ツ Teman Tapi Mesra

Menginap di Swan Garden Hotel Melaka Tema Baba dan Nyonya

Menginap di Swan Garden Hotel Melaka Tema Baba dan Nyonya | Pada hari sabtu yang lepas ena sekeluarga menginap di Swan Garden Hotel Melaka (SGH) sebab ada kerja nak settlekan pada hari ahad. Jadi hari sabtu tu check in sebab petang tu ada tour room lepastu konon malam nak jalan-jalan tapi hujan lebat tak dapatlah nak bawa anak-anak naik beca pusing bandar Melaka. Nampaknya kena repeat staycation ni.hehe. 

Perjalanan dari Muar ke SGH ambil masa 1 jam je ikut Lebuhraya AMJ (Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin). Kalau dari Kuala Lumpur boleh masuk ikut Tol Simpang Ampat, Alor Gajah.

Kalau korang tak suka stay di tengah bandaraya yang sesak, ena suggest (SGH) sebab memang tak terasa traffic jem teruk. Nak pergi makan tempat viral di Melaka pon senang je banyak berdekatan cuma tula terpaksa beratur panjang. 

Swan Garden Hotel, Taman Kota Syahbandar, Melaka

Untuk mudahkan carian hotel, korang ingat je Landmark hotel ni "Bank of China". Lokasi strategik dimana antara tempat menarik yang dekat seperti Dataran Pahlawan Melaka Megamall, A'Famosa tak sampai 1km, Menara Taming Sari dalam 1.2km, Mahkota Medical Centre dan Melaka Sentral. Selain itu kalau nak terjah Klebang pon dekat je dalam 15 minit dan asam pedas famous cuma 5 minit. Dekat kan???? Haaa memang berbaloi taw sebab hotel 4 bintang ni antara top yang kena cepat booking.

Beroperasi sejak Januari 2013, terdapat 10 tingkat dan 100 bilik dengan masing-masing menawarkan semua keperluan untuk memastikan penginapan yang selesa. Terletak berhampiran dengan kedai dan restoran serta Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka berjarak 20 minit perjalanan. Apa yang buat ena tertarik dengan butik hotel ini sebab ada 4 tema iaitu Bali, Baba & Nyonya, Malay Traditional dan British India dengan harga bermula dari RM95 untuk "Deluxe Room". Haaa.. mesti korang nak tengok decoration bilik kan? Kena lah baca sampai habis.

Pihak hotel mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan pastikan korang SCAN dan HAND SANITIZER.

Nak mudah, install je aplikasi "SmartParking Melaka" dan reload. Untuk 1 hari just RM5 bayar memudahkan korang kalau terlupa gores kupon parking.hehe

BMS Organics

Di dalam lobi hotel terdapat kedai BMS Organics. Kalau korang suka produk berasaskan organik, boleh dapatkan terus disini sebab tiada gula tambahan, immune system booster, brain booster, frozen food, produk kecantikan, white coffee, oat drink, susu segar dan banyak lagi produk kesihatan. Haa korang boleh cuba sample. Macam ena try "Quinoa Cocoa" memang sedap lah antara best seller. Waktu operasi dari 10 pagi hingga 7 malam.

Amber Hut Jewellery

Terdapat juga aksesori asli daripada Poland. Contact No : Tai Aebin (+6012 7200 117)

Family Room : Baba & Nyonya Concept

Kami menginap Family Room terdapat 1 single bed dan 1 queen bed. Bilik luas dan lengkap dengan Hair dryer, Toiletries, towels, minibar, iron, desk, in-room safe box, TV, Laundry Bag, Almari baju dan peti ais. Harga sekitar Rm120 -RM130

Konsep Baba & Nyonya dapat dilihat pada perabot kayu rosewood dan kayu jati dengan reka bentuk bunga, tempat tidur kayu dan pasu porselin disusun untuk menghiasi bilik dengan kemudahan gaya moden.

Apa yang ena suka sangat bahagian toilet lahhh.. Cantik ikut pada konsep Baba & Nyonya berbeza dengan toilet lain yang simple.

Deluxe King Room with Courtyard


Ni contoh yang kami lihat bilik Deluxe Room with Inner Courtyard view 1 king bed yang ada halaman seperti gambar di atas dapatlah tengok konsep Bali dimana orang Bali terkenal dengan budaya dan tradisi yang kaya dan untuk mencipta rasa ini, kami telah menggabungkan perabot tradisional dari buluh dan kayu jati bersama dengan ukiran batu dan patung fauna untuk pengalaman Bali yang asli dan harga sama juga seperti Family Room sekitar Rm120 - RM130

Swan Suite 


Ena tertarik melihat konsep British India untuk bilik jenis Swan Suite ni dengan 1 king bed dan Ensuite bathroom. Sebab minat rekaan moden dan warna putih.hehe.. Next time nak try British India pula. Ketika orang Inggeris pertama kali tiba di Asia Tenggara, mereka membawa gabungan eklektik warisan India dan Eropah yang kini dikaitkan dengan Raja British. Dari tiang tempat tidur dan panel tebu yang dirancang dengan rumit hingga aksen kulit palsu pada perabot yang diukir, setiap elemen telah disusun dengan penuh semangat untuk memberi anda berasa seperti di zaman dahulu. 

Harga Swan Suite pada hari biasa sekitar RM250 dan hari minggu lebih kurang RM310. Untuk Garden suite harganya tidak sama iaitu pada hari biasa RM220 manakala hari minggu dalam RM280. Jadi kalau suka ada bathtub ena suggest ambil jenis suite.

Family Suite, 2 Bedrooms


Bilik ni memang bestlah sebab besar dan luas di bahagian toilet yang lebih privasi. 1 king dan 2 single bed, tab mandi dan Courtyard Area. Konsep melayu tradisional diilhamkan dengan keselesaan mewah dari penggunaan rotan, kayu dan perabot tenunan yang indah dengan ukiran bunga atau geometri. Suasana bilik dengan penggunaan warna coklat gelap untuk mencipta kembali keselesaan rumah Melayu. Harga pada hari biasa linkungan RM480 dan hari minggu RM600 ke atas.


Syok ni kalau dapat mandi betul-betul hahahaha..


View dari bilik Family Suite


Ada 2 hall yang luas dengan Swan 1 seramai 200 orang manakala Swan 2 muat 100 orang. Bar lounge ditutup sementara waktu ketika musim Covid19.

Di SGH juga ada Spa di tingkat 3 yang menawarkan pakej body massage dan Facial treatment dengan harga percubaan serendah RM99


Dihidangkan dengan Green Tea dari Swan Spa Village


Untuk pengetahuan korang, SGH tidak menyediakan makanan dan sarapan sejak PKP dan sehingga kini masih belum lagi dibuka. Jadi kami pon gerak makan ke Coconut Shake Klebang





Jangan cakaplah beratur panjang tapi makan sekejap je dapat masa tu jam 1 tengah hari


Untuk makan malam, kami makan di Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana pula kalau nak makan asam pedas, better gerak awal sampai jam 6 petang betul-betul time kedai buka sebab full house. Tak pon kena booking dulu. Ena makan set asam pedas ikan pari manakala suami asam pedas ayam


1 set RM13.50 dan ada lauk ikan lain seperti pari, kembung dan tetel. Untuk telur ikan berharga Rm16.50

Keesokan paginya kami order McDelivery je. Check in jam 2 petang dan check out 12 tengah hari. So far ena berpuas hati dengan bilik dan harga sangat berpatutan. Jadi mana satu pilihan hati korang bila tengok semua konsep bilik?


Meriah uolls dapat gathering macam ni.hehe. Thank you Swan Garden Hotel berikan kami penginapan yang menakjubkan. Syok dapat tour room. Cuma takde rezeki kami ke Riverside sebab hujan lebat. Jadi dapatlah masa main dengan anak-anak.

SWAN GARDEN HOTEL

Alamat : 1, Jalan KSB 1, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka




View this post on Instagram

Habis je staycation di Shah Alam, ena sambung pula staycation di Melaka dan ena memilih @swangardenhotel yang berkonsepkan butik hotel dan ada 4 tema iaitu Melayu Tradisional, Baba & Nyonya, Bali dan British India. Ena tertarik nak stay bilik Baba & Nyonya sebab suka dekorasi toilet dan sinkinya. Haha. Cantik uollss Dengan harga bermula RM95 korang boleh stay Deluxe Room dimana terdapat 100 bilik dengan 10 tingkat dan 4 tema keseluruhannya Full details ena akan tunjukkan semua 4 tema bilik yang ada. Stay tuned 😍 . #hotel #hotelreview #travelblogger #hotelroom #staycation #melaka #swangardenhotel #swangardenhotelmelaka #bloggermalaysia #jdtblogger #vlogger #vlogtinynasweet

A post shared by πŸ‘‘ β„³iss President | BC β„³ary Kay (@tinynasweet) on

25 Chantiq Manis:

Atie Zieya said...

bestnya holiday !
happy holiday!

