ツ Teman Tapi Mesra

Terlebih oksigen akibat panik. Minta bantuan cari beg plastik

Terlebih oksigen akibat panik. Minta bantuan cari beg plastik | Hanya kenalan terdekat dan jiran yang tahu suami ena jatuh tangga pada 30/10/2020. Disebabkan kejadian itu, ena terlampau terkejut menyaksikan depan mata, nafas menjadi laju sambil menangis. Tak mampu mengawal keadaan dengan call ambulans dan cuba untuk menenangkan 2 orang anak menangis lalu ena tumbang. 

Ramai terkejut sebab first time dengar TERLEBIH OKSIGEN. Biasa dengar kurang oksigen. Penyakit ni tidak berbahaya dan tidak membawa maut. Cuma boleh sampai tahap pengsan. Penyakit ni dari sekolah menengah lagi ena dah kena. Kira berpuluh kali lah jadi sampai tahap kejang separuh badan tangan dan kaki mengeras. TAPI ini kali pertama terlebih oksigen sebab terkejut. Kalau sebelum ni punca ena menangis atau terlampau stress. Nampaknya ena kena selalu belajar mengawal pernafasan untuk lebih tenangkan diri bila kejadian tak diingini berlaku dengan tiba-tiba. Last kena tahun 2013. 7 tahun jugaklah.

Nampak tak jari ena mengeras? macam tula jugak kaki ena keras bengkok. Rasa kebas dari kaki dan akan naik sampai ke tangan. Kira kita lumpuh separuh badan. Tapi dada sampai ke atas masih normal. Seminggu sebelum kejadian ena sakit dada pada waktu malam. Sakit dada ni jarang berlaku kecuali bila ena stress atau letih. Susah nak cakap puncanya apa. Yang ena boleh simpulkan teknik pernafasan kena pandai kawal. Cara ni memang pegawai perubatan hospital yang ajar kalau ena terlebih oksigen terus cari beg plastik dan tekup mulut untuk kurangkan oksigen. Kalau sampai ke otak akan mengakibatkan ena pengsan. Kemudian nafas secara perlahan-lahan. Inisiatif ni ena akan lakukan sambil tunggu ambulans sampai. Part paling teruk pernah kena sampai muka kebas. Huishh yang ni ena tak boleh lupakan. Otak dah terbayang kena strok lah..matilahh.. 

Apa itu terlebih oksigen?

Lebihan oksigen dalam paru-paru dan darah iaitu "Hyperventilation Syndrome" (HVS) berlaku apabila seorang pesakit itu menarik nafas terlalu laju sehingga kandungan oksigen di dalam darah semakin bertambah melebihi permintaan metabolik menyebabkan perubahan hemodinamik dan kimia. Ia tidak menyebabkan kematian tetapi menyebabkan pesakit berasa "hampir mati" kerana rasa lemah dan sukar bernafas. Cara terbaik ialah mengajar pesakit untuk bernafas dalam perlahan-lahan dengan menggunakan plastik bag - Sumber Dr Zubaidi Hj Ahmad

Suami jatuh 3 kali dalam 5 minit


Lebih kurang jam 11 pagi suami naik ambulans dulu, lepastu ena pula rebah naik ambulans jam 12 tengahari. Memang terkejutlah jiran tengok ambulans masuk 2 kali lorong sama. Diorang ingat kes Covid-19. Ena bersyukurlah sebab jiran-jiran banyak bantu kami siap jagakan anak masa ibu dan ayah dia masuk hospital. kami hidup merantau takde saudara mara pon kat Muar. Jadi pentinglah kita berbaik dengan sesama jiran. Apa-apa masalah boleh mintak tolong. 

Tersalah pijak anak tangga


Punca kejadian masa ni minta suami panjat tangga lipat pasang langsir baru sebab ena gayat nak pasang. Masa suami nak turun dari tangga lipat nak ke tangga batu ni dia tersalah pijak jadi tergelincir jatuh betul-betul badan sebelah kiri terhempap ketiga-tiga bucu tangga. Nasib baik dari bahu sampai kaki je. Kepala tak kena. Memang kuat bunyi jatuh. Ena pula berdiri betul-betul dekat tangga hujung je. So korang boleh bayangkan tak ena saksikan suami jatuh tepi ena je. Safiyyah pula dah mula menangis dalam walker. Sumayyah masa tu kat bilik atas.

