ツ Teman Tapi Mesra

Adakah produk Kesihatan Kitsui Bahaya?

Adakah produk Kesihatan Kitsui Bahaya? | Zaman sekarang banyak lambakan produk yang mempercepatkan proses menguruskan badan dan juga mencantikkan kulit dalam masa yang singkat tetapi kita kena fikir faktor kesihatan untuk jangka masa panjang samada produk itu selamat digunakan atau tidak. Paling utama periksa latar belakang syarikat dan juga sijil yang diperakui HALAL! Nah..Jadi ena nak kongsi produk apa yang ena tengah consume sekarang ni iaitu produk kesihatan Kitsui mempunyai pakej lengkap sesuai dengan apa yang ena cari selama ni. 

Target nak slim macam zaman bujang.haha. Almaklumlah beranak nombor 2 ni naik 13kg. Naik senang tapi nak turun tu agak susah. Plus bila kita ada anak kecil ni cukup payah ena nak disiplin jaga badan dan muka sekali. Sebab asyik fikir anak nak sarapan apa, anak nak siap pergi sekolah (PASTI sekolah macam biasa dalam PKP), anak nak buat kerja sekolah, anak nak itu, anak nak ini. Baru anak 2 ni tapi dia punya masa tu macam tak cukup rehat. Apa lagi nak ber "Me Time".

Jujur cakap ena tak rajin nak amal makan buah-buahan atau sayur-sayuran setiap hari. Kadang-kadang tu makan pon lambat tapi breakfast tak pernah skip. Cuma lunch agak lambat. Jadi ena cuba amal produk Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato dan Kitsui Bellos Fibre ni selama seminggu. Tak tipu memang sedap, rasa jus sebenar tak masam dan tak manis sangat. Just nice sesuai dengan tekak. Ena paling suka kotak hijau ni. Haaa kenapa ena suka?? Kena lah baca sampai habis.

Adakah Kitsui Bahaya?

Sebelum itu mesti korang nak tahu produk kesihatan Kitsui selamat diamalkan atau tidak


Bebas dari Bahan – Bahan Berbahaya ⛔⛔
1. Hormon
2. Pengawet
3. Bebas Gluten
4. GMO
5. Alergen
6. Antibiotik

Kitsui adalah produk jenama tempatan yang telah bertapak di pasaran tempatan lebih dari 20 tahun. Dan untuk pengetahuan korang Kitsui antara jenama paling dipercayai dan laris di Guardian dan Watsons.

  
  

1. Semua produk dibawah jenama Kitsui telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal, malah telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum dipasarkan kepada orang ramai melalui Farmasi Watsons & Guardian yang terkemuka di Malaysia

2. Kandungan produk-produk kitsui terdiri daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk golongan lelaki dan wanita

3. Makanan tambahan Kitsui bukan ubat-ubatan. Ianya berfungsi untuk memberi nutrisi ke atas badan sesorang kerana bahan uatamanya terdiri dari makanan harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

4. Jangan risau, semua produk keluaran kitsui adalah bebas dari bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan LARANGAN yang boleh mengganggu hormon dan kesihatan badan

Sijil yang diperakui sah bebas bahan yang membahayakan

Kitsui sachet VS Produk X

Pilih Sacet untuk Kualiti, Kesenangan dan Jaminan 

Berikut merupakan video perbezaan Kitsui sachet VS Produk X


1. Korean Whitie + Plus Tomato untuk kecantikan kulit

Jika korang nak tahu khasiat tomato membuat kulit awet muda, sesuai untuk yang mengalami masalah jeragat dan menentang sinar UV yang berbahaya. Kita biasa tengok zaman mak-mak suka tepek hirisan tomato pada muka. Ada yang buat scrub tomato dicampur gula pasir. Tapi ena tak gemar nak lakukan scrub DIY tomato apa lagi nak makan direct. Jadi ena memilih minuman ini tapi khasiat tetap sama macam kita makan tomato.