Raz said...

cantik ye hotel ni.

Diana Rashid said...

Destinasi jalan2 yang kami dah plan nanti..Melaka!!

Ok,,boleh la masuk list ni.

Fizah Abdul Halim said...

Wahhh menarik nya hotel ni. Happy holiday!

DinoHauz said...

memang berbaloi menginap kat sini. Jom pergi lagi hehehhehehee

Cik Min said...

Tengok ada beberapa blogger jugak yg review pasal hotel ni. Next time kalo ke sana leh la try stay hotel ni

Ruby said...

Sukanya tengok tiles bilik air hotel tu. Rasa macam balik kampung lah kak. Hehehe. Deko pun cantik. Sesuai bawa kids ke hotel ni kak? Macam banyak barang pasu-pasu lama. Risau plak saya. Anal suka melasak. Hahaha

Rawlins GLAM said...

Memang cantik dan unik betul dekorasi di dalam bilik air dia kan. Memang best tu kalau pose banyak2 kat situ kan

Sis Lin said...

Memang nampak Melaka sangat dekorasi hotel biliknya ni...dari jubin, dan hingga ke ruang legar.. one day kalau ke Melaka boleh singgah sini juga nanti..

Qeela said...

Dah lama juga tak ke Melaka, rindu pulak nak stay dan jalan-jalan sana heheh. Nampak selesa dan cantik betul hotel ni. Boleh masuk dalam list staycation Melaka nnt ni hehe

Fadima Mooneira said...

Wow...... menarik btul tema baba dan nyonya nie. This hotel looks lovely. Thank you for sharing your review ya.

Fadima Mooneira said...

Wow.......menarik nyer tema baba dan nyonya nie. So lovely this hotel. Thank you for sharing your review ya.

Jeje said...

Wihhh nampak menyenangkan liburannya... Saya sangat suka dengan art deco nya, soalnya sangat instagramable banget nih. cocok buat yang suka foto-foto atau vlog..

LampuHijau said...

Biasa pergi melaka tapi tak tidur hotel sebab ada saudara kat sana. Nanti boleh laj nak try staycation kat melaka. Menarik

Ummi said...

Waa...rindunya nak jalan2 kat Melaka. Tapi apakan daya, PKPB. Takpe la, sy bookmark dulu page ni utk masa akan dtg

Fadzil Ahmad said...

Bestnye dpt jalan2 melaka. Lama dh tk jalan sebulan lebih rasanya. Lokasi hotel ni pon strategik jugak dkt bandar kan

Marina Bashah said...

Menarik hotel dia. Bilik suite dia besar. Kalau ke Melaka bolehla try sini

Kitkat Nelfei said...

Sama la pengalaman kita masa cuti-cuti di Melaka.. Masa I kat sana, memang hujan lebat gile2 sampai nak g makan pun traffic jam for more than an hour. Btw, serious menarik hotel ni.. suka concept biliknya yang pelbagai :) yang ada bathtub tue best.. imagine penat2 jalan balik jer rendam dalam tue... pergh! nikmat. why try this hotel out on next Melaka trip la.

Puan B said...

Madam influenced by BMS Organics, kalau ada can ke sana mesti beli. Bracelet Amber Hut tu pun kool. FYI wish list ada rezki ke MLK SGH insyaAllah. Ps. Ena cun berbaju kurung bunga hidup sepadan tema Baba Nyonya.πŸ˜‰

Slumber Lady said...

Menariknya hotel ada konsep macam ni. Boleh pergi dua tiga kali. Hehe

nikkhazami said...

dah banyak yg saya baca tentang hotel ni. semua cakap best & selesa. harga pun berpatutan. dekat plak dengan tempat best

Mawardi Yunus said...

wah menarik betol konsep hotel ni ya. teringin nak try stay sini sekali. macam best.

Sunshine Kelly said...

Wow best nyer! The next round i go to Melaka I will check out this hotel.

ciktom said...

ciktom paling suka tema baba nyonya!
cawan green tea tu cantik!

Zaza Azman said...

boleh tahan la tempat dia.. nnt kalau balik Melaka boleh la singgah sini...