ツ Teman Tapi Mesra

Berbaloi kumpul sample susu percuma @ Free sample milk powder

Berbaloi kumpul sample susu percuma @ Free sample milk powder | Minat ni start tahun lepas. Tahun sebelumnya malas nak tebus sample sebab dapat pack kecik je. Lepastu nak tunggu berbulan baru terima barang. Tapi sekarang dah laju taw. Paling cepat 2 minggu daftar je sample susu dah sampai. Paling best tu sample susu pack medium. Boleh la tahan seminggu untuk 1 kotak susu.hehehe.. Agaknya banyak persaingan masing-masing bagi pack medium. Tapi ikut nasib jugak masih ada yang bagi pack kecil je. Nak puas hati tebus Dugro macam-macam jenis ada. Jangan tak tahu suami yang rajin daftar. Lepastu dia suruh ena cari lagi. 

Tebus sample percuma


Ni pon dah banyak buka.hahahaha. So yang ena tunjuk ni tinggal berapa kerat je. Ibu mengandung pon boleh dapatkan sample ya. Ena pon pernah tebus sample susu ibu menyusu. So far takde pulak diorang call untuk survey atau pun promosi beli kecuali satu je Similac. Tapi takde paksaan pon call just bagi promosi diskaun. Kalau berminat dia akan forward email untuk pembayaran. Iklan ni selalu keluar di wall Facebook. Asal ada lalu lalang tu haaa laju lah daftar. Berbaloi lah simpan stok untuk anak. Sumayyah bukan main suka semua ni. Dah 5 tahun ni dia tetap susu lagi. Nurse kata selagi anak nak tu bagi je sebab kalsium penting untuk tulang dan gigi. Jadi tak perlu segan. Tebus jelah para ibu-ibu sekalian.


Senarai sample susu boleh tebus. Ada lagi yang ena belum sempat nak tebus. Boleh rujuk link di bawah :

1. Dumex Dugro

4. Abbott Nutrition Similac

5. Nestle Nankid Optipro



Senarai ni je yang ena dapat. Kalau korang ada link yang mungkin ena tertinggal boleh sharing ye.. :)

4 Chantiq Manis:

Cuya said...

saya pon dulu suka sample..hehe sekrg kumpul sample pad je

nnti view entri baru saya ya sebab saya nak minta tologn view ig video utk contest..hehhe

Atie Zieya said...

tak pernah tahu pun.. berbaloi rupanya..

mamapp said...

mmg untung la ena.. dah di bagi free kan kena cepat2 request

Ardini Humaira said...

Betul tu berbaloi guna sample dulu sebelum beli paket besar 😊