Suami masa tu lama terdiam menahan kesakitan lalu duduk kejap kat sofa. Ena cuba lah nak tenangkan dia bagi air tapi lepastu suami suruh jaga anak nangis dalam walker, Jadi ena pon dukunglah baby. Tiba-tiba suami bangun dia cakap sakit dada tak boleh bernafas jadi dia berdirilah lepastu rasa gelap mata suami tumbang pulak kat walker baby. Ya Allah korang boleh bayangkan tak kalau ena tak ambil baby tadi suami terhempap kepala anak pulak? Walker bawah tercabut dengan kiri kanan walker pon tercabut. Kuat hentaman tu. Suami jatuh terduduk. Tapi mujur juga jatuh kat walker. Kalau suami jatuh terus ke lantai? 

Dan kali ketiganya dia bangun dari walker tadi tu nak duduk balik ke sofa mungkin dia masih tak bermaya konon nak sandar kat sofa tapi kepala pula terhentak ke dinding belakang sofa. Nafas ena ni yang tadi lom lega tapi bila bertalu-talu jatuh terus tak cukup nafas sebab terperanjat. Suami macam nak sawan mata dah ke atas. Haishhh masa ni memang ena handle sorang-sorang je sambil anak 2 2 dah menangis. Call ambulans dalam 15 minit baru sampai. Lepas je suami naik ambulans tu ena sempat call keluarga mertua dari Simpang Renggam untuk datang Muar. Lepastu ena lari ke rumah jiran bawa anak sebab kaki ena lemah macam tak boleh berdiri dah. Jadi ena terbaring kaki mula rasa kebas mula rasa macam nak kena HVS terus mintak cari beg plastik. 

Sebenarnya kena plastik besar sikit tapi yelah masa tu jiran ada plastik kecik je. Pakai jelah apa yang ada. Diorang pon gelabah first time jadi dan tak pernah dengar pon terlebih oksigen. Anak-anak jangan cakaplah baby tu takut orang. Menangis je sampai keluarga sampai Muar. Alhamdulliah lepas X-RAY suami takde retakan. Cuma lebam dan bengkak teruk. Dalam jam 3 petang kami dah boleh keluar balik ke rumah. Kenangan tak boleh lupakan kami sama-sama di zon kuning. Suami pulak sedar je terkejut orang rumah pon ada kat sebelah.hahahaha. Part ni rasa kelakar pulak. Doktor pon senyum je cakap kat suami "isteri awak terkejut tengok awak jatuh" hehehe.. itu saje.. at least korang tahu apa nak buat kalau tiba-tiba ada orang atau keluarga kena HVS ni. Cepat-cepatlah cari beg plastik.

29 Chantiq Manis:

kisah si dairy said...

alhamdulillah ena dan husband ok.Risau gak kan tetiba kena macam ni..

mamapp said...

Allahu besar dugaan enandn suami. Mujur xde apa2. Nx time hati2 ye .. tq sharing ttg hyorr ventilation tu pernh dgr tali kalimi baru tau detail

Cik TK said...

Pertama kali dengar pasal terlebih oksigen ni. Nasib baik alhamdulillah semua selamat...

nona sani said...

Seramnya pengalaman ni.. aduh.. x terpikir plak cari plastik besar eh.. noted.. moga baik baik semuanyaa... mesti fobia kt tangga tuuu

Atie Zieya said...

Ya Allah sis. take care :( berat dugaan ni kan.. huhuh please take care... Alhamdulillah semua dah selamat tapi take care in future juga tau

Sunah Sakura said...

akak baca pun cemas ni..haha..adoi lerr..hati2 ena and suami lepas ni..alhamdulillah semua baik2 aja...moga Allah lindungi korang selalu..

NRz TC said...

Astaghfirullah.. Lpas tgk cite akk ni barulah sye fhm. Tnya abg boy mmg dia tak tahu apa.. sebab dia ckp dia samar2,tahu2 ada kat hospital. Adehhh.. takpe2 amik bnde ni sebagai ujian & pengalaman tuk akk & abg sekeluarga supaya lebih berhati2. In Shaa Allah.. semoga Allah s.w.t melindungi kita semua dgn cara Nya. Amin Ya Rabb.

Illya LeYa said...

Ya Allah Ena... Alhamdulillah.. semuanya selamat. Semoga Allah SWT terus melindungi ena sekeluarga

Ardini Humaira said...