1. Antara produk pilihan di Farmasi Watsons dan Guardian diseluruh Malaysia

2. Makanan tambahan ini diperkaya dengan Vitamin A, C dan zat besi yang mampu membantu kulit kusam dan berminyak menjadi lebih segar dan bersih

3. Bahan utamanya ialah tomato yang dipanggil raja antioksida dan dipilih serta dilabelkan sebagai Superfood oleh Times Magazine

4. Selain tomato, ia turut mengandungi Camu-camu yang juga kaya dengan antioksida dan mampu meningkatkan pembentukan kolagen menjadikan kulit lebih cerah hanya dalam tempoh 7 hari sahaja

5. Jangan risau, Korean White Plus Tomato bebas bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan yang boleh mengganggu hormon

Cara penyediaan minuman produk Kitsui

* Waktu pengambilan yang disarankan adalah sebelum makan tengahari iaitu selepas sarapan

Sediakan shaker untuk membancuh air

Campurkan 1 sachet ke dalam 150ml air suam atau air sejuk ke dalam shaker

Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik.

**My review rasa jus yang tidak manis. Just nice. Ena suka sebab tak rasa pekat yang melekat di tekak. Rasanya seperti buah beri


2. Kitsui Bellos Fibre untuk mengurangkan berat badan

Sesuai sangat untuk ena consume sebab nak kempiskan perut ni. Ena tidak mudah ambil pelbagai minuman sebab mudah sembelit. Tapi first consume air ni memang cepat proses pembuangan. Maybe baru-baru lagi jadi 3-4kali juga lah ena ke toilet.hehe.. Betul-betul kasi detoks ni. Kebaikannya:

1. Berfungsi untuk mengekalkan kecergasan badan dan membantu masalah pencernaan

2. Diperbuat daripada buah Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas dan Sena

3. Formulasi bahan-bahan ini membantu mengelakkan masalah perut buncit dan kegemukan disebabkan kandungan seratnya yang tinggi

4. Masalah pencernaan bukan sahaja memberi kesan kepada perubahan fizikal malah boleh mengurangkan keyakinan diri kerana timbulnya masalah-masalah lain seperti bau badan, bau mulut, cepat letih dan tahap metabolism menjadi rendah

5. Bellos Fibre bukan sahaja berkesan, malah ia tidak mengandungi bahan pengawet, pigment, gula tambahan dan mengandungi bahan yang boleh mengganggu sistem hormon

* Waktu pengambilan yang disarankan adalah sebelum tidur iaitu selepas makan malam

Cara penyediaan sama seperti Kitsui Korean Whitie + Plus Tomato

Berikut ialah bahan utama yang terkandung dalam Bellos Fibre :

a. Acacia Gum – mengandungi serat prebiotic yang mengekalkan sistem usus serta melancarkan sistem penghadaman
b. Apple – Mengandungi Catechin yang membantu meningkatkan kadar metabolism badan
c. Senna mengandungi Sennosides yang membantu merangsang pergerakan usus
d. Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas pula buah-buahan yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin yang mengekalkan tahap hidrasi dalam tubuh badan

**My review sangat sedap macam rasa epal hijau yang sangat padat isinya tapi tidak terlalu manis. Badan ena terasa lebih ringan dan tidak mudah lesu pada waktu siang.

Lihat video cara menyediakan air dengan betul

............................................................................

Highly recomended jika korang nak 2 in 1 kurus dan kulit flawless. Patutlah produk ni laku keras. Memang sedap dan mudah lawas. Harga pula berpatutan. Nak lagi murah korang boleh shopping di website bawah ini : 

KITSUI KOREAN WHITIE PLUS TOMATO >> SELLING PRICE RM38.80
KITSUI BELLOSS FIBRE >> SELLING PRICE RM38.80

Voucher ‘KITSKULIT’ Diskaun 12% di shopee KITSUI MALL

............................................................................

Laman sesawang rasmi Kitsui Malaysia

#Kitsui #KitsuiMalaysia #watsonsmalaysia #guardianmy #tipskecantikankulit #kulitsehat

0 Chantiq Manis: