ツ Teman Tapi Mesra

Kos tukar Skrin Laptop HP rosak | Flickering Display | Skrin bergegar

Sebagai blogger memang terasa peritnya kalau handphone dan laptop rosak. Lagi-lagi kalau ada pending job. Jenis ena pulak tak semua kerja reti menaip guna handphone saje. Tetap nak guna laptop. Sebelum ini laptop ena pernah buat hal tetapi masa tu under warranty (keyboard rosak). Jika masih under warranty memang lega sebab tak perlu fikir kos bayar. Technician HP sendiri datang ke rumah repair laptop. Jika korang nak tengok step buat report kerosakan boleh rujuk entri lama di bawah

https://www.tinynasweet.com/2018/01/cara-menghubungi-technician-hp-under.html

Dah habis warranty??? Jika korang nak tahu kos tanpa warranty agak mahal juga belum termasuk kos hantar technician ke rumah. Contohnya jarak rumah ena (Muar) dari pusat servis melaka yang paling dekat 1 jam setengah pon dah kena cas RM250. Haaa ni baru kos pengangkutan ya! Jadi ena akan buat perbandingan kos HP Services dengan pusat komputer lain. Masing-masing ada kelebihan. Kalau HP memang mahal tapi cepat siap. Kalau hantar luar jauh lebih murah tetapi lambat siap takut tak match dengan keyboard atau display di skrin.

Skrin bergegar "Flickering Display" habis Warranty. Apa perlu buat?


Ini lah yang terjadi semasa ena on laptop. Memang berpinar mata nak klik pada skrin. Jadi perkara pertama ena buat terus contact via Whatsapp. Haaa sekarang mudah tak payah nak chat kat website. Kita terus Whatsapp je. Dibawah ni contoh ena chatting bersama HP Support. Korang save no ni siap-siap. Ada je masalah terus contact. Memang cepat je reply. 

Nombor ni dari California tapi ia cover Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan India
+1 (786) 482-6615


Ena ambil video siap-siap dan hantar. Nanti admin akan reply. Nak mudah korang standby je laptop depan mata. Admin mesti mintak korang run BIOS.


Jangan risau tak tahu nak buat apa, just follow step yang diberi. Mudah kita boleh rekod video dan hantar butiran. Macam kes ena ni run BIOS tetap juga skrin bergegar. Jadi admin akan tanya nak pergi pusat servis atau mintak hantar technician. Ena jawab nak technician datang ke rumah. Selepas itu, admin akan bagi quotation melalui email. Korang boleh terima atau tolak. Disini tiada masalah pon kalau korang cancel tiada cas tersembunyi. Quotation diberikan anggaran kos totally RM8XX. Woooohhoooo nangis tengok harga... So ena decide hold dulu. Quotation ni sah selama sebulan bermula dari date issued. Ena try survey di pusat komputer Muar dan harganya lebih murah RM360.00. Jadi ena reply email tersebut inform cancel. Haaa.. tutup kes.

Kat mana ena buat??? Haaa dibawah merupakan kedai komputer yang ena hantar tukar screen. Kalau korang dekat dengan area Muar senanglah hantar sebab ramai tehnician dia. 

LOW YET CENTRE (JR0062573-P)
Alamat : No 167, Jln Abdullah, 84000 Muar Johor
No Telefon : 06-9104363 / 018-6664001


21 Chantiq Manis:

Atie Zieya said...

betul betul, tak puas nak blogging guna phone kan ...kena ada laptop juga... flicker screen mmg menyakitkan mata.. nak tukar pun mahal juga tu

Diana Rashid said...

Ada laptop rosak tak hantar2 pun untuk baiki.Guna pc je bila onlien.sayapun tak suka onlien guna phone. tak sedap nak menaip laju2.

mamapp said...

Rindu nak balik muo huhuu

Cik TK said...

Pakai fon memang tak best nak menaip.. nak keyboard juga..

Anonymous said...

Rosak skrin mmg mahal. Rosak skrin fon pn dah mahal apetah lagi skrin laptop. Anyway, berbaloi la dpt yang lagi murah kan

CXopportunities said...