Syukur ada jiran jiran yang baik. Alhamdulillah semuanya selamat

ajuyarashid said...

eh 1st time tau pasal terlebih oksigen ni..tp xtau nak sedih nak rasa kelakar, husband yg jatuh tangga, tiber orang rumah pun ada kat sebelah.hehe..btw sy singgah follow ena ye.

aienienka said...

semput rasa nafas bila baca. Macam kita pulak rasa nak pitam. tu la selalu dgr tak cukup oksigen. Semoga ena dan suami baik-baik aja yaa

nohas said...

semoga ena & suami pulih spt biasa..Alhamdulillah, dapat jiran2 yg baik..yg beri bantuan di saat kecemasan..

Sis Lin said...

Alhamdulilah semuanya baik-baik aja Ena..
Masa korang kecoh dalam group JDT, Sis ko bizi dengan melayan adik-adik datang, maaflah jika takde respon, ni pun baru nak BW dan dah free...

Lepas ni dah tau laa apa nak buat jika berlaku macam Ena..
Tapi Ena, Suami tu hati-hati juga, kotlah jika ada sakit lagi, buat MRI, takut lain plak, just pesan aje dr Sis..

nurul aqidah azahar said...

alhamdulillah semua baik2 je..mesti panik tak tahu nak buat apa kan masa tu. bagus la ada jiran2 yang baik. itu la pentingnya baik sesama jiran kan

Hasif Hamsyari said...

Alhamdulillah.. mujur tak ada yang serius. pertama kali juga dengar tentang terlebih oksigen ni. Walaupun tak berbahaya, penting juga tau perkara basic seperti cara nak menghadapi situasi macam ni. Iyalah, buat yang tak pernah kena dan tau macam saya, kalau berlaku depan mata pun boleh jadi kaget juga. Hihi.

marsha said...

Allahu besar dugaan Ena, moga baik-baik sahaja. Betul jiran yang baik pun satu rezeki kan...alhamdulillah dipermudahkan

Bae Roslan said...

1st dengar hvs. tak pernah tau sebelum ni. moga ena dan suami baik2 saja.

Tekkaus said...

Sorry to hear that. Hopefully everything will be fine and speedy recovery to your husband. I am sure everything will be ok ASAP.

Fadima Mooneira said...

This happened to me once. My ex boss pun offer me plastic bag to recover. Thank you for sharing.

Vocab Pahang said...

Sejujurnya baru kali pertama admin dengar pasal terlebih oksigen ni. Apa pun moga keadaan baik baik sahaja ye

Dikbee said...

Ya Allah, mujur la takde pape yang serius. Ye la, sape tak panik kan kalau tgk husbnd macam tu. Mujur La juga Ena mmg tau camne nak handle kalau terlebih oksigen ni. Serius sis first time dengar tau. kalau kena kat sis x tau la camne.

Aerill Hassan said...

Alhamdulillah, mujur semuanay selamat. Bahaya juga ya. First dengar pasal terlebih oksigen ni. Rupanya kalau terlebih pun boleh membahayakan diri.

Marina Bashah said...

Baca cerita Ena, rasa seram je. First time dengar terlebih oksigen. Alhamdulillah semua selamat.

Rollinggrace said...

i am so sorry to hear that you have to experience this and i hope that it will never happen again. learned a lot from this article, thanks for sharing this!

Kitkat Nelfei said...

Pernah terbaca artikel pasal HVS ni... thanks for sharing ni dan at least good information for everyone. We know what to do bila ada pesakit HVS around us..

iena eliena said...

alahai sakitnya terkena tangga batu tu..iena kalau panjat tangga lipat tu menag takut..iena gayat..kene ada oorang pegang tangga..apa2 pun semoga di permudahkan ya

CXopportunities said...

Ya Allah ena ! Cx pula yang cemas dok baca rentetan cerita ni . Allah. Nasib baik ena dsn suami takde apa². Syukur Alhamdulillah.

Ena jaga diri baik² tau. Nasib baik ada jiran tetangga.

Sunshine Kelly said...

Thanks for sharing this tips, baru i tak ada juga yang terlebih oksigen. Kalau tak sempat rescue mesti jadi complication yang lagi besar.

Ika.S said...

Ini pertama kali ika dengar and baca pengalaman org mengenai terlebih oksigen. Memang betul selalu dengar kurang oksigen je. Apa pun, take care siser. terimakasih atas perkongsian ini. moga bermanfaat buat yang lain jua.