ツ Teman Tapi Mesra

Belum mampu guna Kain Norwex? Guna tisu ajaib ni

Belum mampu guna Kain Norwex? Guna tisu ajaib ni | Rasanya ramai suri rumah yang teringin nak guna Kain Norwex yang viral tu. Ena pon teringin. hehe. tapi buat masa ni belum ada budget ke arah itu. Bagi ena berbaloi guna.  Jangan mudah kecam kalau belum guna. Harga mesti lah kena dengan barang kan... 

Tujuan ena sharing ni untuk membantu para suri rumah yang under budget tapi kebaikan yang sama. Tapi tak lah sehebat Kain Norwex yeee... At least takdelah asyik nak basuh kain buruk macam ena ni. Seminggu sekali memang kumpul kain buruk basuh sekali jalan. Lagi-lagi lap minyak ena tak suka pakai kain buruk. Mesti nak tisu putih gulung tu. 

Lepastu my husband bising kenapa tak guna kain buruk??? Amboiiiiii.. dia tak duduk dapur 24jam lap tu lap ni kemain cakap tu.hahahahaha.. Ada juga jenis suami yang kecam isteri kalau beli kain buruk mahal. Haa tula tak semua yang faham kehendak kita ni. Jadi sementara nak ada budget tu apa kata korang guna je tisu ajaib ni. RM6 jerrrrr......

Cosway Multi-Purpose Cleaning Wipes (30 sheets)


hahahaha..ena tahu ramai nak cakap korang dah lama guna kannnn.. kesiankan ena baru tahu kewujudan tisu ni. Orang lain dah pakai over 8 tahun. Siap mak korang dah pakai tapi tak viral. Pehhhh kesian. Sebulan berapa banyak habis beli tisu gulung putih plus mencuci kain buruk... sekarang puas hati boleh beli kt Shopee. Harga pasaran RM7.05 tapi still lah murah. Sehelai tu lebar lah jugak. Ena dah lap minyak pada permukaan dapur lepastu bilas guna pula lap meja makan tetap boleh bersihkan. Haaa lepastu ena sidai kat tingkap dapur... Patutlah ramai kata best pakai bertahun-tahun. Tapi kenapa tak viral ea?? Agaknya dulu susah dapat ke?

Versatile Cleaning Wipes boleh digunakan kering @ lembab


Washable & easily remove stains. Walaupun dah basuh banyak kali tangan pon tak berbau. Biasa guna kain buruk tu dengan tangan sekali melekat bau kotoran.


Material : 70% viscose, 30% polyester. Sebabtu tak mudah koyak macam tisu gulung lain. Sekali kena air dah koyak kan. Haaa lepasni ena nak lap kipas, tingkap, frame. Bahagia rasa dapat tisu ajaib ni.


Tisu serbaguna ni banya manfaat. Paling penting ena suka tisu ni untuk lap dapur. Lepas memasak ni nampak macam remeh nak lap gitu-gitu je. Tapi nak sental kotoran melekat tu buat kadang hilang mood. Janganlah terlalu letak harapan tinggi menggunung tisu ni buat dapur kilat macam cermin. Bagi ena ini pon kira the best lah untuk under budget. Musim Pandemic ni selagi yang boleh beli murah, apa salahnya kan guna yang murah. Tak semua orang mampu dan tak semua suami sporting nak belikan. Ena siap hadiahkan mertua tisu ni. Gembiralah dia lepasni tak payah lap pakai kain buruk. Nilai kecil tapi bermakna taw untuk kaum hawa. Haaa sila lah borong untuk para wanita sekeluarga.


Cara order mudah saje boleh terus ke link ena share ni. ena suka beli ready stock kat Malaysia je. Kalau overseas memanglah lagi murah tapi leceh nak tunggu lama. Bukan mahal pon.



Untuk lebih penjimat beli lah 3set terus RM18 dah percuma pos. Klik pada "Pilihan Bayaran" dan guna ShopeePay. Senang je korang topup lah RM20 direct bank. Macam ena guna Maybank. Nanti klik pula di "Baucar Shopee".


Haa klik lah seperti gambar di atas dah dapat percuma penghantaran. Senang kan? Order lah cepat sebelum kehabisan stok

7 Chantiq Manis:

aienienka said...

Best jugak kain ni. tu dok dalam cart masih belom dapat bawak keluar lagi. Tak dapat kain kayangan, dapat kain ni tak apa la kan. Haha

Sis Lin said...

Sis pun guna tisu ni Ena, sebab ahli Cosway hehehehe.. boleh siap cuci tapi takpernah laa cuci, pakai kotor buang terus, sebab harga pun murah..
Teringin nak beli Norwex tu, tapi tu lee, takde budget gak ke arah tu semata...lain le kalau Suami nak belikan, i guna aje hehehe

Illya LeYa said...

Ye betul3x.. Tisu ajaib ni best sangat..

nohas said...

oo..ada kain lap norwex..baru tahu..tisu ni pun ok jg..yg best boleh guna byk kali..

Intan Sudibjo said...

amboiii.. cantik sangat tisu tu.. tak berani aku buat bersih berih yang kotor.. too sweet

Diana Rashid said...

Nak beli la..harga pun ok nih..

Fieza Sani said...

okey, nnti nak cuba lah yg ni plak. haritu pun ada baca blogger maria share pasal ni jugak. boleh basuh & harga mampu milik..mcm skrg, k.fiezz guna tisu gulung tu je. lap lap dapur terutama lepas masak. tpi tu lah tisu tu cpt lah abisnya. asik ngelap je kejanya. mklum la pembersih gitu. hehe..