ツ Teman Tapi Mesra

Resepi Tortilla wrap daging burger gara-gara viral Tiktok tortilla wrap hack

Resepi Tortilla wrap daging burger gara-gara viral Tiktok tortilla wrap hack | Sebelum blog semakin bersawang kena lah update cepat. hahahaha. Busy betul dengan rumah ada buat renovation sikit-sikit lepastu anak pula sekolah sebab PASTI buka macam biasa. Super busy mom kat rumah. 

Tengok ramai juga kawan-kawan dah cuba tiktok tortilla wrap hack. Menu ni ena suka sebab praktikal untuk ibu yang suka breakfast mengenyangkan tapi mudah nak sediakan. Suami suka benar asyik request menu ni taw. Setakat daging burger sekejap je masak.

Tortilla wrap daging burger

Sangat mudah resepi ni untuk 2 orang makan. 1 warp ni kenyang sekali makan.

Bahan-bahan:
2 pcs wrap jenama Gardenia Roll-Up wraps. Tak kisah color apa
1 keping Daging Ramly burger
1biji bawang merah kecil
Serbuk kari
1 biji telur
Mayonis
Sos cili
1 keping cheese dibelah 2bahagian

Cara penyediaan:
1. Sediakan kuali non stick. Panaskan 2 keping wrap seketika. Kemudian alihkan ke pinggan.

2. Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk di campur 1 sudu mayonis dan sedikit garam. Kacau sehingga larut. Letak sedikit minyak masak kemudian goreng telur dadar sehingga hancur. Alihkan ke dalam mangkuk

3. Masih menggunakan kuali yang sama bubuh minyak masak sedikit dan tumis bawang merah yang siap dihiris. Masukkan 1 keping daging burger dan serbuk kari 2 sudu. Tak perlu bubuh garam. Masak dalam 10 minit saje.

4. Kemudian tengok step seterusnya cara nak wrap

Cara nak lipat wrap


Ikut je step di atas. Sebenarnya cara kat tiktok lain tapi ena tak suka lipat cara asal sebab renyah nak makan hahahah. Rasa cara ni lagi kemas je nak masuk mulut. Agaknya mulut kita ni yang kecik sangat lebih molek ikut step ini.

Tortilla wrap sambal sardin



Ni lagi senang bila ada sambal sardin lebihan masak tu boleh buat minum petang dengan menu ni. Haa camnilah lipatan kemas kalau guna step ena bagi tu. Lebih nipis dan nak pegang pon ngam je dengan tangan yang kecik ni.hehehe.

Banyak je idea lain boleh buat tapi ena tak sempat ambil gambar dah ngap terus ke mulut. Boleh gantikan daging dengan isi dada ayam yang digoreng dengan tepung Bestari Spicy. Untuk budak-budak rasa nak buat lah letak strawberi, pisang dan coklat. Tapi nak cari strawberi ni cukup payah nak jumpa. So next time jelah cuba ya. 

Menarik bukan resepi wrap?

4 Chantiq Manis:

Anum said...

nyum2

Sis Lin said...

Kira macam setiap lipatan bila gigit ada isinya kan.. nampak mudah aje, nanti boleh ajak anak Sis mencubanya, dia memang suka jenis brekpes wrap gini...

Atie Zieya said...

dulu fikir mcm mana la nak wrap ! thanks to tiktok akhirnyaa hahaha

Ai said...

Senang buat sendiri je tortilla wrap ni.