ツ Teman Tapi Mesra

Buat cupcake kini lebih mudah dan lazat dengan Passionfood Bake Ur Own Decadent Chocolate Cake

Buat cupcake kini lebih mudah dan lazat dengan Passionfood Bake Ur Own Decadent Chocolate Cake | Jujur cakap ni first time buat cupcake sebab tak pandai, tak tahu, dan malas. Kalau bab masak lauk pauk tu gagah lagi tapi kalau bab baking ni lemau nak cuba takut tak jadi. Bahan pon nak kena cari. Kalau satu kedai ada semua yang kita nak takpe lah jugak. Sebab itu jadi malas nak buat. Biasa beli readymade je kat kedai. TAPI apa yang buat ena tertarik nak cuba buat cupcake daripada Passionfood ni sebab kau tak payah pening kepala salin resepi, pergi kedai cari list barang dan senang nak sukat. Anak ena yang sulung pon boleh buat sendiri.

Taraaaa.. hasil dari tangan anak, sumayyah. Tu yang ada banyak gula-gula colorful. Ibu jadi pembantu tepi je tolong bakar hehehehe. Memang senang ! Time ni lah kita nak bonding dengan anak main masak-masak. Seronok taw. Suami dah request birthday nanti tak nak beli kek siap. Dia suruh buat lagi sebab sedap macam rasa kat kedai je. Dah lah murah. Yeee..cuma RM38.80/box untuk 25 cawan kecil ni. Masa yang ena perlukan untuk prepare dari awal sampai akhir cuma 1 jam. Serious tak renyah.

Decadent Chocolate Cake - Bake Your Own (25 cupcakes)


Sekarang mudah hanya order secara online dah tunggu lah sampai depan rumah


Dalam kotak ni ada disediakan bahan kelengkapan untuk dibakar atau dikukus:

1. Decadent chocolate cake mix
2. Cup liners 25 pcs
3. Chocolate frosting satu piping bag
4. Topping 4 jenis
salted caramel, oreo crumbs, kepingan badam yang dah siap bakar dan lotus biscoff crumb
7. Pamplet resepi dan step untuk buat cupcake

Bahan tambahan sendiri :

1. Air panas 60g (1/4 cawan)
2. 110g minyak jagung (2/3 cawan)
3. Telur gred A 2 biji


Sebabtu ena recomended mudah dengan Passionfood ni. Step pon ada. kalau tak pernah buat macam ena boleh jadi cupcake nya.


Nampakkkk. sumayyah dah ready nak masak siap pakai apron Hello Kitty dia. Semangat taw dia nak buat sebab hantu cupcake. Selalu pau ibu beli cupcake.


Cara membuat cupcake : 

1. Tuangkan decadent chocolate mix ke dalam mangkuk sederhana besar
2. Masukkan telur yang sudah dipukul, minyak jagung dan air panas
3. Kacau rata menggunakan sudu atau spatula
4. Masukkan adunan ke dalam cup liner yang siap disusun di atas dulang sebanyak 2/3 cawan
5. Bakar selama 10 - 15 minit untuk 160 -170 darjah celcius
6. Setelah masak keluarkan cupcake dan cucuk dengan toothpick. Jika tidak melekat bermakna sudah masak
7. Picit chocolate frosting di atas cupcake
8. Akhir sekali taburkan topping. Boleh tambah gula-gula atau bahan lain sendiri sebagai perhiasan


Susun cup liners


Tuang adunan


Sudah siap dimasak. Biarkan sejuk seketika


Picit chocolate frosting


Tabur topping. Salted caramel tu favourite. Memang sedap


Sumayyah siap hias dengan gula-gula kesukaan dia


Sumayyah cukup excited main masak-masak ni. Sebab senang. Aktiviti yang best di dalam rumah kita boleh bonding time. Yang penting sedap sebiji rasa macam kat kedai. Sangat moist dan tak muak. Korang yang berada sekitar Johor Bahru boleh order delivery. Tapi jangan risau ena yang duduk Muo ni pon Passionfood boleh post taw. Bahan takde yang rosak. Berbaloi untuk cuba.

DECADENT CHOCOLATE CAKE

🎂🧁 RM38.80 / BOX (25 CUPCAKES)
🚒💨💨 DELIVERY JOHOR BAHRU - RM5
🚒💨💨 POSTAGE SELURUH MALAYSIA - RM8


7 Chantiq Manis:

Bae Roslan said...

senangnya buat cupcake semua lengkap ada. cake pun nampak moist je

Ciktie said...

Wahhh senangnya buat cupcake.. camni kita pun nak cuba jugalah

ctsuzie said...

Senangkan dh de kit mcm nie..nak buat tinggal bancuh je..anak pn suka klo dpt buat mcm nie..

nona sani said...

Sy yang dewasa pun excited tengok hasilnyaaa.. Meriah, cute betul...Lagi mudah ek, dorang dah sediakan camni.. nice lah! Boleh try nanti.. Xpernah bakor bako kek... tq info..

Warisan Petani said...

Nampak cantik kejadiannya

mamapp said...

aduduu sedapnya .. mudah aje beli online aje kan

Sis Lin said...

Senang sangat kann, yang tak pandai pun boleh jadi mahir membuatnya,..