kuah spageti bolognese tu ke..muahaha..nice...
Atie Zieya said…
happy birthday girls :)
Sis Lin said…
Tak padan kuat makan ek, tapi comel sangat..
Hepi besday buat Sumayyah dan Ayahnya..
Cik Renex said…
Yeay kita sama bulan birthday..
Happy birthdayyy,,bestnya kek diaa..