Whitekish Magic Charcoal memutihkan gigi seawal 1 minggu

Whitekish Magic Charcoal memutihkan gigi seawal 1 minggu | Produk memutihkan gigi berasaskan arang aktif dari tempurung kelapa ni bukanlah perkara baru bagi ena sebab ena dah gunakan sejak 3 tahun yang lalu. Mungkin ada yang takut nak guna sebab dengar orang cakap menghakis gigi. So far ena pakai takde pula masalah tapi jangan kerap guna lah. Sampaikan masa pregnant safiyyah kan kena cek gigi, doktor tu tanya ada buat scalling gigi tak. Ena cakap 2 tahun dah tak servis. Lepastu dia bising kenapa lama tak buat mesti banyak karang gigi. Lepas dia cek tu terus dia puji gigi ena ok takde masalah.hahahahha. terkedu la tu. Dulu memang setiap tahun pergi scalling gigi. Tapi lama tak pergi sebab pakai ni lah memang bersih gigi. Cuma kali ni bila dah habis brand lama jenama "N" ena nak try pula produk Whiekish Magic Charcoal.

Masalah gigi tampal di hadapan kurang keyakinan diri

Sebenarnya gigi depan ena tu ada tampalan sebab dulu pernah excident basikal darjah 6. Patah suku then kena tampal bagi rata. Tangan kiri retak kena simen sebulan. Fuhhh mimpi ngeri masa tu sebab gigi dah tak cantik. Sebabtu ena betul-betul risau kalau gigi depan kotor. Yelah gigi dah lah ada cacat cela tambah pula bibir ada parut bekas hentakan di jalan tar, sebabtu bibir ena tajam tengah.hahahahahah.. tapi sekarang lantaklah confident je sengih... sebab Whitekish kan ada :)

Whitekish - Gigi putih dalam 7 hari

Whitekish membantu korang yang mengalami masalah gigi kuning, mulut berbau, karang gigi dan malu untuk senyum


Produk buatan Malaysia diperbuat daripada 100% bahan semulajadi iaitu arang aktif dari tempurung kelapa dan mendapat kelulusan KKM(NOT200700100K).

Ia tidak mengandungi bahan penghakis (peroxide) yang boleh menyebabkan kerosakkan gigi. Whitekish menyerap segala “Food Chemical” dan membunuh bakteria yang menyebabkan mulut berbau membantu mengembalikan gigi yang putih dan senyuman yang menawan


Antara kelebihan WHITEKISH adalah:
Memutihkan gigi
membunuh bakteria yang menjadi punca mulut berbau
Membantu menghilangkan karang gigi
Meneutralkan tahap ph dalam mulut
Tiada bahan penghakis (peroxide)
Keberkesanan dapat dilihat seawal 1 minggu (dengan penggunaan yang betul)

Guna dengan cara yang ditetapkan


Untuk minggu pertama disarankan menggunakan 2kali sehari. Tapi korang guna sekali pon dah boleh rasa perbezaannya taw. Masa gosok tu siap bunyi macam lap cermin. Lepas kumur rasa licin je permukaan gigi berbanding tidak menggunakan. Then yang ena suka tidak ada bau sebab produk ena guna sebelum ni memang kuat baunya. Tapi nak senyuman cantik tu gigih lah tahan je bau janji bersih.hahaha. Whitekish ni memang selesa gosok lama takde rasa nak muntah. Berus pon siap diberikan jadi tak perlu campur guna yang sedia ada.

Penggemar kopi gigi mudah kuning


Result selepas seminggu penggunaan. Ena ni coffee lover. Setiap pagi mesti nak minum kopi. Jadi memang gigi mudah kuning balik. Lepas sarapan kena gosok gigi semula. Thank you Whitekish dah jadi BFF ena lepas ni.

Ujian Makmal & sijil KKM



Jadi korang tak perlu risau sebab telah diuji dan diluluskan. Ibu mengandung dan ibu menyusu juga boleh gunakan. Tapi ingat ya guna dengan cara dan masa yang betul. Jangan terlalu kerap.


Jika korang berminat, Whitekish kini adakan pek COMBO seperti gambar di atas. Terus ke laman sesawang atau hubungi nombor tertera

Call / sms / whatsapp : 017-8898878

Post a Comment

5 Comments

Sis Lin said…
Banyak-banyak ubat gigi, yang jenis arang lee yang sis takut nak cuba oii..perasaannya nanti terselit semua habuk arang tu celah gigi hahahahahaha
Intan Sudibjo said…
bila ada di Indonesia saya mau pesan satu, nak coba apa betul berkhasiat ke hehe
Husniey Husain said…
Wow berkilat gigi.. Nampak perubahan tuu..
Sunah Sakura said…
owhh MOHA Biotec pengilangnya ya....
nohas said…
nmpk berkesan produk ni..teringin jg nk try..dah lama jg tk scaling gigi..