Aduh ena. Kalau laptop problem memang agak sukar nak buat kerja. Ini dok gegar², pening pale dan mata tengok.

Nak taknak mmg kena baiki juga kan. Waima 800 mask kawen awal dia ya? Kita pon terbeliak wak. Hahaha Alhamdulillah dpt murah dekat low yet . Jimat duit. Heheheh

ctsuzie said...

Susahkan klo xde laptop..nasib baik ina jumpa org yg boleh repair laptop cepat..pe² pn syukur..selamat berblog semula..πŸ˜ŠπŸ€—

marsha said...

Bagi blogger handphone & laptop adalah nyawa. Kalau tak semua benda tak boleh buat. Alhamdulillah dapat harga repair yang berbaloi. Memang bab ni kena survey betul-betul

Rawlins GLAM said...

Ada masa service centre bagi service terbaik dan harga menarik. Tapi kebanyakan masa kena pandai dan rajin cari di luar sebab ramai je yang boleh bantu kita dan harganya lebih murah kan.

Wai Yee aka Rane said...

oh, thank you for sharing a reliable and cheap way to fix broken screen. Everyone needs it coz it happens some time

Nina Mirza said...

Setuju... Laptop ni bak nyawa kann. Cuma macam kak nina dah iver 10 yeaye kot dok blogging ngan handphone jer so tak berapa pandai perihal laptop. Rezeki dapat baiki. Semoga akan terus bersemangat blogging

Ummi said...

Oh memang nightmare ni kalau laptop rosak. Laptop saya dah lebih 10 tahun. Harap2 panjang lagi la umur dia.

Mus said...

memang susah hati di buatnya.. nak buat kerja tak selesa..
kalau saya.. kalau confident.. mmg akan tukar sendiri.. yang penting part yang nak ditukar perlu tepat dan boleh tanya dengan seller.. sekali dah buat kerja DIY tukar sendiri.. lepas tu pasti nak buat lagi.. part boleh beli di shopee/lazada..

dr-Life said...

Laptop and converter over the lifesaver for writers. my laptop have been down for a month and I'm still waiting for the addition to comes too bad is cmco so I have to wait

Sunshine Kelly said...

Memang nightmare akalu laptop rosak, i can imagine that nowadays nak repair pun bukan murah. Thanks for sharing the contact

adianiez AIDA said...

mak aii! kos dia double ekk? aduhai... better la anta kedai biasa ye.
phone. laptop. kalau rosak? merana la hidup aida. sama la, mesti nak menaik sepuasnya di komputer. kat phone tak syok la, kecik naw nak menaip. lambat jadik nyer.
kebetulan, laptop aida baru je upgrade last month. tambah laju. takde le masalah besar sebelumnya. tapi sebab da lama, anta le kat member utk servis and upgrade pe patut. alhamdulillah. harga pun dpt harga kawan-kawan.

Sis Lin said...

Sis laptop yang pecah cover tu pun tak hantar lagi, ni anak ada, gunalah laptop anak, memang nak tanya juga laa, sebab anak kata jangan sampai skrinnya pulak effect huhuhu

Syiera Firdaus said...

Syira dah penah rasa skrin laptop crack memang pahit oiii.. Nak buat keja pun payah. Kos nak repair pun boleh tahan la

Ika.S said...

Skrin laptop atau gadjet lain memang mahal. especially phone. huhu. but then tetap la kena tukar kan sebab kita nak guna. hmm bertabah la.

Mawardi Yunus said...

kita bookmark dulu post ni. nanti senang nak rujuk kalau jadi apa2 kan. thanks for sharing. nampaknya berbaloi2 dgn harga tu.

Sofinah Lamudin said...

Nangisssssss... tengok lah kos pengangkutan tu dah RM250. Hhuhuhuhu... nasib baik ada option lain. Syukur sangat2... laptop saya untuk buat kerja kat luar pun rosak keyboard. Sampai sekarang tak repair... sebab... haih... biarlah.