ツ Teman Tapi Mesra

Nak makan Sushi ikut citarasa melayu? Order je dengan Sushi Kori Selera Melayu

Nak makan Sushi ikut citarasa melayu? Order je dengan Sushi Kori Selera Melayu | Sumpah sedap sushi ni. Tak muak langsung makan. Dah namanya tekak melayu mestilah nak juga citarasa buatan melayu. Kalau time petang rasa tekak nak makan simple tapi mengenyangkan boleh je order sushi kori ni. Tapi disebabkan laris kena lah order sehari awal. Haaaa rasa nak makan esoknya malam tu kau kena wasap Amy cepat-cepat untuk booking. Bulan ni memang selalu juga lah order makanan luar sebab sibuk renovation + wiring semula. Tu yang gantung kuali hahahahahah. Penat taw kemas rumah yang penuh habuk berpasir dari luar sebab naikkan tembok dinding batu. Mana ada masa nak masak. Bunyi drilling bising lagi lah anak tak boleh tidur. Tapi bagus jugak lah ada alasan tapau luar.hehe... Kalau tidak suami mesti suruh masak je.

Info Sushi Kori Selera Melayu Muar

** 15 perisa yang boleh didapati
** RM1 sahaja setiap jenis
** Minimum order 10pcs
** Pelbagai perisa dengan citarasa melayu
** Set combo mix flavour 10 pcs RM10 / 5 pcs RM5
** COD bermula 2:30 petang sehingga habis
** Cuti pada setiap hari Selasa

Sushi Kori RM1

Ni first order tak tahu perisa apa sedap jadi ena order semua jenis.hehe. Baru lah tahu mana yang paling sedap.


Haaa repeat order ni baru ena ambil yang ena paling suka dan ambil set 10pcs terus. First ena suka ayam terrayaki, second ketam mayonis. Diikuti ayam buttermilk dan tuna mayonis, Ni satu bekas ena sorang je makan habis. Takde kongsi-kongsi.


Ini adalah senarai sushi yang dijual. Selain yang ena sebut tadi yang sedap boleh juga cuba beef rendang dan corn mayo. Alaa semua sedap cuma apa yang sesuai dengan tekak kita. Nasi lemak tu rasa agak pelik pada ena lah. Mungkin tak biasa di olah jadi sushi.


Nampak siap silang kaki makanan sampai. Anak suka ketam mayonis. Budak-budak boleh makan bagi perisa yang tak pedas.


terliur tengok semua sushi


Tempahan banyak jadi digalakkan order awal kalau tidak kempunan nak merasa ! Thank you Amy sebab tunaikan sushi sedap ikut tekak melayu ni.

Nak order sushi kori selera melayu boleh rojer Amy ⤵️⤵️
Www.wasap.my/60173266222/sushikori

3 Chantiq Manis:

aienienka said...

sedapnyaaa. lama dah tak makan sushi sebab tak ada geng. Walaupun tukar jadi sushi melayu pun tak ada yang makan. =='

Sis Lin said...

Perghh gile banyak pilihan..
Sis biasa beli yang singgit ni dekat Angsana tuu.. situ pun banyak pilihan, tapi ni lama tak ke sana..

Nak try laa cari online...kecur laaa Ena oii

Atie Zieya said...

wow byk gila pilihan